Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah remaja


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Kisah remaja


Assalamualaikum,

mungkin email ni agak panjang dan agak extreme bagi sesetengah
pihak..tapi semoga kita dapat buka minda kita untuk berfikir tentang
perkara ni. Asyik perjuangkan konsep "open minded" je..bila kita nak
open mind kita terhadap perkara di bawah ni??

Wassalam


Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah
dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai
remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam
menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah. Semoga
risalah ini bermanfaat kepada kita semua


* Kami tidak berzina!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina


* Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum!
...adakah itu menghampiri zina

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan


* Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan
bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah
banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman
dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang
pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam
dan Hawa? Ia ada lebih
1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian
dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani).
Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi
tipu daya iblis


* Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada
orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua
muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.
Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora.
Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan
mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan
terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan
berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?


* Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina
tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan
perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu
khayalan berahi dengan kekasih se! pertimana yang dinyatakan oleh
Rasulullah:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua
kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat
pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan
Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak.
Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau
lorong  yang boleh membawa kepada penzinaan


* Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang
terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau
cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan
membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan
berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kep! ada orang
yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.
Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis
ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?


* Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study group...?nampak macam lain macam saja. Manja,senyum
memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja?
Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai
sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran?
Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa
dihabiskan dengan fantasi cinta!


* Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awak
kurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Ki! ta
manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan.
Itulah manusia


* Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis
sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum
sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum
sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat
pula


* Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk
bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia.
Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging)
adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal
namanya. Isl! am bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu.
Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh
para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong
pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang
tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk
patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya.
Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia.
Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.


* Tentu ada cinta secara Islam

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah
ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta
yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama
kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia
digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta
antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu
sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah:

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai
kecuali nikah (Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia


* Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.
Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi
sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin
akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam
kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir
dan dekat dengan penzinaan?Penghuj! ung jalan cinta adalah penzinaan
dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada
daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang
melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor
nyamuk sekalipun!


* Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai
berzina. Kami tahan diuji.

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.
Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri
menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang


* Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan
manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan
dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwauntuk
iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah
Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak
tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri
pokok Khuldi. Firman Allah:

Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta
makanlah dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua
sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka
akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A'araf:ayat 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu
sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang
ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat
mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke
arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan
penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada
pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


* Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan
kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan
sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh
dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan
berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan
pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa
bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila
merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan
keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam
langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat
penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi
bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi,perwatakan masa
bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang
hipokrit.


* Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih.
Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang
kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat
anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah.
Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul.
Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai
percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana
untuk m! endapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun
sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?


* Tanya sikit...adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi
nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama.
Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan
syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya "angkat" ini sebenarnya
telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk
dikorbankan


* Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh
pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang
sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak me!
njejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga
diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan
orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada
orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah
atau tidak ditentukan oleh Allah.


* Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta
seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang
menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina
tidak layak berkahwin kecuali dengan orangyang pernah berzina juga.
Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah
berfirman:

Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan
perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang
berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan
oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang
demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur: Ayat
3)

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin
dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan
dari Tuhan.


* Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang
pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik
adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik


* Kami telah berjanji untuk sehidup semati

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang
musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya me!
nunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu
diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.


* Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang 'second
hand' sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan
perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang
boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goring dan
segelas air sirap bandung,bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah
hakikatnya


* Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya. Firman Allah:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang
perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya
daripada melakukan zina)...Allah telah menyediakan bagi mereka
semuanya keampunan dan pahala yang besar(Al-Ahzab: ayat 35)


* Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah
serta mohon keampunan dariMya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk
mendapat redhaNya


* Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak
diredhai Allah ini

2. menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus
diri dalam percintaan

3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan
sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami.
Saatnya adalah setelah ijap Kabul

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu
ini. Sesungguhnya  engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku
dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku
sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada
orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa...

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu


* Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari
redha-Mu. Terimalah taubat mereka






__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,


sesi soal jawab yg baik....tak sangka ya...rupanya cinta sblm kahwin ni perangkap syaitan...nampaknya remaja itu takdak alasan lagi utk bercinta.....boleh tahan ke korang semua.....



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

 


Setelah membaca tajuk ni,teringat kenangan dengan bekas kekasih hati,satu perjuangan di bawah satu Ayahanda beberapa tahun dulu.kami dah berkenalan pada tahun 1998,bai'ah sama sama taun 2001,pastu taun 2003 kami clash atas sbb2 peribadi.Tapi sampai sekarang ni masih berbaik baik.Masih ramah mesra dengan ahli-ahli seperjuang...sampai Ayahanda sering sedih dan kecewa (kerana kami belum ada jodoh) kalau kami berdua datang melawat beliau.


Bagi saya,dari pengalaman sendiri,jujur saya katakan memag susah nak menololak cinta.Dan saya pun tak tahan dengan godaan syaitan ni.Jadi kalau kluar dating tu tolong la jgn tunjuk sangat kita ni gatal sgt.Nak kena pegang pegang tangan,nak duduk usap usap tolong laaa....Apa public akan kata kalau orang melayu ni dah tak beradap.Nak dating di tepi tepi jalan,taman taman tu bukan stail saya.


Memang betul la tak boleh tahan.saya memang mengaku tapi apa apa hal pun cuba kawal diri sebijak mungkin.Takkan nak jadi macam binatang (buat seks merata rata tempat,pastu kantoi masuk internet).Kenalah bijak dan gunakan akal untuk kawal perasaan tu.Kalau dah terkial kial gatai,mintak kebenaran mak bapak gf kita tu nikah je.tak yah buat kenduri.Tapi yang sebaik baik jalan,peliharalah seboleh bolehnya cinta yang sebenar tu.Cinta yang sebenar ada suci,jadi elaklah dari mula buat adegan tak senonoh semasa mula perkenalan seperti pegang tangan,cium dahi,kissing,pegang pegang dan dsbnya.kalau boleh kurangkan kuar jumpak.


Kalau ada ana-anakperempuan,saudara mara perempuan,jaga dan tegurlah mereka kalau kalau dah mula bercinta.Anak dan saudara lelaki pun,kita mesti tegur dan bagi amaran keras sikit kerana lelaki ni yang kebanyakannya yang akan mula dulu.


Tu je la dari saya.



-- Edited by Ang_Loong at 16:30, 2005-06-29

-- Edited by Ang_Loong at 16:31, 2005-06-29

__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Telah diciptakan LELAKI lawannya PEREMPUAN!


Memang menangkap antara satu sama lain....



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 70
Date:

asssalmmualaikum....

info yang menarik sekali....


harap2 remaja skang dapat mengelakkan diri drpd perkara hina ini....insya-allah....

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:


Ang_Loong wrote:


  Setelah membaca tajuk ni,teringat kenangan dengan bekas kekasih hati,satu perjuangan di bawah satu Ayahanda beberapa tahun dulu.kami dah berkenalan pada tahun 1998,bai'ah sama sama taun 2001,pastu taun 2003 kami clash atas sbb2 peribadi.Tapi sampai sekarang ni masih berbaik baik.Masih ramah mesra dengan ahli-ahli seperjuang...sampai Ayahanda sering sedih dan kecewa (kerana kami belum ada jodoh) kalau kami berdua datang melawat beliau. Bagi saya,dari pengalaman sendiri,jujur saya katakan memag susah nak menololak cinta.Dan saya pun tak tahan dengan godaan syaitan ni.Jadi kalau kluar dating tu tolong la jgn tunjuk sangat kita ni gatal sgt.Nak kena pegang pegang tangan,nak duduk usap usap tolong laaa....Apa public akan kata kalau orang melayu ni dah tak beradap.Nak dating di tepi tepi jalan,taman taman tu bukan stail saya. Memang betul la tak boleh tahan.saya memang mengaku tapi apa apa hal pun cuba kawal diri sebijak mungkin.Takkan nak jadi macam binatang (buat seks merata rata tempat,pastu kantoi masuk internet).Kenalah bijak dan gunakan akal untuk kawal perasaan tu.Kalau dah terkial kial gatai,mintak kebenaran mak bapak gf kita tu nikah je.tak yah buat kenduri.Tapi yang sebaik baik jalan,peliharalah seboleh bolehnya cinta yang sebenar tu.Cinta yang sebenar ada suci,jadi elaklah dari mula buat adegan tak senonoh semasa mula perkenalan seperti pegang tangan,cium dahi,kissing,pegang pegang dan dsbnya.kalau boleh kurangkan kuar jumpak. Kalau ada ana-anakperempuan,saudara mara perempuan,jaga dan tegurlah mereka kalau kalau dah mula bercinta.Anak dan saudara lelaki pun,kita mesti tegur dan bagi amaran keras sikit kerana lelaki ni yang kebanyakannya yang akan mula dulu. Tu je la dari saya.-- Edited by Ang_Loong at 16:30, 2005-06-29 -- Edited by Ang_Loong at 16:31, 2005-06-29


askum to all,


bro Ang_Loong ...kalau dah sampai jodoh tu apa tunggu lagi..kahwin terus laa...tunggu lama2 semakin berat pulak timbangan belah kiri tu



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard