aku hanya hamba biasa, insan kecundang, hidup ku penuh dengan kesalahan dan kesilapan, jalan ku penuh simpang siur, berliku-liku,sudah berkali-kali aku hilang arah...
minda ku hanya pentas halogram, memaikan watak-watak idaman ku didalam otak ku, realiti aku jauh tersasar, aku dikaburi debu debu bumi berwarna-warni, hilang dalam cengkaman satu pura pura yang ku cipta sendiri. aku sedari kepalsuanmu namun ku turutkan juga. sebenarnya aku telah kalah, tewas digoda dunia. dunia oh dunia... satu penipuan jelas dan nyata.
celaka datang menimpa aku, lalaiku menghantui diriku... kepala ku sakit bukan kepalang, maka matilah aku insan kecundang... menjerit-jerit jiwa ku lantas membuka pintu kegilaan ku... aku sudah gila.
siapakah kita untuk menilai gila? apakah hakikat gila? adakah manusia yang gila itu sedar dirinya gila? ataupun dia hanya meneruskan hidupnya yang siuman itu di dalam "kepala gila" nya itu? mungkinkah hanya orang di luar sahaja yang mengatakan dirinya gila?
jadi bagaimanakah kita boleh benar-benar memastikan diri kita ini tidak gila? adakah kita hanya sesorang doktor di dalam minda kita? sedangkan semua org di luar hanya mengatakan kita " gila doktor" / ataupun lebih tepat lagi doktor gila... apa saja... pengawai bank, technician etc.
apa yang sedang berlaku dalam hidup ku? betulkah realiti yang aku hadapi ini? wujudkah setiap org yang aku temui? ataupun hanya sebahagian dari gila ku?
tidak mungkin semua yang aku lalui ini realiti. terlalu karut ada kala nya. terlalu melampau untuk dikatakan benar. aku sudah tidak pasti . realiti terlalu jauh untuk dikecapi.
yang aku pasti sekarang hanya Tuhan sahaja yang wujud. aku pasti. pasti.
Aku hanya pasti wujudnya satu kuasa yang menguasai segalanya dan aku pasti wujudnya aku. yang lain aku pasti hanya diwujudkan untuk menguji aku... ujian yang besar untuk menentukan layak atau tidak aku dikuarkan dari kegilaan ini. seorang perempuan tua bergelar dunia. ws
Memang keliru dan naik gila juga bila baca puisi dari saudara pendita gila ni......Terasa kegilaan diri membawa jauh ke sudut jiwa...deep deep inside....hmm hmm....hanya org gila yg mengerti puisi gila.......Semoga saudara pendita gila mendapat apa yg dicari dalam diri....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Memang keliru dan naik gila juga bila baca puisi dari saudara pendita gila ni......Terasa kegilaan diri membawa jauh ke sudut jiwa...deep deep inside....hmm hmm....hanya org gila yg mengerti puisi gila.......Semoga saudara pendita gila mendapat apa yg dicari dalam diri....
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I