Vocabulary : > Bokbong - spesis musang > Ttuyup - pepatung > Pok Kor - spesis mengkarung > Ike Kkhonge - ikan cencaru > Gelenyar ,Gletah = mengenyam, getik > Saksobar=Asorber > Supik Gelenyar= plastik bag (yang nipis tu.) > Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab > "tuffah" = epal) > Gaduh, bbaloh = kelahi > Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu) > Saka = gula (sekarang sudah jarang digunakan oleh > generasi baru) > Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work) > Tohok = buang > Ghohok = susah, payah > SIAK DUK GGOBAR GAK= Jangan risau laa.. Don't worry, be > happy!!! > WAK GGOGHI + Wak mula (Bagi memulakan sesuatu.. to start with.) > DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun > Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu) > Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin > not smooth enough) > > Kelantan + English?? = "Kelantalish" > Contoh: > POZEK (deposit), > RIZAT (1.result 2. reserved), > NNEJA (manager), > ISTEK (estate), > SUWIH (switch), > MERKET (market), dll... > EJAH (Adjust)
> PAIK (modified) > Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan > menarik: > manis LLETING > masin PPEGHAK > pahit LLEPE > mase PPUGHIK > tawar EBER > putih SSUEH > hite LLEGE > biru KKETU > kuning NNEHE > kenye BBONYAH > comel LLOTE > gemuk DDEBOK > busuk BANGA > hapok KOHONG > > Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik.. Antaranya: > YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!" > DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang"OK?", > GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.." > PAH? = lebih kurang "GAK" > HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes" > DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau "isn't it?" > > Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap > TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya > di dalam loghat tempat lain... Yang popular digunakan antaranya: > CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k" (istinja). > PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka... > JEBUR : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan ni...) Kalau silap dengar, lain maksudnya. > KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair" (ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!! > TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut > BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE...) > AIR TUAK : kita minum di bulan puasa (air nira) , buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK...)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA. > NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan...cuba direct translate jadi BINATANG... > Boleh bergaduh nanti... > SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL, ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!! > > Biasanya perkataan yang berakhir dengan > `an','am','ang' diganti dengan `e'. cth : > Jangan=jange > Lengan=lenge > Geran=gere, > Pisang=pise > Malam=male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like pelam(mangga) & pelan. (kan lain pulak jadinya) > > Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. > Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi. > Sekadar contoh, > Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN > KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!! > Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA (useless). > Atau keliru diantara KECEK(tipu) (dio nok kecek kito) dengan KKECEK (bercakap) (dio nok kkecek nge kito tu... > > so itula tutorial kite ttg bhs kelantan...i enjoy it very much..hope u too...