Biasanya dalam Islam, ramai orang beranggapan bahawa wanita ditindas. Non-muslim ramai yang mempercayai dengan yakin bahawa wanita dalam Islam sebenarnya ditindas. Sebahagian daripada orang Islam sendiri pun percaya wanita dalam Islam sememangnya tertindas. Tetapi hari ini marilah kita kaji, adakah wanita dalam Islam tertindas ataupun sebaliknya.
Kalau kita lihat tentang kerohanian (spirituality), sejak zaman berzaman wanita tidak mendapat hak yang sama rata dari segi kerohanian. Sehingga abad yang ke-19, masih lagi berlaku perdebatan di Negara Barat sama ada wanita mempunyai roh ataupun tidak. Kalau kaum wanita tiada roh, wanita ini ibarat binatang. Kalau kita lihat contohnya Tamadun Rom (Roman civilization), Tamadun Babylon (Babylon civilization), Tamadun Greek (Greek civilization), Tamadun Igypt (Egypttion civilization), dan Tamadun Pra-Islam Arab (Pre-Islamic Arabian civilization), kita akan lihat pelbagai bukti dan pelbagai contoh bagaimana wanita ditindas. Kadang-kadang apabila seorang lelaki membunuh orang lain, dia seharusnya dihukum bunuh, tetapi wanita (isterinya) boleh menggantikan tempatnya mengambil hukuman itu. Wanita sememangnya ditindas.
Jika kita lihat contohnya dalam Tamadun Greek ataupun Babylon, setiap jiwa berasal daripada satu makhluk yang dikenali sebagai Pandora dan Pandora ini adalah wanita. Maksudnya setiap kejahatan berpunca daripada wanita. Bahkan dalam bible pun kalau kita kaji, setiap kejahatan itu berpunca daripada hawa. Kerana hawalah manusia hari ini berada di bumi ini menerima hukuman tersebut dan wanita mewarisi dosa warisan. Kerana hawa Nabi Adam telah makan buah larangan. Semuanya kerana pujuk rayu perempuan. Dan dikatakan wanita melahirkan anak dalam keadaan sakit kerana ini adalah murka Tuhan.
Tetapi dalam Islam, di dalam Al-Quran Allah menyebutkan yang berlainan. Allah mengatakan, "Tidakkah kamu melihat ibu kamu melahirkan kamu dalam kesakitan, maka hormatilah dia". Islam mengangkat martabat wanita.
Dalam Al-Quran di banyak tempat disebut bahawa lelaki dan wanita mendapat hak kerohanian yang sama rata. Contohnya, dalam surah Al- Hujurat (49:13), Allah S.W.T menyatakan "Yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa", tidak mengira lelaki ataupun perempuan, yang penting adalah taqwa. Dalam surah An-Nisa' (4:124) Allah S.W.T mengatakan "Bagi mereka yang melakukan amal soleh lelaki ataupun perempuan dan beriman kepada Allah maka mereka akan masuk syurga dan tidak ada sedikit pun penganiayaan akan dilakukan ke atas mereka". Satu lagi contoh dalam surah Al-Ahzab (33:35) Allah S.W.T mengatakan "Katakanlah kepada lelaki dan wanita Islam, kepada lelaki dan wanita beriman, kepada lelaki dan wanita yang taat, lelaki dan wanita yang benar, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki dan wanita yang merendahkan diri, lelaki dan wanita yang memberi sedekah, lelaki dan wanita yang puasa, lelaki dan wanita yang menjaga kehormatan diri, lelaki dan wanita yang sentiasa berzikir mengingati Tuhan mereka, bagi mereka Tuhan telah menyediakan pengampunan dan banyak balasan yang baik". Maka lelaki dan perempuan sama-sama mendapat hak yang sama dari segi kerohanian.
Sekarang kita lihat dari segi ekonomi. Hanya pada 1870, di Barat pertama kalinya seorang wanita dewasa yang telah berkahwin boleh memiliki harta benda atau menjual harta benda tanpa mendapat izin daripada pihak lelaki dan keluarga. Tetapi Islam memberikan hak ini kepada wanita 1400 tahun yang lepas. Kalau kita lihat, tidak ada satupun ayat Al-Quran ataupun hadith sahih yang melarang wanita daripada bekerja, membuat pekerjaan yang halal dari segi syariat Islam.
Tiada dalil yang melarang selagi pekerjaan itu halal, tidak bertentang dengan syariat Islam. Jika kita lihat contoh Khadijah r.a., kita dapati bahawa isteri Nabi Muhammad S.A.W juga merupakan seorang ahli perniagaan yang cukup hebat pada zamannya. Walaupun dia seorang wanita dia masih lagi boleh berniaga. Kita lihat beberapa contoh lain dari segi ekonomi. Dalam Islam wanita diberikan mahar. Perkara ini disebut dalam surah An-Nisa' (4:4) di mana Allah mengatakan, "Berikanlah mahar kepada wanita kamu (kepada isteri kamu)". Kalau kita lihat dalam beberapa budaya lain contohnya dalam agama Hindu, kita dapati pihak wanita yang akan memberikan mahar/dowri kepada pihak lelaki tetapi dalam Islam sebaliknya lelaki yang memberikan mahar kepada wanita.
Malahan dalam Islam wanita juga terjamin contohnya dari segi mendapat harta pusaka. Perkara ini disebut dalam Al-Quran dalam banyak tempat contohnya dalam surah Al-Baqarah (2:180), surah An- Nisa' (4:7-9, 11-12, 16, 33, 176) dan surah Al-Maidah (5:105-108). Bukan setakat itu sahaja, dalam satu masyarakat Islam yang tulen kita memang memerlukan golongan wanita yang bekerja contohnya wanita bekerja sebagai doktor, guru jururawat dan lebih-lebih lagi wanita bekerja dalam bidang gynae (perbidanan) kerana hari ini kita lihat ramai doktor dalam perbidanan adalah dari kalangan lelaki.
Sekarang kita lihat pula hak dalam bidang pendidikan. Tahukah anda, di Barat yang melaung-laungkan hak wanita, pertama kali wanita boleh masuk ke universiti untuk belajar adalah pada tahun 1870. Sebelum itu wanita tidak dibenarkan masuk ke universiti. Tetapi dalam Islam di universiti Al-Azhar dan universiti-universiti lain contohnya yang jauh lebih awal daripada tahun 1870, wanita telah diberikan kebenaran untuk belajar, di universiti Islam. Malahan ayat yang mula- mula diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah mendirikan solat ataupun berpuasa, tetapi adalah dalam surah Al-A'laq (56:1) iaitu "IQRA' BISMIRABBIKALLAZI KHALAQ" (Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta).
Menuntut ilmu adalah wajib dalam Islam bagi lelaki dan perempuan. Kalau kita lihat Aisyah r.a. isteri Rasulullah S.A.W. dengan dirinya sendiri telah meriwayatkan tidak kurang daripada 2210 hadith. Malah Aisyah juga telah memberi bimbingan kepada keempat-empat khalifah Ar- Rasyidin. Aisyah juga dilaporkan telah mengajar tidak kurang daripada 88 sahabat ataupun tokoh agama pada ketika itu. Malahan Aisyah juga telah dianggap sebagai seorang yang pakar dalam bidang matematik dan pakar dalam bidang perubatan. Ini kerana apabila ada orang yang mempunyai masalah dari segi warisan ataupun pembahagian pusaka, mereka biasa merujuk kepada Aisyah untuk mengetahui siapa yang mendapat bahagian dan berapa banyak. Ini bereti Aisyah mempunyai kemahiran matematik yang cukup tinggi dan Aisyah juga menghafal formula-formula perubatan yang Rasululluh sampaikan kepada orang-orang yang baginda percaya.
Kalau hari ini kita akan anggap Aisyah ini sebagai `Professor of the professor'. Kita tidak tahu sama ada di dunia hari ini ada atau tidak lelaki yang boleh dianggap sebagai `Professor of the professor'. Jelas, lebih 1400 tahun yang lalu Islam telah pun memberi martabat yang cukup tingggi kepada wanita. Kalau kita lihat contohnya Safiah. Safiah juga dilaporkan seorang yang pakar dalam bidang fiqh i.e perundangan Islam dan Salmah juga dikatakan telah mengajar tidak kurang daripada 32 orang sahabat dan Saidah Nafisah, cucu kepada Hasan dikatakan menjadi guru kepada Imam As-syafie. Bayangkan Imam Syafie seorang Imam yang cukup terkenal dalam dunia Islam, salah seorang daripada gurunya adalah wanita. Jadi di sinilah kita lihat Islam telah meninggikan martabat wanita.
Sekarang marilah kita lihat apakah hak-hak dari segi politik yang wanita dapat. Di Barat tidak sampai seratus tahun wanita adalah dilarang untuk mengundi. Tetapi hak mengundi telah diberikan oleh Islam 1400 tahun yang lalu kepada wanita iaitu dalam surah Al- Mumtahinah (60:12) Allah S.W.T mengatakan "Apabila wanita-wanita beriman ini datang kepada kamu untuk memberikan ketaatan dan kesetiaan, (sehingga hujung ayat dikatakan) maka terimalah dia" dan perkataan yang digunakan dalam Al-Quran adalah "bai'ah". Bai'ah ini sebenarnya lebih tinggi daripada konsep mengundi yang kita gunakan sekarang.
Konsep mengundi pada hari ini hanya pangkah sahaja tetapi Islam pada 1400 tahun yang lalu memberi pengiktirafan kepada wanita dari segi bai'ah itu lebih tinggi dan lebih utama daripada sekadar memberi pangkah. Seterusnya kalau kita lihat dari segi politik, Umar Al- Khattab r.a. pernah berbincang dengan para sahabat untuk meletakkan had kepada mahar (mas kahwin) kerana mahar pada waktu itu cukup tinggi sehinggakan ramai lelaki pada waktu itu tidak mahu berkahwin kerana tidak cukup duit. Sambil berbincang itu ada seorang wanita bangun lalu mengatakan, "Siapakah Umar untuk meletakkan had apabila Allah tidak meletakkan had?". Dia merujuk kepada surah An-Nisa' (4:20), di dalam Al-Quran Allah menyatakan "Apabila kamu memberikan mahar walaupun segunung emas". Jadi dalam Islam tiada had minima dan had maksima untuk mahar. Lalu Umar yang ketika itu adalah khalifah, seorang pemimpin dunia, membalas semula, "Umar itu salah, wanita itu betul". Jadi hak untuk wanita bersuara telahpun diberikan oleh Islam lebih daripada 1400 tahun yang lalu.
Kalau kita lihat dari segi perundangan, apakah hak-hak yang dimiliki oleh wanita, semuanya sama dengan lelaki. Kalau zaman sebelum Islam, lelaki melakukan pembunuhan, isteri diletak untuk menerima hukuman bunuh, tetapi dalam Islam, lelaki dan perempuan mendapat hak yang sama. Contohnya, dalam surah An-Nur (24:2) Allah S.W.T menyatakan "Bagi mereka yang berzina, lelaki ataupun perempuan maka sebatlah mereka seratus kali". Malahan disebut dalam surah An-Nur (24:4) Allah S.W.T mengatakan "Bagi sesiapa yang menuduh seseorang wanita itu berzina, hendaklah mengemukakan empat orang saksi. Sekiranya gagal berbuat demikian maka sebatlah mereka lapan puluh kali".
Di dalam Islam, satu jenayah kecil memerlukan dua saksi dan jenayah besar memerlukan empat orang saksi. Menuduh wanita berzina memerlukan empat orang saksi. Dalam dunia hari ini, seorang lelaki boleh memanggil seorang perempuan itu pelacur dan dia akan terlepas begitu sahaja. Tetapi dalam Islam, kalau seorang lelaki itu panggil seseorang perempuan itu sebagai pelacur dan perempuan itu mengadu kepada kerajaan Islam dan lelaki itu tidak boleh mengemukakan empat orang saksi yang membuktikan perempuan itu pelacur, lelaki itu akan disebat 80 kali. Jadi, kita boleh lihat bagaimana Islam melindungi wanita, malah disebut dalam surah Al-Maidah (5:38), "Bagi mereka yang mencuri lelaki ataupun perempuan, potonglah tangan mereka, agar menjadi pengajaran daripada Tuhan". Jadi, lelaki dan perempuan diletakkan pada hak yang sama.
