Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Iraq menentang penubuhan Kerajaan Islam


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:
Iraq menentang penubuhan Kerajaan Islam


Asalamualaikum...


             


Iraq diserang tentera binatang Amerika pada tahun 2003. Kemudian Amerika menakluk bumi Iraq. Penaklukan ke atas Iraq oleh tentera Amerika bermakna sebuah lagi negara Arab dijadikan kuda tungganan Amerika sesudah Amerika melakukannya terhadap negara Afghanistan.

Ternyata telahan ramai umat islam (kecuali orang UMNO Malaysia yang masih lena) bahawa Amerika akan melantik tali barutnya di Iraq menjadi nyata apabila Presiden baru Iraq Jalal Talabani dilantik oleh Amerika.

Tiada perbezaan antara Jalal Talabani dan Hamid Karzai di Afghanistan. Kedua-duanya bagaikan kerbau dicucuk hidung. Melaksanakan dan mematuhi arahan dan agenda Amerika di bumi bekas tapak pemerintahan Khalifah Islam ke empat iaitu Saidina Ali bin Abi Talib.  

Pada 25 April 2005, Presiden baru Iraq itu menyatakan dalam temuramah dengan wartawan asing bahawa rejim islam tidak akan diwujudkan di negara itu tetapi hak umat islam Iraq akan dihormati.

Kata Jalal Talabani, “ Kami, masyarakat Kurdish, tidak akan menerima penubuhan rejim islam di Iraq,”

Ditanya wartawan lagi adakah beliau menerima sekularisme, Talabani berkata: “Ya, saya akan menerimanya tetapi kami tidak akan menggunakan istilah sekularisme. Apa yang kami sebut ialah: demokratik, persekutuan, parlimen, bersatu dan Iraq merdeka yang menghormati identiti islam rakyat Iraq”.

Tambah Talabani lagi, “Ia adalah petunjuk bahawa tiada rejim atau kerajaan islam di Iraq”.

Begitulah nasib Iraq yang dipimpin oleh lelaki yang bersedia dicucuk hidung oleh negara kafir Amerika. Nasib Iraq kini semakin merana, sesudah terlibat dalam situasi kancah pengeboman yang tiada kesudahan hampir setiap hari, kini negara mereka pula diperintah oleh lelaki yang tidak ubah seperti kerbau dicucuk hidung.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Info yg bagus...tapi kena kaji dulu...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 95
Date:

Assalamualaikum..


Saya amat berminat mengenai posting seperti ini.. HUrm.. kalau yus padi ada info lagi berkenaan yahudi, perang iraq, afghanistan dan lain - lain.. harap boleh kongsi bersama..


wassalam..



__________________
eddy


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Wa'alaikumsalam...
Insyallah kalo ado lagi info spt ini akan saye postkan utk semue...///

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

lagi satu agenda yahudi laknatullah...



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard