HUrm... Bermula dengan ikrar memartabatkan bangsa, agama dan negara. Menjaga kebajikan sesama saudara...permulaan yg boleh dianggap mulia..namun ada segelintir yg menyalah guna nama pertubuhan.. atas dasar apa? atas perilaku apa? Maaf andai ada tersinggung.. celik kan mata, buka la permikiran.. fikir apa betul atau tidak.. kenapa perlu jalan mendongak sedang laluan jalan berlopak? bukan sekali KITA dengar, bahkan acapkali... sampai berdarah telinga.. KITA bukan samseng.. datang KITA membantu, hadir KITA membela.. si nila setitik ni la yang bangsat!! habis pudar susu setong!! pasal dia, seluruh keluarga dipandang serong.. masakan bergoyang pohon andai tiada bayu meniup.. mana datang nama "PEKIDA samseng, mafia, dll?" lagak KITA pahlawan terbilang bukan racun dalam madu!! kalau dicarut !#$%^&* &^%$#! marah pulak si nila... dia yg hitam, dia yg legam tak nampak.. dok pandang org lain mcm tgk semut, kalau boleh semua dia nak pijak.. gajah depan mata takut nak tgk..tolong la...sayang lah sikit dgn KITA.. kau aku sama saja.. yg tak sama satu susu satu nila.. spoil!! Kalau ditegur, sebok nak betah.. awak lah betul.. org lain semua salah.. terimalah sikit pandangan, terimalah sikit teguran.. tak salah.. yg serong KITA lurus kan balik.. yg sesat KITA pimpinkan.. KITA sayang semua saudara.. menjujung sama2.. ingat2 lah org lain..
tujuan KITA bukan utk gah.. bukan utk gebang..ni tak, kalau masuk kampung dialah segala.. beraja dimata bersultan dihati.. kesian saudara yang lain.. depa tak buat salah, dgn depa2 pon kena.. pasai pa? pasai si nila!! Baru belajar merangkak, dah nak ajak berlari.. rilexla brader.. tak payah dabik dada.. KITA menuntut bukan utk menunjuk..Kalau boleh KITA mengajar, agar org faham, agar org tau yg betul pasal KITA.. ni tak, kalau kat kedai kopi..huh, kalau boleh dia nak jadi tokey!! jeling sana, jeling sini.. tgk org macam nak telan.. org lain pon takut.. sebut je PEKIDA, org takut.. patutnya org suka KITA, sbb KITA wujud utk membantu.. ni tak, lain pulak yang jadi.. dok pumpang sana sini.. dia lah kuat.. dialah gagah.. semua org dia nak tunjal dahi..adeh.. susah betol!!
ni baru sikit, kalau nak cita sampai abis, silap-silap lebam biji mata membaca.. dalam hati meluap2.. bukan apa.. nak sound sikit je.. si nila ni yg buat hitam... haru biru jadinya.. kesian la pada yang lain.. depa semua baik2.. pasai hang yg jadi nila.. depa pon kena...
Patut KITA ramah2 dgn org.. baru la org suka.. baru org sayang..
Ni bukanlah nak kata semua.. utk para si nila saja.. yang lain semua ok.. mana yang rasa2 dia nila.. betulkan la diri.. agak2 tak reti, gi kursus induksi.. ok? tak elok la.. kalau KITA org anggap samseng.. boleh tak boleh? bleh nyer...
Salam Maaf andai ada terlanjur kata terkasar budi bicara..
Tumpang lalu br. zackbikers dan br. Yus_padi. Saya sokong dengan luahan hati eddycombat itu.Kadang kala ada hamba allah yg jauh dalam hatinya ingin berjuang..dengan ikhlas, tapi terpesong dek kerana si nila punya angkara. Niat yang baik pada mulanya menjadi punah akibat pengaruh yg dibawa oleh segelintir yg kononnya merekalah paling teror, paling kuat, walhal sama -sama makan nasi gak.Lainlah tiap pagi sarapan habuk besi bolehlah berbangga. Tapi bagi saya, hanya satu harapan dan impian untuk melihat pertubuhan ini berjaya menjadi satu pertubuhan bangsa Melayu yang teguh tanpa ada lagi pertelingkahan antara sesama saudara yang lain.Insyaallah.