Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: RAHSIA SURAL-KAUTSAR


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
RAHSIA SURAL-KAUTSAR


Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Wassallam,




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

salam


anakomar,


saya nak tambah sikit,my 2 cents, :


untuk yang panas baran atau yang sedang mengamuk,tekan di dadanya (antara pertemuan tulang dada bawah / tulang stanum) dgn ibu jari dan bacakan ayat ini.InsyaAllah akan aman/sejukn sedikit marah org tersebut.Ini adalah dari petua datuk moyang saya.


 


 


 



__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Senior

Status: Offline
Posts: 256
Date:

A`kum..lepas nie xde org nk marah2....



__________________
DONT SANGKA KELIAK WATA NO BOYA...29 yang bertauliah...


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,


alhamdulillah ....ilmu kalau disimpan bukan boleh buat batu cincin pun....kalau ramai yg amalkan...dapat jugak pahala org yg sebarkannya.....



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Ang_Loong wrote:


salam anakomar, saya nak tambah sikit,my 2 cents, : untuk yang panas baran atau yang sedang mengamuk,tekan di dadanya (antara pertemuan tulang dada bawah / tulang stanum) dgn ibu jari dan bacakan ayat ini.InsyaAllah akan aman/sejukn sedikit marah org tersebut.Ini adalah dari petua datuk moyang saya.      


Salam kembali Ang_Loong


Setiap tambahan adalah dihargai..


Bersama samalah kita mencari ilmu..


Terima kasih saudara



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

This is my 1/2cent value of experience to share...hehehehe


Dulu saya selalu baran,suka carik pasal dgn org....asyik nak marah je...sampai la saya jatuh sakit (mcm org sasau),suka marah marah benda benda lain mcm ayam berkokok,jam berbunyik,dan tgk perangai org semuanya tak betul.Sampailah satu hari tu saya terjumpa dgn sorang hamba allah ni (saudara jauh sebelah abah saya)dan dia cabar saya supaya habiskan 1000 kali surah alkausar kalau saya terror sgt.Saya mula bacaan lepas isyak dan sampai nak masuk subuh pun belum habis habis.bayangkanlah ayat yang pendek tu berejam jam nak habiskan 1000 kali.Selalu saya tersasul sasul dan kadang kadang lupa ayat ayatnya.


Esoknya,pagi pagi lagi saya dah carik org tua tu kat tempat kejanya.Lepas dia tgk saya,terus ditegurnya,"panjangkan ayat alkausar?"saya terasa mcm kena lempang,dada jadi sebak dan terus salam cium tangan org tua tu.Selepas tu dia terus tekan dada dan bacakan alkausar beberapa kali.Saya boleh rasa panas dari seluruh badan tertumpu pada tempat tu.Sampai sekarang surat alkausar memberi kenangan manis dan amalan seharian saya.


 


Surah ini sebenarnya panjang kalau kita faham dan hayati......



-- Edited by Ang_Loong at 14:01, 2005-07-01

__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard