Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tunaikanlah Zakat


Veteran

Status: Offline
Posts: 54
Date:
Tunaikanlah Zakat


SYARAT WAJIB

Syarat-syarat Umum Wajib Membayar Zakat:

1 Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

2 Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3 Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

4 Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 3000 (bergantung kepada harga semasa emas).

5 Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

6 Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja

Mengapa Wajib Membayar Zakat?

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Firman Allah s.w.t.



Maksudnya :

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."



Kadar Nisab adalah RM 3000

Nisab semasa berasaskan nilai 85 gram emas

ZAKAT PENDAPATAN

Cara untuk mengira zakat pendapatan:

Cara 1 : (Membayar 2.5% atas pendapatan kasar setahun) Contoh : Jika pendapatan kasar setahun ialah RM100,000 maka zakat ialah : 2.5% x RM100,000 = RM2,500 setahun.

Cara 2 : (Membayar setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan)

Contoh : Jika pendapatan setahun RM24,000 dan perbelanjaan - perbelanjaan asasi dan wajib setahun ialah RM14,000 maka, zakat adalah 2.5% atas RM10,000 = RM250 setahun

ZAKAT PERNIAGAAN

2.5% atas harta perniagaan yang layak dizakat yang bersamaan atau melebihi nisab.

Harta perniagaan yang layak dizakat ialah : (harta semasa bersih + pelaburan jangka pendek didarab dengan 2.5%).

Secara praktik, lihat pada kunci kira-kira perniagaan. Jika pemegang saham berkongsi dengan bukan Muslim, ambil kira peratus milik muslim sahaja dalam harta tersebut.

ZAKAT SIMPANAN

2.5% atas baki terendah sesuatu tahun semua jenis simpanan, kalau baki terendah tersebut bersamaan atau lebih dari nisab.

Contoh :
Kalau jumlah simpanan terendah dalam sesuatu tahun ialah RM20,000, maka zakat ialah: 2.5% x RM20,000 = RM500 setahun

ZAKAT SAHAM

2.5% atas nilai terendah sesuatu tahun semua saham (setelah ditolak hutang atas saham-saham tersebut), kalau nilai tersebut tidak kurang dari nisab



-- Edited by darul74 at 10:52, 2005-06-27

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 54
Date:

ZAKAT KWSP

Caruman wang pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. Terdapat dua pendapat di dalam pengiraan zakat KWSP iaitu:

1. Milik Tak Sempurna
Mengikut pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika bersara atau mengeluarkan sebahagian wang daripada KWSP semasa cukup umur.

Kadarnya adalah 2.5%. Sebagai contoh, jika pencarum mengeluarkan wang sebanyak RM100,000 maka zakatnya, adalah RM2,500. (Sebagau makluman, Pusat Pungutan Zakat menggunakan pandangan ini dalam pengiraan zakat KWSP)

2. Milik Sempurna
Mengikut pandangan ini, wang yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila ianya cukup nisab dan haul (caruman wang pekerja sahaja iaitu tidak termasuk caruman majiakan).

Ini bermakna ianya wajib dikeluarkan zakat pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syaratnya walaupun wang tersebut masih berada didalam tabung KWSP. Kadarnya adalah 2.5% apabila caruman melebihi nisab.

Contohnya seseorang yang mempunyai caruman bahagiannya sebanyak RM100,000 x 2.5% (kadar zakat) = RM2,500 bayaran zakat bagi tahun tersebut.

ZAKAT EMAS

2.5% atas nilai emas semasa yang disimpan setahun (dengan syarat tidak kurang dari paras nisab).

Bagi emas perhiasan yang dipakai ia tidak dikenakan zakat, kecuali melebihi uruf (kadar kebiasaan pemakaian emas masyarakat setempat).

Zakat akan dikenakan atas lebihan setelah ditolak uruf. Uruf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah RM500

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 54
Date:

ZAKAT PERTANIAN

Zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sebuah negeri yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya.

DALIL ZAKAT PERTANIAN

Firman Allah SWT bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu...."

(Surah Al-Baqarah:267)

SYARAT WAJIB ZAKAT PERTANIAN

1. Islam
2. Sempurna milik
3. Merdeka
4. Cukup Nisab - * cukup sukatan iaitu 5
Ausuk bersamaan 363 gantang Malaysia)
5. Biji-bijian dan buah-buahan hendaklah
ditanam oleh manusia

* Hasil tanaman yang tidak asas seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, tebu, koko dan lain-lain buah-buahan dikenakan zakat perniagaan jika diperniagakan

KAEDAH MENGELUARKAN ZAKAT PERTANIAN

Biji-bijian dan buah-buahan yang cukup nisabnya hendaklah dibayar zakatnya mengikut peratus penghasilan. Kadar peratus pembayarannya bergantung kepada cara-cara penghasilnya.

Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang diusahakan dengan menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak maka kadar zakatnya ialah 5% atau 1/20

Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang hanya bergantung kepada jirusan air hujan atau hidup dengan aliran sungai atau parit maka kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10.

Bagi tanaman yang mengunakan kedua-dua cara di atas maka kadarnya ialah 7.5%


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...
Takkan tak bleh bayar kot...///

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

Org kita lebih suka bazir duit sms undian ke AF.....mana nak pikir bab bab zakat tu......kalau zakat fithrah tu ramai la yg tau,tu pun sbb nak raya.

__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard