Dr Hassan Ibrahim dalam Tarikh al-Islam al-Siyasi dan Dr Ahmad Amin dalam Fadjar al-Islam masing-masing mengatakan bahawa seni musik bukanlah suatu hal yang baru bagi bangsa Arab. Mereka mengetahuinya sebelum kelahiran Islam. Hubungan mereka dengan negara-negara asing seperti Parsi dan Rom di Syam banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat mereka.
Adakah benar sesetengah mereka berpendapat bahawa musik dan nyanyian itu hukumnya HARAM?
Tetapi banyak yang kita dengar, nyanyian itu boleh (HARUS)?
Ada sahabat-sahabat forum yang buleh berkongsi ide?
Di dalamkitab-kitab Tafsir dan hadis ditunjukkan kepada kita bahawa musik, nyanyian atau lagu sudah menjadi persoalan semenjak Nabi saw masih hidup. tetapi berhubung dengan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Nabi saw dalam soal ini, sehingga hadis-hadis itu sendiri menjadi persoalan pula, baik tentang sanadnya mahupun maksudnya, maka hukumnyapun menjadi persoalan pula semenjak zaman sahabat-sahabat sampai kepada masa para mutjahidin. sebahagiannya mengharamkan sedang sebahagian yang lain membolehkan. pendapat-pendapat yang berlainan ini disalurkan pula ke dalam kitab-kitab tafsir, fekah, sirah, hadis, tauhid, tassawwuff dan lain-lainnya menurut fahaman dan mazhab masing-masing. oleh itu, kita sebagai pembacanya, sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan salah satu pembacaan kita.
cuba perhatikan maksud hadis nabi saw
"daripada 'abdul rahman bin ghunm, katanya abu 'amir atau abu malik al-sy'ari menceitakan kepada saya, beliau mendengar rasulullah saw bersabda: sungguh akan terjadi satu kaum dari umatku yang menghalalkan zina, kain sutera, arak dan alat-alat permainan musik" - riwayat al-bukhari (nail al-autar, jilid viii, hal. 96)
sabda nabi saw menegah musik (alat dan nyanyi) dalam walimah al-urus sehingga menimbulkan nifaq (suatu kejahatan besar, kerana ertinya lain di luar lain di dalam, manakala munafiq ertinya lahirnya islam di dalam kafir) yang diriwayatkan oleh abu dawud (sunan abu dawud, jilid iv, hal.281) yang maksudnya lebih kurang:
"muslim bin ibrahim yang diceritakan kepadanya oleh salam bin miskin, yang didengarnya daripada seorang tua yang melihat abu aw'il dalam suatu pesta perkahwinan. mereka asyik bermain-main, bersenang-senang dan bernyanyi, maka timbullah hasrat abu wa'il untuk menegahnya lalu ia berkata, 'saya mendengar rasulullah saw bersabda: lagu atau nyanyian adalah menyebabkan nifaq di dalam hati."
satu lagi mafhum hadis nabi saw yang agak keras:
"abu ya'qub bin muhammad bin ishaq al-naisaburi daripada hadis yang diriwayatkan oleh abu hurairah bahawa sesungguhnya nabi saw bersabda, "mendengar permainan adalah suatu pekerjaan maksiat, duduk menontonnya adalah fasiq dan menikmatinya adalah kafir." riwayat abu dawud di dalam nail al-autar, jilid viii, hal. 100.
dalam kitab ihya'( jilid vi, hal. 165) imam al-ghazali, nabi saw bersabda yg diriwayatkan oleh al-tirmidzi yang mafhumnya:
"abu umamah meriwayatkan bahawa nabi saw bersabda: tidak ada seorangpun yang mengangkat suaranya untuk menyanyi, melainkan Allah mengirim dua syaitan ke atas dua bahunya. kedua-dua syaitan itu menghenyak-henyak dada orang itu dengan tumitnya sehingga ia dapat menguasainya"
Firman Allah swt dalam al-Qur'an:
Maksudnya : Sebahagian manusia ada yang membeli 'lahwal-hadith' untuk menyesatkan (orang) dari jalan Allah tanpa pengertian (tentang akibat pekerjaannya itu) dan dibuatnya(ayat-ayat Allah) itu ejekan. Bagi mereka itulah azab yang hina. (Al-Qur'an, surah Luqman, ayat 6)
Tafsir al-Tabari (jilid xxi, hal.39-41) menukilkan tidak kurang daripda 26 riwayat daripada ibn 'abbas, ibn mas'ud dan lain-lainnya, tentang maksud lahwal-hadith di dalam ayat itu, iaitu:
10 riwayat mengatakan lagu atau nyanyian, 4 riawayat mengatakan lagu dan sebagainya, 4 riwayat mengatakan lagu dan mendengarkannya, 1 riawayat mengatakan lagu dan semua permainan, 3 riwayat mengatakan tukang lagu atau tukang nyanyi, 2 riwayat mengatakan gendang, 1 riwayat mengatakan al-syirk dan 1 riwayat mengatakan al-kufr. adapun al-tabari sendiri berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lahwal-hadith di dalam ayat itu ialah semua perkataan yang melalaikan orang dari jalan Allah.
saya berpendpt Dalil2 hadith2 yg saudara serat buntu sebut di atas itu berkaitan dgn musik atau lagu yg mengkhayalkan...melalaikan manusia...bukan musik @ lagu yg memuji kebesaran Allah ,lagu bertasbih kpd Nya dan lagu genre keagamaan.. lagu ini utk jiwa ...penting lagu dan musik dlm kehidupan kita...tapi jgn sampai melalaikan dan mengkhayalkan kita...maka bertepatan lah dgn hadith dan dalil yg saudara serat buntu sebut tuhhh... Ini pendpt saya...kalo ada yg berpendpt lain sila kan....kemuka dlm topik ini....
wallahua'lam
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Maksud firman Allah: Dan penyair-penyair (penyanyi) itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. (Asy Syu'araa':224) Tidakkah kamu melihat bahawasanya mereka mengembara di tiap-tiap lembah( /pi buat konsert).(Asy Syu'araa':225)
Dan bahawasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak kerjakan(/cakap tak serupa bikin.).(Asy Syu'araa':226)
kecuali orang-orang (penyair-penyair)(/penyanyi) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.(Asy Syu'araa':227)
panduannya--------> etika penyanyi dan struktur kandungan lirik>
Maksud firman Allah: Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka, dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah fasik. (Al Maidah:49)
Maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu)(/sebagai idol), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain, barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Al Maidah:51)
Maksud firman Allah: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi),yang dengan kitab diputuskan perkara orang-orang yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepadaKu. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir. (Al Maidah:44)
Maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (An Nisaa':8)
Maksud firman Allah: Allah tidak menyukaiucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (An Nisaa':148)
Maksud firman Allah: Sesungguhnya orang-orang kafir dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah, benar-benar telah sesat sejauh-jauhnya. (An Nisaa':167)
bukan saya yang cakap........... Allah yang kata/firman. saya sampaikan ajerrrr....
'abdul rahman al-jaziri dlm kitabnya al-mazahib al-arba'ah (ruj: jilid II, hal. 4244) pada fasal menyatakan:
g. Ulama Syafiiyah - sebagaimana dalam ihya maka dikiaskan kepadanya hari2 seperti khitan dan semua hari kegembiraan yang dibolehkan oleh syara'.
i. Ulama Hanafiyah - haram jika mengandungi kata2 yg tidak baik (bila mana bercampur antara hak dan batil).
j. Ulama Malikiyyah - mubah (harus).
k. Ulama Hanabilah - tidak halal alat musik tapi harus bagi nyanyian atau lagu. sunat berlagu membaca al-Quran asalkan tidak mengubah aturan bacaannya.