Ali Rustam setuju syor beri kondom percuma - perlu pembetulan....
HASIL LAWATAN KE KEDIAMAN KETUA MENTERI MELAKA, ISU INI DI DAPATI TELAH DI PUTARBELITKAN OLEH PIHAK MEDIA (UTUSAN MALAYSIA) DENGAN TIDAK MENYATAKAN BAHAWA DATO SERI MOHD ALI RUSTAM HANYA MENYARANKAN KEPADA PASANGAN YG TELAH BERKAHWIN SAHAJA....
HARAP MAKLUM.
BERIKUT ADALAH PETIKAN PENUH AKHBAR TERSEBUT YG KELUAR PADA 5 JUNE 05.
Oleh: NORIZAN ABDUL MUHID
MELAKA 5 Jun - Kerajaan negeri Melaka menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk memberi jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah dalam usaha mengurangkan kadar jangkitan HIV di negara ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan itu amat wajar dilaksanakan dan tidak menyalahi atau bertentangan dengan hukum agama.
``Kita sokong cadangan itu dan wajar dilaksanakan kerana ia amat baik, tidak salah kita mencuba sesuatu kaedah yang baik demi mencapai kebaikan atau kesejahteraan dalam hidup,'' katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan kementerian berkenaan yang bertujuan mengurangkan kadar jangkitan HIV.
Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, sebagai permulaan, kementerian itu akan menjalankan projek perintis selama enam bulan di bawah Program Pengurangan Kesan Buruk, membabitkan 1,200 penagih dadah, terutama mereka yang mengambil dadah melalui suntikan, dengan memberikan mereka jarum suntikan, kondom dan dadah gantian yang dipanggil methadone.
Ia akan dilaksanakan di 10 klinik kerajaan dan 10 klinik swasta di empat zon ditetapkan di utara, selatan, tengah dan timur bermula Oktober setelah semua kakitangan perubatan terlibat diberikan latihan secukupnya.
Pendirian kerajaan Melaka itu berbeza dengan kerajaan Selangor dan Terengganu yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil menegaskan cadangan itu bukan sahaja tidak sesuai, malah didapati tidak berkesan seperti dibuktikan di negara-negara Barat yang telah mencuba melaksanakan kaedah berkenaan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari Terengganu, Ramli Noh pula berkata, cadangan itu sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa terlebih dahulu kerana ia melibatkan hukum.
Mohd. Ali berkata, sekiranya cadangan itu dilaksanakan kelak, ia perlu dijalankan lebih teratur dan benar-benar mencapai objektifnya serta tidak disalahgunakan oleh pasangan terutama mereka yang beragama Islam.
Beliau yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam negeri mencadangkan agar dadah gantian methadone diberi kepada penagih berbanding suntikan yang melibatkan perbelanjaan lebih tinggi.
``Penggunaan methadone lebih baik dan membantu mengurangkan kesan dadah yang teruk kepada penagih, kalau beri jarum, kita bimbang penagih akan lebih teruk kerana terlalu bergantung kepada suntikan semata-mata,'' katanya.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Just that the issue of using methadone as a replacement drug have been tried and tested in scandinavian country. It have been proved not to be effective.
It have been documented alot. Reader Digest saya rasa juga pernah mengeluarkan artikel berkenaan dengan pengunaan methadone sebagai "dadah ganti".
"Most health care professionals working with drug addicts felt that giving methadone was simply replacing one drug with another and that it did nothing to cure the deep-seated psychological problems that led to addiction."
quote from :http://www.cnrs.fr/Cnrspresse/en383a3.htm
"Nobody is completely satisfied by the methadone programs. These programs shift the dependence of illegal substances to a dependence of a drug prescribed by the physician and tolerated by society. It is understandable that many consider this acquiescent measure unsatisfactory. On the other hand, one must emphasize that methadone programs are a definite improvement for the individuals in question and that they do not make a discontinuation of the habit impossible. Methadone therefore is an important element in the context of our assistance to drug addicts. "
quote from :http://www.infomed.org/100drugs/methtoc.html
I also like to note that methadone is not cheap!
Why spend (waste) the Rakyat's money on something most of the world population know not to be effective?
Hanya mengantikan keinginann opiod dalam badan dengan satu lagi jenis dadah.
This is not fighting a war against drugs. This is financing it.
Tak kiralah siapa yang putar belit pun...yang pastinya cara itu telah gagal di beberapa negara termasuklah U.S sendiri. Pokoknya membazir dan tak nampak keberkesanannya.Mufti pun tak setuju.... p/s :- Menteri yang buat kenyataan tu dari MCA.Skg nie hangat sangat soal pemilihan pucuk pimpinan tertinggi MCA.Mungkinkah ada motif lain..???????-- Edited by mafizal at 17:13, 2005-06-12