Assalamualaikum... Saya ingin mengajak pembaca-pembaca meneliti kandungan di dalam ruangan `Anda Musykil, Dr Masitah Jawab' pada akhbar Harian Metro keluaran 19 Jun 2005. (sila buka halaman 38). Pada satu tajuk besar dan persoalan `JUAL DIRI KERANA TERDESAK' yang dikemukakan oleh pembaca RAZIN dari kuala Lumpur.
Petikan kemusykilan beliau seperti berikut, " Saya sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual dirti untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdoasa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?"
Maka, jawapan dari Ustazah Masitah seperti berikut:
" Hukum di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu `terpaksa', membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya."
"Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan."
"Perkara dilakukan dalam suasana dharurat terlepas daripada hukuman biasa."
"Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan dharurat ia dimaafkan'
"Di sini lah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan dharurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah."
" Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak dharurat".
Begitulah jawapan dari Ustazah Masitah. Kesimpulannya, pelacuran adalah halal dalam dharurat. Tidak jauh bezanya hukum dharurat yang dinyatakan oleh Pak Lah bagi mengatasi masalah HIV, maka kondom dan jarum percuma dibekalkan. Begitulah dua pandangan tokoh, seorang pemimpin negara keturunan ulamak dan seorang lagi ustazah.
Pada saya, tiada dharurat dalam pelacuran. Setiap yang melacur tentunya mempunyai tubuh badan yang baik, bertenaga, masih muda, berada dalam masyarakat dan bernegara. Mereka boleh bekerja sebagai pencuci pinggan, membasuh, amah hatta penggilap kasut sekalipun. Paling malas, mereka boleh meminta sedekah. Dan, masyarakat atau kerajaan wajib membantu golongan ini tambahan pula di sebuah negara yang dikatakan negara Islam. Tiada alasan untuk melacur langsung. Jangan gunakan hukum dharurat sewenang-wenangnya bagi menghalalkan cara.
Jawapan Ustazah Masitah amat menyimpang jauh. Pelacur adalah dari golongan mereka yang jahil serta malas berusaha. Jika malas sekalipun, jadilah peminta sedekah walaupun ugama Islam melarang untuk meminta-minta sedekah, tetapi lebih mulia dari pelacur. Apakah maksud terdesak dan dharurat seperti yang dinyatakan oleh Ustazah Masitah itu? Harap majlis fatwa beri hukum atas permasalahan ini.
Depa ni nak cepat kaya kot tu yg sanggup lupakan yg HALAL dan yg HARAM,apa yg saya tau melacurkan diri tu adalah salah satu drpd 7 dosa² besar yg x diampunkan TUHAN kalo salah tolong perbetulakn ayat saya...///
Dalil tu pun dah cukup dalam islam jangan dekati zina apatah lagi membuat zina, so dalam kes untuk melacur kerana darurat hukumnya adalah haram. Jika terdesak atau dikatakan darurat, wajib merujuk pada pemimpin islam setempat atau amirulmukminin. dia yang bertanggungjawab sepenuhnya mengenai pentadbiran, dan kebajikan rakyatnya. Sebab itu zaman pemerintahan islam dulu abasiyyah mahupun uthmaniah atau mana2 pemerintahan amirulmukminin tiada kemiskinan kerana pemimpinnya sangat peka terhadap isu ini, sampai ke hujung tanah jajahan islam pun samaada afrika sekalipun mereka boleh detect org2 miskin dan diberikan bantuan. padahal waktu itu tiada talian komunikasi seperti sekarang, kenapa boleh sifar tahap kemiskinan? Kesimpulan, Hukum Berzina/melacur tetap haram, Pemimpin berdosa besar dan tak dipandang oleh Allah jika terdapat dan biarkan rakyatnya dalam kemiskinan tanpa bantuan dan kemiskinan itu menghampiri kekufuran kekufuran.wassalam.
akum....pendapat saya la kan, pelacuran nie memang satu kerja yang hina...dah memang dari segi islam kerja nie haram so buat apa nak dihalalkan lagi....maruah perempuan terlalu murah nilainya....kerana 'pelacur2' nie kami golongan perempuan yang lain juga kene tempiasnya....kerna nila setitik rosak susu belanga.....cuba kita tengok semua artis sekarang pon dah suke dedah sana sini.....kalau cantik sgt pon apa salahnya kita present kat suami ajer....malu kan bangsa melayu sekarang ni....
kt Malaysia ni...byk peluang pekerjaan ade...knape kerja yg diharamkn jgk yg dpilih...klau nk snng cpt kaya pn...jgn la sampai pilih melacurkn diri...kesian kt anak...mkn duit haram...