Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Seminar: Islam Dan Cabaran Pemikiran Semasa


Veteran

Status: Offline
Posts: 52
Date:
Seminar: Islam Dan Cabaran Pemikiran Semasa


S E M I N A R
ISLAM DAN CABARAN PEMIKIRAN SEMASA


TEMA:


MEMPERKASAKAN TRADISI ISLAM



TEMPAT:


GOLDEN STRAITS VILLAS RESORT


Batu 3, Port Dickson



TARIKH:


16 Julai 2005


[10 Jamadil Akhir 1426H]




* Jualan buku Persatuan Ulama Malaysia


dan Intel Multimedia and Publication:


http://onlinerock.com/services/jailurrashied//imap.htm







P
ENGENALAN


Mutakhir ini, umat Islam sama ada di Malaysia mahupun di negara-negara lain terdedah dengan pelbagai aliran pemikiran. Aliran pemikiran tersebut sebahagiannya ada yang bersifat positif, namun banyak juga yang bernada negatif. Banyak pendapat dan pemikiran yang dianggap terkeluar daripada tradisi Islam disebarkan sama ada melalui akhbar, majalah, e-mail, internet dan media-media komunikasi yang lain. Persoalan mengenai keabsahan hadith Nabi, kelunturan pegangan akidah Islam, menuntut persamaan gender secara tidak realistik dan lain-lain kerancuan pemikiran ternyata memberi impak negatif serta mengganggu tradisi pemikiran umat yang bertunjangkan kepada keabsahan ilmu.


Bertolak dari asas-asas di atas, seminar ini boleh dijadikan platform bagi membincangkan dan bermuzakarah mengenai pelbagai isu yang berbangkit di dalam masyarakat bagi mem-pertahankan tradisi pemikiran Islam.



OBJEKTIF


Seminar yang akan diadakan ini didukungi oleh beberapa objektif:


Mengenalpasti aliran pemikiran yang tidak sesuai dengan tradisi Islam.


Mengukuhkan aktiviti berkongsi maklumat berkaitan berbagai-bagai aspek kerancuan pemikiran umat termasuk aspek kelunturan akidah dan kesan-kesannya terhadap masyarakat dan umat Islam.


Memperkukuhkan gagasan akidah umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.


Menggalakkan persefahaman dari segi pandangan dan tindakan dalam meng-hadapi isu-isu berkenaan serta mengenal-pasti cara terbaik menangani krisis pemikiran umat Islam


Sebagai forum untuk mengumpul cendekiawan, penyelidik dan ulama’ untuk duduk semeja berbincang mengenai isu-isu yang mempunyai kepentingan bersama.



TARIKH DAN TEMPAT


16 JULAI 2005


Golden Straits Villas Resort


Batu Tiga, Port Dickson


Negeri Sembilan



TOPIK SEMINAR


Seminar ini akan diadakan selama sehari dengan pengisian lima (5) sesi pembentangan yang merangkumi semua aspek yang berkisar disekitar pemikiran Islam dan isu-isu yang berkaitan, di samping sesi soal jawab di antara peserta dan pembentang-pembentang kertas-kerja yang diundang.



TENTATIF ATURCARA


0810 - Pendaftaran peserta


0820 - Ketibaan tetamu jemputan


0830 - Aluan Pengerusi Majlis


- Ucapan Aluan Pengarah Seminar


- Ucapan Perasmian dan


Ucapan Dasar Pemangku YDP-PUM


Tajuk: Islam dan Cabaran Pemikiran Semasa


[al-Fadhil Ustaz Hj. Md. Saleh Hj Ahmad - Pemangku YDP-PUM]


1000 - Rehat dan jamuan ringan


1030 - KERTAS KERJA 1


Tajuk: Aliran Pemikiran Islam Kontemporari


[Mohd Farid Mohd Shahran Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, IRK, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia]


1110 - KERTAS KERJA 2


Tajuk: Aliran Pemikiran Islam Liberal


[Ust. Khalil Muammar A. Harris Pensyarah Kolej Darul Hikmah]


1150 - KERTAS KERJA 3


Tajuk: Islam dan Isu Gender Mutakhir


[Prof. Madya Raihanah Abdullah Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam, UM]


1240 - Sesi Soal Jawab


1300 - Makan tengahari/rehat / solat zohor


1415 - KERTAS KERJA 4


Tajuk: Asas dan Etika Dalam Pentarjihan Hukum Islam


[Al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Samsudin Pengerusi SHURA]


1515 - KERTAS KERJA 5


Tajuk: Kaedah Dalam Menyelesaikan Kecelaruan Pemikiran Umat: Rujukan di Malaysia


[Dr. Mohd. Fauzi Hamat & Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya]


1600 - Soal Jawab


- Jamuan Ringan


- Bersurai





PESERTA SEMINAR


Seminar ini mensasarkan seramai 150 peserta. Kumpulan sasar peserta adalah seperti:


- Ahli-ahli Akademik


- Pegawai-pegawai di Jabatan Agama, Institusi Pendidikan, Bahagian-bahagian Penyelidikan dan yang seumpama


- Pendakwah-pendakwah


- Kakitangan Awam dan Swasta


- Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan


- Pelajar-pelajar pra-siswazah dan siswazah


- Individu berminat



YURAN & PEMBAYARAN


Yuran penyertaan seminar adalah seperti berikut:


Wakil Institusi/organisasi: RM100.00* seorang


Individu: RM 50.00* Pelajar: RM35.00*


* Tambahan yuran sebanyak RM50.00 seorang (sehari) jika peserta memerlukan penginapan perkongsian 2 orang sebilik (tertakluk kepada budibicara pihak penganjur).


Yuran termasuk minum pagi/petang, makan tengahari dan bahan-bahan edaran seminar.


Borang pendaftaran bersama dengan yuran seminar hendaklah dihantar kepada PERSATUAN ULAMA MALAYSIA, sama ada melalui cek, money order atau tunai (sila dapatkan resit bayaran) sebelum 12 Julai 2005. Pengesahan pendaftaran akan dimaklumkan.







Borang Pendaftaran Peserta:
http://onlinerock.com/services/jailurrashied//daftar_peserta.doc


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:


Sekretariat


Seminar Islam & Cabaran Pemikiran Semasa


Persatuan Ulama Malaysia


No. 8-4, Jalan 14/22, The Right Angle,


Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor


Tel. : 03-7955 4300 Faks : 03-7958 4450


E-mail : pumpusat@yahoo.com


Laman Web : http://www.e-ulama.org/



__________________
Sesama ISLAM adalah BERSAUDARA...!!!
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard