Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Padah dan parah bila mungkar


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:
Padah dan parah bila mungkar


Assalamualikum ///


Berita untuk dikongsi bersama...


Akibat cuba bersembunyi daripada teman wanita yang membuat pemeriksaan mengejut di bilik hotel, seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah hotel di Kemayan Square, di sini, petang semalam.





Mangsa yang berusia 41 tahun, dari Kuala Lumpur, cedera parah di belakang kepala selepas terjatuh dari beranda bilik hotel yang disewanya, kira-kira jam 4 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taib Latif, berkata dalam kejadian itu, mangsa sedang berdua-duaan dengan teman wanitanya juga dari Kuala Lumpur apabila pintu biliknya diketuk seorang lagi kekasihnya.

Katanya, dia yang dipercayai panik menyuruh teman wanitanya yang berusia lingkungan 30-an itu masuk ke bilik air manakala dia bersembunyi di luar tingkap bilik hotel di tingkat dua itu.

“Kira-kira setengah jam kemudian, teman wanita yang bersembunyi dalam bilik air keluar dan melihat seorang lelaki bergayut di pintu menyebabkan wanita itu menjerit ketakutan.

“Jeritan wanita itu mengakibatkan lelaki itu dipercayai terkejut dan melepaskan pegangannya pada tingkap bilik sebelum terjatuh,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, teman wanita mangsa keluar dari bilik itu dan terserempak wanita yang mengetuk pintu sebelum itu sebelum kedua-duanya turun ke tingkat bawah dan menjumpai mangsa dalam keadaan kepala berlumuran darah.

Mohd Taib berkata, kedua-dua wanita terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk diambil kenyataan manakala kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Seorang pekerja restoran berhampiran yang menaiki sebuah van secara kebetulan melalui jalan itu segera memberikan bantuan dan menghantar mangsa ke Hospital Pakar Seremban (HPS).

Abdul Vakkeel Fajarul Rahman, 29, berkata ketika memasuki lorong kecil di belakang hotel itu dia terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong.

Katanya, ketika itu dia terlihat seorang lelaki berlumuran darah di kepala dan seorang wanita berada berhampiran dalam keadaan terkejut.

“Saya segera meminta bantuan daripada seorang lagi rakan supaya memasukkannya ke dalam van dan menghantar mangsa ke HPS,” katanya, sambil menyatakan dua wanita yang dipercayai teman wanita mangsa turut bergegas ke hospital berkenaan.

Abdul Vakkeel berkata, ketika sampai di HPS mangsa masih bernyawa.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia ketika berada di wad kecemasan HPS dan kedua-dua wanita yang dipercayai kekasih mangsa dilihat berada di hospital itu.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 56
Date:

Sbg pengajaran... (nak cakap padan muka ke tak nak)

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:

primero wrote:


Sbg pengajaran... (nak cakap padan muka ke tak nak)


tak taula nak ckp mcm mane


.... ape kate kite tanye pendapat yg lain?



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Di dunia dah kantoi apatah lagi dengan mungkar nankir!!!

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 59
Date:

jdkan iktibar&pengajaran

__________________
lamoon


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,


tiada komen lain cuma yg ini..."rebah di pintu syurga dunia.."



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Wa'alaikumsalam...///
Tak kata apa laa,sendiri buat sendiri tanggung laa...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 60
Date:

        


       Janganlah dikatakan kepada mereka, kita cuma ambil ia sebagai salah satu pengajaran bagi diri kita ketika hidup didunia.jadikan lah ia sebagai iktibar dan teladan dalam setiap kehidupan kita.


(Iaitu jalan orang-orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,bukan(jalan)orang-orang yang ENGKAU murka dan bukan pula (jalan)orang-orang yang sesat) . (57:7)



__________________
*kbs30* AKU ADALAH AKU,TIADA YANG LAIN SELAIN DIRI AKU,DAN AKU ADALAH YANG HAK....///(kedah darulaman)


Veteran

Status: Offline
Posts: 70
Date:

apa punya manusia daa...tuhan dah kasi akal tak nak pakai....

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard