Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Biskut hancur ditaburkan buat makanan MELAYU


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
Biskut hancur ditaburkan buat makanan MELAYU


Bukan niat untuk mencetuskan konflik atau perbalahan antara kaum. Bukan hasrat untuk mencerca kaum - kaum lain tetapi bernekad untuk menyedarkan bahawa itulah tahap, itulah ibarat Melayu dalam negara yang merdeka ini.


Di mana kedudukan Melayu dalam ekonomi negara yang semakin stabil - Malaysia yang dikatakan pesat membangun dan pembangunan ini untuk semua - namun hakikat Melayu tetap di tahap yang sama malah semakin tercicir jauh dan ini tidak dapat dinafikan. Pendahuluan kaum lain khususnya Cina sudah nyata tetapi Melayu semakin tersungkur kerana kuasa yang di pegang - menderhakai bangsa sendiri.


Ini bukan cerita politik semata - mata. Ini bertujuan untuk mengajak kita berbicara, memikirkan dan mencari sebab musabab kenapa dan apa sebenarnya dilema orang - orang Melayu.


Mudah - memang mudah untuk menyalahkan sikap orang - orang Melayu sebagai punca, namun apakah kemajuan sains dan teknologi, pendidikan luar dan dalam negara serta kemudahan infrastruktur jaluran informasi tidak mengubah minda orang - orang Melayu. Apakah sebenarnya sikap yang di persalahkan adalah sikap budi bahasa, kelembutan dan adat orang - orang Melayu atau yang menjadi punca adalah atau sikap sombong, bongkak, mementingkan diri sendiri yang menjadi punca utama Melayu mengkhianati bangsanya sendiri.


Mana kepimpinan yang Melayu berkuasa membentuk kejayaan Melayu? Apakah mereka hadir hanya untuk menerima habuan dan berlalu memandu kenderaan menjalar panjangnya - tidak cukup satu malah dua dan tiga. Pulang ke rumah yang tidak cukup dua malah tiga dan empat serta tanah - tanah besar hasil dari pengkhianatan kepada bangsa Melayu itu sendiri.


Kaji dan nilaikan - baik dari makanan yang makan setiap pagi hingga ke malam hari - baju yang di beli dari kompleks - kompleks mewah, ubah suai bangunan dan rumah, komputer dan telefon bimbit - Melayu makan umpama biskut kering yang di taburkan kepada burung - burung di tepian jalan. Itu hakikat Melayu dan di situ tempat Melayu.


Siapa yang harus di persalahkan - Melayu sendiri ?


Bangsat kalau kepimpinan Melayu itu menawarkan jawapan sebegitu. Jawapan tepat adalah pemegang mandat, pemegang amanah dan mereka yang di beri tanggungjawab untuk mencorakkan bangsa tetapi terus memeras bangsa sendiri untuk kepentingan peribadi. Apakah ini tidak benar - apakah ini palsu - apakah ini hanya omongan kosong tanpa fakta dan penilaian tertentu.


Tanya pada penggiat ekonomi - nelayan, petani, pekebun - pekebun Felda - di mana kuasa ekonomi mereka? Tanya mereka - kelapa sawit di eksport ke seluruh dunia dan mereka tetap di bawah rumah 2 bilik di tepi kebun menceritakan cerita duka. Tanya pula pada nelayan - berapa harga ikan mereka? Bot - bot usang dan tulang 4 kerat mereka menjadi saksi hasil usahanya di baham oleh agensi - agensi kerajaan yang bertindak kononnya untuk menyempurnakan hidup para Nelayan. Tanya kepada Nekmat - berapa banyak orang tengah - syarikat -syarikat bangsa Cina yang dikayakan oleh mereka. Jangan mengarut kalau itu di bantah oleh mereka - tanyakan pada Nekmat Tai Chia Frozen Food dan anak - anak syarikat milik mereka berapa banyak yang kaya - kerana Nekmat dan barisan kepimpinan mereka lapar meratah hasil orang - orang Melayu. Selidiki pula Peladang, apakah barisan kepimpinan mereka membantu penggiat ekonomi perladangan negara ini atau terus memberi kekayaan kepada orang tengah hanya untuk terus mengaut wang rasuah buat diri - bukankah ini bangsat namanya, bukankah ini pengkhianatan peringkat tertinggi pada orang - orang Melayu.


Jangan berdalih lagi - kepimpinan yang ada harus merombak dan meneliti semula apa kah selama ini dasar - dasar yang di cipta untuk membantu orang - orang Melayu berjaya. Andai tidak maka mula kembali ke pangkal jalan kerana orang - orang Melayu terus terseksa menjala dan mengail, membajak dan bertani sedangkan kepimpinan yang mahu menyelamatkan orang -orang Melayu mengaut kekayaan hasil rasuah dan projek ali baba mereka.


Siapa kata Melayu miskin?


Bodoh kalau dikatakan Melayu miskin, Pak Lah tidak miskin, Naib Presiden UMNO ketiga - tiga mereka tidak miskin, Menteri - menteri malah bekas menteri tidak miskin, EXCO Pemuda UMNO tidak miskin, rakan -rakan politik tidak miskin dan mereka yang terus memimpin Melayu TIDAK MISKIN.


Siapa kata Melayu miskin?


Namun bila di lihat penggiat ekonomi yang terus hidup dalam kemiskinan maka kepimpinan Melayu ini bangkit - mereka haprak, mereka jual subsidi, mereka terikat dengan budaya dan mereka mudah lupa - itu jawapan mereka kepada kemiskinan Melayu di negara ini.


Kita sudah beri mereka tongkat - sampai bila kita nak beri mereka tongkat untuk membantu mereka - jawapan kepada kesialan tuduhan itu ialah - mereka tidak pernah memberikan bantuan yang sepatutnya. Mereka tidak pernah mahu melihat di mana sebenar kesalahan polisi mereka. Mereka tidak pernah melihat apa sebenarnya yang dapat membantu dan apa sebenarnya yang menjahanamkan Melayu.


Sebenarnya - sudah boleh berjalan di papah juga - inilah diibaratkan kepada perekonomian bangsa lain khususnya Cina.Yang memapah mereka adalah Melayu - yang di beri mandat membantu masyarakat Melayu tetapi terus khianat kepada bangsa mereka sendiri. Melayu inilah yang sebenarnya memundurkan Melayu itu sendiri dan mereka ini bangkit menyalahkan bangsa mereka sendiri.


Apakah ini sekali lagi tidak benar dan tidak berasas? Apakah ini satu kenyataan yang karut marut - apakah kita buta kepada pemandu teksi yang kerja membawa teksi sewa selama 5 tahun namun permit di beri kepada proksi Melayu yang menjual bangsa mereka sendiri. Apakah ini tidak benar - askar Melayu yang keluar terus duduk di tepi masyarakat tanpa bantuan. Mahu membuka perniagaan runcit di telah dengan naga Giant yang pasar raya nya menghapuskan keseluruhan industri kecil peruncit. Mungkin kita boleh menjual hasil tani, ikan dan ayam kepada Pasar Raya Giant - boleh pergi mampus kalau mereka dapat memberi ruang. Nelayan kerja tangkap ikan dan jual kepada orang tengah dengan harga beberapa syiling - orang tengah suap Nekmat, Peladang dan mendapatkan bekalan untuk di jual kepada Giant, Macro dan pasar raya besar - hasilnya - MELAYU MELARAT.


Saya terus pilu melihat situasi ini belaku. Saya sungguh terharu melihat bangsa kita sendiri duduk di celah - kemewahan ekonomi negara - saya kagum dengan penjualan bangsa oleh beberapa kepimpinan Melayu negara ini.


Bangsa Melayu - sedar lah




-- Edited by mafizal at 13:29, 2005-06-13

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

melayu miskin dengan ilmu...

__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 128
Date:

melayu kaya dengan hasad dengki

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:

 


Tanniah Natural !!!


Nicely said ...


Saudara Mafizal...


Begitu lah Melayu... satu bangsa yang tak penah sayang dan kasih kepada bangsanya sendiri.


Realiti kita di Malaysia ...


Kalau seseorang Melayu itu ditipu, 90% kemungkinan dia ditipu bangsanya sendiri.


Kalau seseorang Melayu itu bergaduh, 90% kemungkinan dia bergaduh dengan bangsanya sendiri.


Lemahnya kita di mata bangsa lain yang sering memtertawakan kita. Namum kita ...


Pikirkan lah sendiri sahabat-sahabat ku semua...


Sudah letih bercakap... Hampir mati semangat...


Letih... Letih...


 


 


 


 



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

ITULAH MELAYU SELAM...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

natural wrote:


melayu miskin dengan ilmu...


Antara sebab melaka jatuh ke tangan portugis adalah kerana ilmu yang silap di tuntut oleh hulubalang melaka pada masa ituuu.


Ketika itu semua hulubalang melaka sibuk mempelajari ilmu kebal untuk mempertahankan melaka....datanglah setajam mana pun senjata,pasti tidak akan menusuk masuk ke tubuh hulu balang2 tersebut....dan melaka amat digeruni oleh seluruh gugusan kepulauan melayu....


Apabila datang orang portugis untuk menyerang melaka...dengan confidennya hulubalang2 ini sedia mempertahankan bumi melaka...apalagi setelah mereka melihat askar portugis hanya menggunakan besi bulat untuk melawan dengan mereka.....


Malangnya.....maka terkejut besarlah bila mana besi bulat yang merupakan bom meriam itu,meletup dan membunuh ke semua hulubalang melaka...dan akhirnya melaka jatuh ke tangan portugis.........


kesimpulannya :----Ilmu itu amat penting dan perlu mengikut perkembangan semasa.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

tak kan melayu hilang di dunia

hanya jauhari mengenal manikam



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

A'kum...


          HIDUP MELAYU!!!



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 49
Date:

melayu....politik itu duit...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

asalamualikum


Nak tau sape Melayu? gi dewan bahasa, buka kamus, buat pe pening-pening kepala


Kayu jati



__________________
Kebenaran Itu Pasti


Veteran

Status: Offline
Posts: 88
Date:

HIDUP MELAYU !!!



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

lemah betullaaa...nak ngadu boleh...?hamba ada kisah ngan org melayu...mamat ni parking keret kat tempat parking moto...hamba nampak ada sticker pekida plak..adihhh.hamba tunggulaaa...manelaa tau dia nampak hamba nak masuk moto...hamba tepaksa paking jauh, bukan malas nak paking jauh..tapi hamba takut ape2 jd kat moto hamba....hamba kerja kat situ...jadi moto hamba akan berada di situ sehari suntuk...hamba pegi minum....rupanya tuan punya kereta tu tgh minum...bukannya tak nampak kalau kita hon kat kete dia...tapi nak buat mcmane...hamba mengagak sja yang dia tuan kereta...sebab hamba tgk kotak rokok dia......rupenye memeng btullaaa dia....hmm...biarlaaa dia...dengan sticker tu dia boleh jadi agung biarlaaa....no plat hamba tak amik..malas nak cari pasal..kalau hamba dah amik..memang niat hamba jadi buruk...so biarlaaa...diorang ni tak tau parking pe...tmpat parking kereta melambak kat tempat moto jgk dia nak letak.....kang kalau sound..kata cari gaduh...heishhhhh........

__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

Salam utk semua,


Dinda nak cerita sikit tentang anak kecil yg selalu demam2...sakit2...atlast bapa dia tukaq nama anak dia...Mungkin abah dia ingat nama anak nya tak serasi...Selepas tukar nama...anaknya pun tak sakit2 lagi...dan mula aktif....ceria....Tapi ini pendapat org dahulu....Apa kata kalau melayu ditukar namanya jadi menyegar ka atau mengAyu...kot kot melayu boleh berubah........apa mcm idea dinda...best tak.....



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Hisss,apa la orang niee.Adake nak tukan name melayu pulak???!!!!


Bagi lerrrr idea yang bagus sikit.



__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

Salam


Jebat,


Pendapat saya,orang melayu skrg ni mmg lupa...lupa diri,lupa usul asal lupa agama dan lupa maruah.


Kalau sesama melayu tak nak bersatu (dan saya percaya mmg susah tapi tak mustahil),sampai bila pun kita akan bahkan lebih teruk dari sekarang.


Apa yang org melayu atau lagi baik kita yang di forum ini boleh buat ialah supaya kita ingat kembali diri kita,ingat kembali roh Melayu dan bergerak bersama sama.


Kelemahan dan perangai Layu kita tu perlu kita buang jauh jauh.Contoh Melayu mmg terkenal dgn PHD (perasaan hasad dengki).Jadi skrg walaubagai mana kita benci pun org meyu kita jgn kita dengki.Biarkanlah dia dgn dunianya tapi jgn kita lupakan dia.


Ekonomi melayu sendiri kalau kita perhatikan masih ditahap yang teruk.Berapa banyak kita kita disini yang mampu buat sumbangan duit tanpa teragak agak.Kita bukan macam org cha ya nun alif yang senang senang boleh menderma untuk perjuangan kaum mereka.Berapa ramai disini yg ambil tahu pasal sekolah anak anak meja tak cukup kerusi meja,kurang buku latihan tambahan,kurang air cond dll.Saya berani kata boleh kira sebelah tangan...betul tak?Jadi marilah kita berganding tangan untuk kukuhkan ekonomi diri sendiri,persatuan masing masing dan bangsa kita.


***********************************


Saya rasa di forum ni ramai golongan golongan profesional bukan?Marilah bergabung.Atau hanya golongan golongan kelas bawahan yang menjerit di sini?Baiklah,walau apa pun kelas melayu kita,tolong lah sokong sesama kita.Apa kata kita mula berpadu tenaga dengan membuat networking untuk kembangkan business masing masing.Saya sendiri bersama rakan rakan seperjuang semenjak sekolah sentiasa berhubung untuk membuat update tentang apa apa info yang boleh kembangkan ekonomi kami.Contohnya kami sedang berbincang untuk membuka ladang besar besaran dan pengurusan bersepadu dgn cara perkongsian.


Sungai Ramal bagi saya juga sesuai kalau diusahakan projek penternakan lembu atau kambing kerana ada kawasan kampung yang agak terbiar (correct me if i'm wrong,been long time since i went there).


Jangan bergantung sangat kepada subsidi kerajaan atau bantuan dari pihak lain.Jadilah melayu yang berdikari dan kuat.Akhirkata,melayu itu mmg layu bangsanya,tetapi kalau terjaga ia akan akan bangkit berbingkas dan menjerit....itulah bangsaku.


 


wasalam.


 



__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Senior

Status: Offline
Posts: 217
Date:

Assalamualaikum ...


Utk pengetahuan ang_loong,kami di R&D telah mengusaha kan beberapa bisnes kecil mahu pun besar, cth spt kedai runcit, restoran cafe, koperasi di Sg Ramal ini sendiri. Jadi jgn ketinggalan melihat realiti dari usaha kami bersama di sini dgn ilmu yg di beri. Mungkin juga saudara boleh merealisasikan niat utk membuka ladang sendiri dgn dtg mengambil  pengalaman dari apa yg telah kami lakukan di sini. Kami di sini sudah berdiri tapi mungkin anda diluar sana masih lagi berdebat di Forum dan tidak sedar apa yg telah kami lakukan. Jadi saya mengajak anda melihat benda yg benar benar terjadi bukan nya omong kosong.


Alhamdulilah ...



__________________

~Solat Tiang Agama~
wanbos@prihatin.com
0163233036


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

wanbos,


lepas baca posting Tuan Dr masjuki,saya dah merisik risik cerita,mmg benar apa yg beliau tulis tu....tahniah dan saya mmg terasa bangga dan terharu jugak dgn apa yg korang dah usahakan....SYABAS.Tapi,jgn cpat puas hati sbb mmg banyak potensi kat kawasan sg ramal tu.


Dulu-dulu kalau bermalam kat sg ramal,mlm2 kami selalu cerita hantu ja....tapi skrg ni pembentukan komuniti yg terkawal jugak.....


TAHNIAH skali lagi.....hehehehehe....


ps-baru balik makan biryani gam area uniten lepas ronda ronda tgk tempat RnD tadi,spy korang jugak yg bawak.... nak pegi tegor segan...nanti la ye



-- Edited by Ang_Loong at 23:45, 2005-06-29

-- Edited by Ang_Loong at 23:46, 2005-06-29

__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Veteran

Status: Offline
Posts: 55
Date:

Sungai Ramal bagi saya juga sesuai kalau diusahakan projek penternakan lembu atau kambing kerana ada kawasan kampung yang agak terbiar (correct me if i'm wrong,been long time since i went there).


----------------------------------------------


Bagus jugak idea tu.lagipun sesetengah member cakap bela lembu & kambing nie senang sikit.Untung pun blh tahan.


tambah2 pulak lembu dan kambing tak menyusahkan gembalanya....



-- Edited by Sidik segaraga at 18:30, 2005-06-30

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

... melayu melayu melayu.. tak habis habis... kot mana salahnya...melayu ni.. apa yang patut kita sebagai jemaah lalukan...


p/s sebatang lidi boleh dipatahkan kalau dah jai penyapu lidi... fikir fikirkan laaa tak mampu kita lakukan seorang...  



__________________
marsos six time


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

ISH........ISH...........ISH............KESIANNN DIAAAA..KESIANN DIAAA.........SIAPA DIA??????............SIAPA DIA??????......KENAPA????........KENAPA?????..............PASAI APA!!!!!



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard