Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sunnah nabi s.a.w ketika dan selepas tidor


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
Sunnah nabi s.a.w ketika dan selepas tidor


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun
untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka
tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan
dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu
dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang
amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan
diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid
sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur
sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari
cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. Antara Sunnah-sunnah Nabi saw
sebelum, ketika dan selepas tidur.
 
1 . Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa
Masnun (doa harian) tapi hakikatn ya harga yang Allah swt janjikan adalah
syurga.
 
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang
yang telah mati.
 
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia
akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
 
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
 
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk
menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
 
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
 
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
 
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
 
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi.
 
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk
dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum
tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
 
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama
lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak
menimbulkan fitnah.
 
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya
Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan
Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa
membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan
besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi
jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika
kita bersetubuh dulu.

__________________
Amar Ma`aruf Nahi Mungkar


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,


Alhamdulillah...puji pujian bagi Allah Tuhan semesta alam...amalan yg bagus.....doa kpd Allah itu penting tak kira la doa apa....siapalah kita ni utk tak berdoa.......



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard