sejuk beku melayu, sejuk merajuk namanya... rajuk melayu, pelbagai interpretasinya...
disini kita berkumpul untuk menyatukan pemikiran, menguatkan perlembagaan...
berbeza pendapat adalah rakan/saudara berfikir yg baik...
tuhan memberi ilham perbezaan pendapat di setiap kepala yg hitam adalah untuk kita berusaha mencapai dan mencari persamaan didalamnya... ada yg positif, ada yg negatif...
ada yg memuji...ada yg terus mencaci....semoga tuhan ampunkan dosa mereka yg memusuhi dan dimusuhi...
apapun yg muda perlu hormatkan yg tua...kita ada adat dan adab bersama yg tua...mereka kaya dengan ilmu dan pengalaman...gerak atur mereka selalunya halus dan tajam...itu yg bernilai dan yg kita mahukan
yg tua perlu kasihkan yg muda...dari pengalaman yg tua, mereka tahu darah kami panas...ada yg tidak berfikir untuk 'meredah maut'...kami perlukan kebijaksaan yg tua dalam memanipulasi semangat yg muda...
dengan memandang keperluan masa2 mendatang dan sebagai hanya ahli didalam forum sahaja, disini saya ingin memberi cadangan yg mana ianya memerlukan kerjasama semua yg ingin terlibat tidak mengira moderator atau ahli...cadangan ini pernah saya suarakan pada 'toklah', tetapi dalam format yg berlainan...
ini hanya sekadar antara cadangan untuk kita cuba bergerak secara berjemaah didalam forum dan tidak apa jika tidak dilaksanakan kerana saya tahu tahap kemampuan dan kekuatan RND...
kita tahu yg quran semakin hilang di hati kita atau memang tidak tahu lansung kerana quran pada kita 'hanya sekadar lagu'...
cadangan saya ialah,moderator akan menghantar ayat-ayat quran dalam bentuk penulisan yg tidak boleh di'edit' kepada semua ahli forum melalui email...
sehari satu atau dua ayat sahaja, kalau 'mampu' biarlah ianya menurut turutan masa ianya diturunkan...semoga kita dapat mengkhatamkannya jika cadangan saya dilaksanakan...
tujuannya, supaya dan semoga pemikiran kita dalam mengemukakan hujah tetap menjurus pada yg satu...
seperti yg pernah dikemukakan pada dr, kita perlu mencari dan memikirkan:-
-bagaimana agar ditetapkan iman?
-bagaimana mahu diterangkan hati?
-bagaimana mahu ditenangkan hati?
-bagaimana mahu disatukan hati?
-bagaimana mahu dimurahkan rezeki?
-bagaimana mahu dilindungi dari gangguan syaitan?
-bagaimana mahu dimatikan dalam beriman dan beramal soleh?
apa yg perlu ada dalam setiap email:- 1)ayat quran dalam tiga bahasa-arab,melayu dan english.. 2)email ini tidak boleh dijadikan email berantai untuk menjaga keasliannya... 3)jika ada yg turut sama ingin mendapat email harian ini, bolehlah mengemukakan emailnya pada moderator forum pekida...
tugas moderator:- -moderator akan mengagihkan ayat2 ini secara harian dari permulaan ayat yg ada, sehingga tamat...
tugas para ahli yg komited:- -mencari email dan hantarkan pada moderator...kawan-musuh,anak-bapa,lelaki-perempuan,kecil-besar,bilis-jerung,muslim-kafir,melayu-bukan melayu...mari kita bergerak dengan apa yg kita ada dan mampu...
apapun cadangan ini hanya yg terdaya hamba yg hina fikirkan buat masa ini supaya kita mampu kembali pada yg maha kuasa...besok-lusa kita akan kembali padanya....
cuma apa yg kita akan tinggalkan?
dan
kenapa kita perlu diberi udara untuk terus bernafas?
kita perlukan setiap pemikiran yg ada...hanya ini sahaja kerat2 yg kita ada...
hamba tahu tahap kelancangan hamba...hamba minta maaf jika ada...
satu posting yg matang dan bernas... cuma perlu bersemuka utk perlaksanaannya, agar jelas pro and contra... agar jelas betul salah sirot, sabil dan thoriqnya...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***