Sekarang kita lihat hak dari segi sosial. Dari segi sosial, kita melihat wanita kepada tiga bahagian iaitu anak perempuan, isteri dan ibu. Kepada anak perempuan ada beberapa hak bagi mereka. Pada zaman Arab jahilliyah dahulu, apabila ada anak perempuan dilahirkan dan kadang-kadang walaupun anak itu telah berumur beberapa tahun, si bapa akan membawa anak ke padang pasir, digali lubang lalu ditimbus anak perempuan di dalam lubang tadi hidup-hidup. Islam melarang perbuatan terkutuk ini dalam surah At-Tahrir (81:8-9).
Dalam Islam perkara ini diharamkan, tetapi di zaman sekarang masih lagi berlaku perkara seperti ini. Di Negara India sebagai contoh, ramai anak-anak kecil perempuan dibunuh. Laporan daripada hospital Kerajaan Tamil Nadhu menyatakan, daripada 10 anak perempuan yang dilahirkan, empat akan dibunuh. Malahan ada satu laporan daripada BBC melaporkan lebih daripada 1 juta kanak-kanak perempuan dibunuh di India. Malahan ada iklan yang kita dapati di India, " Belanjalah 500 rupee dan jimat 500 000 rupee". Kalau ditukar dalam matawang Malaysia, "Belanjalah RM50 dan jimatlah RM50 000". Caranya, wanita pergi membuat sonography, lihat sama ada janin dalam rahim itu lelaki atau perempuan. Sekiranya anak perempuan, gugurkan ia. Bayarannya RM50 sahaja tetapi kalau ia dilahirkan sebagai perempuan, kamu perlu membelanjakan RM50 000 dalam membesarkan dia dan kemudian membayar dowri (mahar).
Di India, pihak perempuan perlu membayar mahar kepada keluarga lelaki dan memang satu perkara biasa, pihak lelaki akan mengenakan dowri yang cukup tinggi dan kadang-kadang apabila pihak perempuan gagal memberikan dowri, pihak perempuan tadi akan dianiayai. Yang menganiayai biasanya adalah ibu mertua sendiri. Kadang-kadang mereka akan tuang minyak tanah ke atas menantu mereka lalu dibakar hidup- hidup. Malahan di India juga ada penjara khusus untuk para ibu mertua yang kebanyakannya telah membunuh menantu-menantu perempuan mereka. Dalam Islam, disebut dalam surah An-Nahl (16:58-59), kita dilarang untuk berasa seronok apabila yang lahir itu anak lelaki dan kita berasa sangat-sangat sedih dan malu sekiranya yang lahir itu adalah anak perempuan, kita dilarang sama sekali.
Dalam Islam, yang lahir sama ada anak lelaki ataupun perempuan kita kena sama-sama seronok. Saya bagi contoh diri saya. Apabila saya mendapat anak pertama dahulu, anak pertama saya adalah perempuan. Apabila dia lahir orang bertanya "Dah lahir? Anak lelaki ke perempuan?" " Dah lahir dah, ohh perempuan, tak apa". Itu reaksi mereka. Kemudian lahir anak kedua. Apabila lahir anak kedua orang bertanya, "Dapat lelaki ke perempuan?" "Dapat perempuan". Alhamdulillah saya kata. Dia kata, "Ohh, bersabarlah…". Nak bersabar mengapa, bagi saya tiada masalah, anak lelaki ataupun perempuan. Jika orang bukan Islam yang bertanya, saya tak kisah, bahkan ibu saya pun berkata, "Apa, perempuan lagi ke?" Dia marah saya. Kemudian saya pun tanya emak saya, "Emak ni lelaki ke perempuan?" Dia jawab perempuan. Saya tanya lagi, "Habis tu sebagai perempuan mengapa mak masih lagi tak suka kalau yang lahir itu perempuan?".
Selepas tu dia tak pernah merungut lagi. Saya tak kisah kalau emak saya yang bertanya kerana dia bukan Islam tetapi ni orang Islam sendiri yang cakap begitu, "Takpelah, bersabarlah…". Saya tak faham. Saya berdoa kepada Allah, "Ya Allah, berilah saya anak yang bertaqwa, anak yang beriman kepada-Mu, anak yang mahu mendengar kata ibu bapa mereka, anak yang berguna kepada masyarakat". Itu sahaja yang saya minta, lelaki ataupun perempuan saya tak kisah. Kalau cacat pun syukur, kalau sihat pun syukur. Apa-apa yang lebih daripada itu, saya berserah.
Kadang-kadang kita hendakkan anak lelaki, tapi tak semestinya anak lelaki itu lebih baik, mungkin anak perempuan itu lebih baik, kita tidak tahu. Dalam surah Al-Baqarah (2:216) Allah menyebutkan "Boleh jadi ada benda yang kamu suka, sebenarnya ia tidak baik bagi kamu dan boleh jadi ada benda yang kamu benci dan itu adalah lebih baik bagi kamu. Allah maha mengetahui, kamu tidak mengetahui". Kadang- kadang kita dapat anak lelaki, kita seronok, dua tiga tahun kita main dengan dia. Lepas itu apabila besar dia jadi jembalang, jadi hantu, seumur hidup kita menyesal dia lahir. So, no point anak yang lahir itu lelaki atau perempuan. Bagi saya yang penting anak yang lahir itu anak yang bertaqwa.
Kemudian kalau kita lihat dalam hadith daripada Ahmad Ibnu Hanbal, Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang membesarkan dua orang anak perempuan dengan cukup baik, di akhirat nanti mereka akan berada bersama-sama dengan saya seperti ini (Rasulullah merapatkan jari bererti mereka akan berada bersama-sama dengan Rasulullah cukup rapat)". Jadi para ibu bapa yang mempunyai dua atau tiga anak perempuan dan dapat membesarkannya dengan cukup baik, Insya-Allah balasannya cukup baik.
Bagaimana dengan hak isteri pula? Dalam Islam wanita digelar sebagai "Mokhsana". Mokhsana bererti `benteng daripada kejahatan". Padahal pada zaman dahulu wanita dikatakan sebagai Pandora (punca segala kejahatan), tetapi dalam Islam wanita dikatakan sebagai benteng daripada kejahatan. Sebabnya, seorang lelaki yang telah berkahwin, mendapat seorang isteri yang baik, isteri yang baik ini akan membantu lelaki ini menjadi seorang lelaki yang lebih beriman kepada Allah S.W.T. Banyak perkara kemungkaran yang dilakukan semasa bujang dahulu, apabila mendapat isteri yang baik, akan berkurang ataupun terhapus sama sekali. Kalau kita lihat dalam surah An-Nisa' (4:19) Allah S.W.T. berfirman, "Janganlah kamu mewarisi wanita- wanita kamu secara paksa".
Dalam Islam, perkahwinan antara lelaki dengan perempuan mestilah mendapatkan keredhaan daripada kedua-dua pihak, tidak boleh dipaksa. Dalam Sahih Bukhari jilid no.7 bab 43 ayat 69, dilaporkan seorang wanita telah dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin dengan seorang lelaki. Lalu wanita itu selepas berkahwin tadi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. dan melaporkan kepada Rasulullah, "Ya Rasululllah, bapa saya telah memaksa saya berkahwin dengan lelaki itu walaupun saya tidak mahu". Lalu Rasulullah membatalkan perkahwinan itu. Seorang bapa tidak boleh memaksa anak perempuannya berkahwin dengan seorang lelaki tanpa izin anak perempuannya.
Satu lagi hadith yang diriwayatkan oleh Sunan Ahmad Ibnu Hanbal, hadith no. 2469. Peristiwa yang sama juga, seorang wanita dipaksa oleh bapanya berkahwin dengan seorang lelaki. Selepas berkahwin, wanita itu pergi mengadu kepada baginda Rasulullah.
Lalu Rasulullah memberikan pilihan kepadanya, "Adakah kamu ingin meneruskan perkahwinan ini ataupun membatalkannya?". Lalu wanita itu berkata, "Saya ingin meneruskannnya tetapi saya ingin tahu apakah hak saya sebagai seorang wanita dalam perkara ini".
Dalam Islam memang tiada paksaan dalam perkahwinan. Seterusnya kalau kita lihat dalam surah Al-Baqarah (2:187) Allah S.W.T. berfirman, "Kamu adalah pakaian bagi isteri-isteri kamu dan isteri- isteri kamu adalah pakaian bagi kamu". Jadi suami isteri menjadi pakaian kepada satu sama lain. Apakah tujuan pakaian? Yang pertama menutup aurat, yang kedua mencantikkan kita. Jadi suami isteri perlu menutup aib satu sama lain. Suami atau isteri tidak boleh menceritakan aib rumahtangga masing-masing kepada orang lain. Satu lagi, suami isteri mereka sepatutnya mencantikkan antara satu sama lain, i.e saling bantu membantu untuk menjadikan pasangan mereka seorang yang lebih beriman kepada Allah S.W.T. Seterusnya juga disebut dalam surah An-Nisa' (4:19), "Layanlah isteri-isteri kamu dengan kesaksamaan walaupun kamu tidak menyukai mereka kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu yang Allah telah jadikan baik bagi kamu". Islam sebenarnya mendokong martabat wanita.
Sekarang kita lihat hak wanita sebagai seorang ibu. Dalam surah An- Nisa' (4:100) Allah S.W.T. berfirman, "Hormatilah rahim yang telah melahirkan kamu". Islam metakkan status ibu pada tahap yang tertinggi. Malahan disebut dalam surah Al-An'am (6:151), surah Luqman (31:14), dan surah Al-Qaf (46:15), Allah S.W.T menyuruh kita taat kepada kedua ibu dan bapa kita selagi mereka tidak menyuruh kita melakukan kemungkaran kepada Allah S.W.T. Kalau kita lihat dalam satu hadith Ibnu Majah, seseorang bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, apakah jihad yang utama bagi aku?". Lalu Rasulullah menjawab, "Jihad bagi kamu ialah syurga terletak di bawah kaki ibumu". Maksudnya jagalah ibumu. Ini bukan bermakna apabila ibu kita tidur, kita pergi lihat di bawah tapak kakinya kita akan nampak syurga, tidak.
Ini menunjukkan betapa dalam Islam status ibu diletakkan di tempat yang paling tinggi. Akhirnya satu lagi hadith dalam Sahih Bukhari, jilid 8, bab 2, hadith no. 2, disebutkan di mana seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah lalu bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat kasih sayang saya, yang berhak mendapat perhatian saya?". Lalu Rasulullah menjawab, "Ibu kamu". Lelaki ini kemudian bertanya, "Ya Rasulullah, selepas dia siapa?". Rasulullah menjawab, "Ibu kamu". "Ya, selepas dia siapa, Ya Rasulullah?". Jawab Rasulullah, "Ibu kamu". "Selepas dia siapa?", tanyanya lagi. "Ayah kamu", jawab Rasulullah. Setelah tiga kali dikatakan ibu, kali yang keempat barulah disebut ayah. Kalau ini satu perlumbaan contohnya, ibu akan mendapat pingat emas, pingat perak, dan pingat gangsa tapi ayah hanya berpuas hati dengan hadiah sagu hati sahaja.
Kalau kita lihat Islam sebenarnya bukannya menindas hak wanita, Islam sebenarnya telah mengangkat martabat wanita. Tetapi saya mengakui, di Negara-negara Islam ataupun di kalangan masyarakat Islam hari ini wanita masih lagi tertindas. Tetapi mereka tertindas bukan kerana Islam, mereka tertindas kerana adat resam dan budaya tempatan masyarakat tersebut i.e faktor manusia.
Baiklah, selepas mendengar kenyataan-kenyataan di atas, adakah kamu merasa Islam menindas wanita ataupun mengangkat martabat wanita? Di negara lain isu hak-hak wanita banyak dilaung-laungkan kerana wanita sememangnya ditindas selama ini. Jadi apabila ditindas, mereka akan bertindak menjadi extreme. Tetapi apa yang dilakukan oleh Islam adalah moderate, di tengah-tengah.
pendpt saya...isu penindasan wanita dalam Islam cuma tak lebih dari propaganda musuh Islam nak mengabui mata dunia....dan semua org tahu siapa musuh tradisi Islam...satu yg takdak negeri dan satu lagi anjing suruhan dia.....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
askum, pendpt saya...isu penindasan wanita dalam Islam cuma tak lebih dari propaganda musuh Islam nak mengabui mata dunia....dan semua org tahu siapa musuh tradisi Islam...satu yg takdak negeri dan satu lagi anjing suruhan dia.....
Benarlah seperti kata saudara tapi malangnya orang islam sendiri menjadi kuda tunggangannya!!