Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Thailand akan tambah masalah jika tutup SAR


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:
Thailand akan tambah masalah jika tutup SAR


AMARAN kerajaan Thailand untuk menutup beberapa buah sekolah agama di Selatan Thai tidak akan menyelesaikan masalah bergelora yang dihadapi oleh negara itu, malah ia akan menambah ketegangan dan merenggangkan lagi hubungan kaum di negara itu.

Sekalipun langkah itu tujuannya bagi membendung persoalan yang dikatakan gerakan pemisahan, tetapi ia sukar memadamkan permasalahan yang wujud.

Suatu yang perlu diterima oleh kerajaan Thailand ialah negara itu adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk; berbilang kaum, berbilang agama, kebudayaan, bahasa dan kepercayaan.

Persoalan ini sukar diselesaikan secara kekerasan dan paksaan.

Ia memerlukan pendekatan perundingan yang memerlukan masa yang munasabah.

Sejarah mengajar kita, kekerasan boleh mengatasi sesuatu masalah untuk satu masa singkat, teapi ia tidak menyelesaikan selama-lama.

Dalam dunia yang menekankan perlunya hidup demokrasi, maka perundingan adalah penyelesaian yang baik dan dirancang atas kepentingan bersama.

Masa belum terlewat Thailand mengadakan satu persidangan bagi mengenal pasti punca berbalahan dan mencari pendekatan yang boleh diterima bersama.

Tidak bangkit soal tunduk kepada golongan pemisah, tetapi yang penting ialah Thailand perlu menyelesaikan masalah bagi mewujudkan satu kehidupan yang rukun dan harmoni sama sendiri.

Oleh kerana yang terlibat dan yang dihadapi oleh kerajaan Thailand ialah rakyatnya yang beragama Islam, maka Thailand wajar mendapatkan bantuan, nasihat dan kerjasama masyarakat Islam antarabangsa terutama jiran-jirannya.

Langkah Perdana Menteri Thaksin Shinawatra mendapatkan bantuan Malaysia adalah langkah yang baik.

Bagaimanapun Thailand mesti berani mengadakan satu perjumpaan terbuka dengan masyarakat Islam yang dihadiri sama oleh masyarakat Islam antarabangsa bagi mencari penyelesaian.

Thailand boleh mendapatkan bantuan OIC bagi mengatur persidangan itu.

Persidangan itu bukan bertujuan untuk menekan Thailand supaya tunduk kepada kemahuan golongan tertentu, tetapi adalah untuk membantu Thailand bagaimana ia boleh mengekalkan kesatuan bangsanya dengan Islam sebagai satu komponan yang mendapat keadilan dalam negaranya sendiri



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

biarlah thai sendiri yg uruskan...kalau msia masuk campur lagi susah...


rakyat mereka ada hak bersuara!



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

saye setuju ape yg saudara haikal cuba ketengahkan............

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard