HULU SELANGOR 18 Jun - Kabinet memutuskan bahawa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya akan diberikan kepada penuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sahaja.
Selain itu, PTPTN tidak akan lagi menukar status pinjaman kepada biasiswa bagi peminjam yang berjaya mendapat ijazah kelas pertama seperti sekarang.
Kabinet juga bersetuju supaya pinjaman PTPTN hanya diberikan kepada penuntut yang benar-benar tidak berkemampuan sahaja mengikut kadar pendapatan keluarga.
Keputusan Kabinet yang dibuat baru-baru ini diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Anugerah Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (KYUEM) di sini hari ini.
Katanya, antara matlamat kerajaan untuk memastikan PTPTN beroperasi dengan lebih efektif.
Mengenai pemberian pinjaman PTPTN kepada penuntut di IPTA sahaja, Shafie menjelaskan, ia akan dilaksanakan pada masa hadapan dan bukan dalam waktu terdekat ini.
``Bagi penuntut diploma seperti di kolej-kolej dan politeknik, kita akan sediakan peruntukan yang berasingan kerana kerajaan mahukan PTPTN memberi tumpuan kepada pelajar IPTA.
``Ini tidaklah lagi macam sekarang, ada cikgu masuk Program Jarak Jauh (PJJ) pun memohon PTPTN.
Saya tidak boleh letakkan bila ia akan dilaksanakan tetapi perkara ini sudah diputuskan Kabinet dan kita akan menyegerakan,'' ujarnya.
Tentang tiada lagi penukaran status pinjaman kepada biasiswa bagi yang mendapat ijazah kelas pertama, Shafie berkata, perkara ini sejajar dengan arahan Kabinet supaya PTPTN mengutip balik semua pinjaman yang diberikan.
``Sehubungan itu, mulai peminjam yang akan datang, kalau boleh mulai tahun ini juga, tidak kira apa kelas yang mereka peroleh, mereka perlu melunaskan pinjaman PTPTN yang mereka dapat.
``Bagaimanapun bekas peminjam serta peminjam yang sedia ada iaitu yang sedang menuntut akan terus menikmati kemudahan pelepasan pinjaman kepada status biasiswa jika berjaya mendapat ijazah kelas pertama,'' katanya.
Beliau berkata, ini kerana perjanjian yang sudah ditandatangani sebelum ini tidak akan terjejas memandangkan setiap perjanjian tidak boleh bersifat retrospektif.
Dalam pada itu menurut Shafie, Kabinet membuat keputusan supaya kelayakan pendapatan keluarga bagi penerima PTPTN dikaji semula dengan tujuan bagi mengelakkan daripada golongan berada turut menerimanya seperti sekarang.
Sehubungan itu katanya, kertas kerja yang komprehensif sedang disiapkan dan mekanisme pendapatan tertentu sudah pun dikenal pasti.
``Mungkin ada yang susah sedikit untuk kita kenal pasti pendapatan seperti orang yang berniaga namun ia bukanlah suatu penghalang.
``Yang penting, kita tidak mahu pinjaman PTPTN hanya menjadi imbuhan tambahan kepada penerima sedangkan ia melibatkan peruntukan kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan,'' katanya.
dgr kat radio era smlm... PTPTN utk IPTA/IPTS yg hanya amik jurusan perubatan dan farmasi sahaja... hitam putih lom keluar lagi kan??
ni semua gara2 org pinjam taknak bayar...adik2 kita yg jadi mangsa tak dapat pinjaman... terutama melayu yg hampir 90% mengharapkan PTPTN utk sambung belajar... apa boleh buat skrg??? nak belajar xde duit.... mengganguur...bersepahh tepi jalan lah yg ramai skrg....
Bukan masalah nak jalan ke belakang...baru nak ke depan dah kena road block, kena patah balik. Itulah realiti PTPTN yg mungkin tak akan memberi pinjaman lagi kepada pelajar IPTS yg mengambil jurusan yg tidak disenaraikan sekarang ...walaupun sebelum ini dibantu!
Pada asalnya PTPTN ni memang untuk membantu meringankan beban mak ayah pelajar-pelajar kita di universiti tapi lain pulak jadinya disebabkan segelintir yang salah guna dapat duit pinjaman lepas tu buat bayar downpayment kancil, ni yang jadi cam ni... lepas tu pula dah keluar universiti gagal pula nak bayar balik... so cam ner nak bantu orang lain...
Pada asalnya PTPTN ni memang untuk membantu meringankan beban mak ayah pelajar-pelajar kita di universiti tapi lain pulak jadinya disebabkan segelintir yang salah guna dapat duit pinjaman lepas tu buat bayar downpayment kancil, ni yang jadi cam ni... lepas tu pula dah keluar universiti gagal pula nak bayar balik... so cam ner nak bantu orang lain...
salam dari dinda,
Melayu....tulah dinda dah kata melayu kena tukar nama bubuh mengembang ka mengayu ka .....bila sangkut bab duit ...kelabu mata....dari budak kecik ,remaja ,dewasa sampai org tua....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
kesian kat budak IPTS kan...dah laa yuran mahal...tp skrg nie dah banyak IPTA....pertumbuhannya macam cendawan tumbuh selepas hujan...tapi yang berada di IPTS mesti terasa terinaya...terpaksa laaa mak bapak diorang berhempas pulas kerja untuk bayar yuran pengajian anak˛ mereka
nie semua angkara mereka2 yang meminjam tapi tak reti2 nak bayar balik..kloa yg tak keje lain citer, yg dah keje pon tak reti2 nak bayar lagi.. Mcm mana PTPTN nak tahan.. diorg pon perlukan modal utk rolling duit diorng.. kloa duit asyik kuat tapi yang masuk balik ciput, mana boleh tahan..tokey balak pon jual mesin...
salah org yg tak bayar pinjaman lahh.... bila kene batg hidung sendiri... adik/anak dia tak dapat ptptn baru nyesal tak bayar ptptn.... yg buat org lain yg jd mangsa org lain...tak adil sungguh!!
lain org lain pendapat..so, terpulang kepada kita untuk menafsirkan sesuatu keadaan tersebut..tp kan diorg dah ckp yg pinjaman dr tabung2 lg lain still akan ada..walau bgaimanapun insyaallah pemimpin kita tak sekejam itu kepada rakyatnya dengan mengabaikan mereka yang memerlukan..akan ada jalan lain untuk kita mendapat pinjaman untuk menampung pembelajaran bagi mereka2 yang benar2 memerlukan..insyaallah///
dean wrote: lain org lain pendapat..so, terpulang kepada kita untuk menafsirkan sesuatu keadaan tersebut..tp kan diorg dah ckp yg pinjaman dr tabung2 lg lain still akan ada..walau bgaimanapun insyaallah pemimpin kita tak sekejam itu kepada rakyatnya dengan mengabaikan mereka yang memerlukan..akan ada jalan lain untuk kita mendapat pinjaman untuk menampung pembelajaran bagi mereka2 yang benar2 memerlukan..insyaallah///