Cadangan pemberian kondom dan jarum suntikan percuma kepada para penagih jenis IDU (injecting drug user : penagih mengunakan jarum) bagi mengelakkan jangkitan HIV AIDS dikatakan akan mengakibatkan kerajaan berbelanja RM145 juta setahun. Kata Menteri Kesihatan Dr Chua Soi Lek jumlah ini berpatutan memandangkan ianya dapat mengelakkan 90,000 pengidap HIV baru dimana kerajaan kini berbelanja lebih RM500 juta setahun untuk merawat mereka.
Sekali lagi kita terpegun mendengar dan membaca kisah sorong papan tarik papan yang melibatkan polimik kondom dan jarum suntikan percuma ini.
Dengan mendedahkan angka-angka ini bermakna Dr Chua cuba sedaya upaya meyakinkan orang-ramai bahawa eloklah diberi kondom dan jarum percuma jika tidak kerajaan akan menanggung kos perbelanjaan yang lebih besar!
Bagi saya penagihan dadah itu lebih-lebih lagi yang melibatkan IDU adalah merupakan penyakit sosial yang serius yang tidak boleh dibiarkan berlarutan. Ia meruntuhkan peradaban manusia dan bagaimana kita boleh terima mereka sebagai sebahagian dari anggota masyarakat yang normal.
Kita seolah mahu membenarkan mereka terus hidup sebagai penagih kerana jarum-jarum bersih kita bekalkan pada mereka secara percuma. Dan kita menobatkan pula mereka terus sebagai ketua keluarga kerana kita memberikan mereka kondom percuma apabila sahaja mahu mengadakan hubungan seks dengan isteri.
Mereka ini bukan manusia yang normal. Mereka berpenyakit, bermasalah dan perlukan rawatan. Mereka hanya boleh dibiarkan bebas berkeluarga dan bermasyarakat apabila mereka telah sembuh dan bersih dari dadah.
Bayangkan suatu keluarga, yang ketua keluarganya seorang penagih jenis IDU, apa Menteri Kesihatan tidak mengambil kirakah perkara ini? Mereka ini lemah pertimbangan, mudah berputus asa, dan akan lakukan apa sahaja untuk melepaskan ketagihan mereka. Kita pula galakkan mereka terus hidup berkeluarga, hari ini kita beri jarum dan kondom percuma barangkali esok kita berikan elaun dan bekalan dadah pula!
Saya melihat mereka ini jika berkeluarga pasti akan memiliki keluarga yang porak peranda. Isteri mana yang sanggup berterusan berkongsi hidup dengan suami jenis penagih IDU. Mahukah anak-anak hidup dengan bapa yang berpenyakit seperti ini? Mereka ini pasti tidak berkerja, dan pasti mengundang lebih banyak masalah kepada masyarakat dan negara.
Oleh itu janganlah kerana kita mahu mengekang satu bahaya maka kita mengendurkan pula kawalan dan perang terhadap bahaya yang lain. Percayalah rancangan memberikan jarum dan kondom percuma ini akan hanya mengundang berbagai bala dan kesusahan lagi, yang untungnya pasti para pembekalnya.
Benar angka pengidap HIV AIDS meningkat dari tahun ke tahun menurut statistik dari 1986 sehingga 2004 terdapat 64, 439 pengidap. Bagi tahun 2004 sahaja terdapat 6,427 kes baru. Dan 75 peratus dari pengidapnya merupakan penagih jenis IDU.
Maka kita perlu sebenarnya mempertingkatkan lagi perang kita terhadap najis dadah. Perketatkan lagi penguatkuasaan, bagaimana jadinya semakin kita maju semakin berlambak jenis dadah ini dipasaran. Perkenakan langkah lebih serius lagi. Tapi bersetuju dengan jarum dan kondom percuma ini bagi saya tak secara langsung mengahalalkan terus aktiviti penagihan dadah ini. Kita mengaku kalah dan mengaku bahawa usaha kita selama ini telah gagal!
saya rasa elok gak kita cuba cara diorng nie.. bab membazir tue lain citer.. lagipun kan dah ari tue diorng dh ckp, dgn cara buat cara baru nie adalah lebih menjimatkan berbanding dengan cara lain sebab duit boleh di jimatkan dari perbelanjaan nak merawat pesakit aids nie.. so, rasanya ok kot.. tp dosa,tetap dosa ar kalo buat maksiat...hehehe
Klu nak lihat tak dak penagih,nak lihat tak dak jalang cari makan,nak lihat tiada jenayah.Klu nak lihat tiada rasuah.Baliklah pada hukum Allah.Kerana Allah dah janji dalam Quran..
"kalau laksanakan hukum Aku,maka Aku akan pelihara semuanya....."
Itu bukan saya kata,saya dengar Ustaz Haji Samsuri Haji Ahmad kata dalam kuliah Magrib dia....Klu dia pembohong saya tak tau lerrrr.....
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan
dan setiap yg bersebab itu perlukan penjelasan. setiap penjelasan mestilah berintikan kebenaran. bukan sahaja kebenaran akal manusia mengenai untung rugi 'sedekah' jarum n kondom, tetapi kebenaran yg sebenar2nya. jika tiada, usahkan org yg x faham, org yg faham pun nak jugak penjelasan.
kita masih ada masa, masih ada yg boleh berfikir lebih waras, masih ada tempat disalurkan, masih tidak terlewat.
'jgn sampai, yg kejar tak dapat, yg dikendong berciciran'
tumpang risau...(sebab harga barang dah melambung naik)....gaji mcm tu gak...
~~ usaha kerajaan tu ade baik and ade burok die~~ tak d nafikan keburokan die lebey byk dari yg baik~~ tapi mencegah lebey baik dari mengubati~~ pandangan saya insan lemah~~~