PULAU PINANG 28 Jun - Seorang remaja lelaki berumur 22 tahun direman selama seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan kes seorang remaja, Asrin Mosin, 18, yang dibelasah sehingga koma di Pesiaran Gurney di sini Sabtu lalu.
Dia yang dibawa ke Mahkamah Majistret di sini petang ini ditahan polis setelah menyerah diri di sebuah balai dekat sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Syed Ismail Syed Azizan berkata, Mohd. Kamsani yang beralamat di 468 Mukim 1, Teluk Bahang ditahan di Balai Polis Jalan Pattani.
Menurutnya, polis masih mengesan seorang lagi remaja, Sharul Nizar Shamsuddin yang memiliki kad pengenalan 840318-07-5435 dan alamat terakhir di 462A Jalan Tanjong Tokong Lama untuk membantu siasatan.
``Tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki dari Teluk Bahang pagi ini.
``Dia akan disoal siasat dan daripadanya, polis akan mendapat maklumat lebih untuk membantu siasatan kes ini,'' katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melawat Asrin yang kini dalam keadaan kritikal di Wad Pembedahan Neuro, Hospital Pulau Pinang di sini tengah hari ini.
Asrin yang dibelasah sekumpulan 10 lelaki kira-kira pukul 2.30 pagi Sabtu lalu, dipercayai bukan sasaran sebenar kumpulan terbabit sebaliknya menjadi mangsa `salah sangka'.
Kumpulan terbabit dikatakan mahu menyerang rakan mangsa yang menegur mereka mengusik seorang remaja perempuan yang juga sepupu Asrin di Pesiaran Gurney.
Remaja perempuan itu mengikut mangsa keluar bersiar-siar di kawasan pantai tersebut bersama 15 rakan lain.
Asrin yang bersendirian setelah ditinggalkan rakan-rakannya dibelasah dengan topi keledar dan benda keras hingga menyebabkan kecederaan pada muka, kepala dan badan.
Ditanya bila kes itu dapat diselesaikan, Syed Ismail berkata, masih terlalu awal untuk membuat penilaian kerana ia perlu melalui prosedur yang ditetapkan.
Menurutnya, polis dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa Asrin berada dalam keadaan kritikal dan bergantung hidup kepada mesin pernafasan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu diminta menghubungi Inspektor Karunakaran di talian 04-2292222 sambungan 1844.
org muda muda ni mmg kadang kadang selalu poyo....semalam saya ada di pulau pinang area gurney drive yg dekat tepi laut tu....tgk ramai budak budak melayu berkumpul lepak lepak macam baru kluar disco ....dah tu pulak bila tgk org luar turun kereta pandang pandang dan kutuk dr jauh...apa laa..aku pun melayu jugak sebangsa seagama......
so sekarang ni terfikir la jugak,kita nak buat cara keras atau cara lembut untuk mengajar bangsa kita ni.....?
xtau nak kata apa la long...depa ni terpengaruh ni...kononnya young n dangerouslaaa versi melayu....paham sendirik la...long...aku turun s.p bulan 8...insyaallah 4 ari..hang tunggu aku no....kita jalan2 tgk lagat orang melayu...
Keruntuhan moral dan akhlak bangsa ini tidak akan mampu di perbetulkan melalui forum... tidak mampu dibaiki dengan pusat serenti dan tunas bakti... ia harus melalui satu proses yg unik, mendekati mereka dan mendidik mereka secara personal...
Kita yg punya kesedaran harus tampil bukan sekadar melihat dan memerhati... utk mendidik mereka harus punya sarana dan module... harus punya program yg rapi dan istiqomah... Bukti jelas telah kami lakukan di R&D... anda boleh datang dan interview subjek yg telah berjaya kami ubah... dan itulah sebenarnya usaha kami yg tidak kelihatan di mata kalian...
Tidak guna mengeluh... tidak guna merintih... sehari terlewat, lebih banyak mangsa kerusakan umat ... bersegeralah mengatur langkah, berhentilah berhujah berapi api di forum saja... ia tidak memberi bekas, melainkan sekadar menambah duka nestapa... menambah sakit hati dan kepiluan sahaja...
Selamatkah anak bangsa ini setelah pemergian kami... setelah ketiadaan kami... anda yg muda belia... yg masih cergas dan cerdas akal fikiran... masih kuat tenaga zahir batin... yg masing banyak masa hingga mampu menghadap komputer berjam jam melontar hujah... bakal kami amanahkan utk membimnbing anak bangsa yg bakal kami tinggalkan...
SEDARLAHHHHH...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Supaya kita sama sama usaha.Alhamdulilah kerana pemuda pemudi kawasan kampung saya agak terkawal (kg pandamaran).Org org tua kat sini selalu buat pantauan.Memang keras jugak didikan yang kami terima tapi kesan yang kami perolehi tu memang saya akui berkesan.Kami hormat dengan orang orang tua kami dan begitu jugalah sebaliknya.Tua muda kan sama sahaja sebab hati masing masing ni tak penah dimakan usia.Cuma org melayu ni kecik kecik lagi memang patut di ajar adap supaya tidak kurang ajar.Kalau dah mula kurang ajar dari muda,sampai ke tua bangka pun takkan sedarkan diri.
Supaya kita lebih perihatin dan jangan sembang kosong je dah la.
Assalamualaikum ... Berita terbaru diterima tengahari tadi, Saudara Azrin (boy) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi. Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Ws.
A`kum...
Semoga rohnya bersama-sama orang yang beriman....Amin
__________________
DONT SANGKA KELIAK WATA NO BOYA...29 yang bertauliah...
Wira513, org muda muda ni mmg kadang kadang selalu poyo....semalam saya ada di pulau pinang area gurney drive yg dekat tepi laut tu....tgk ramai budak budak melayu berkumpul lepak lepak macam baru kluar disco ....dah tu pulak bila tgk org luar turun kereta pandang pandang dan kutuk dr jauh...apa laa..aku pun melayu jugak sebangsa seagama...... so sekarang ni terfikir la jugak,kita nak buat cara keras atau cara lembut untuk mengajar bangsa kita ni.....?
takziah buat asrin.. perit juga lihat keadaan arwah sebelum meninggal dunia..
Saudara ku sekalian... Keruntuhan moral dan akhlak bangsa ini tidak akan mampu di perbetulkan melalui forum... tidak mampu dibaiki dengan pusat serenti dan tunas bakti... ia harus melalui satu proses yg unik, mendekati mereka dan mendidik mereka secara personal... Kita yg punya kesedaran harus tampil bukan sekadar melihat dan memerhati... utk mendidik mereka harus punya sarana dan module... harus punya program yg rapi dan istiqomah... Bukti jelas telah kami lakukan di R&D... anda boleh datang dan interview subjek yg telah berjaya kami ubah... dan itulah sebenarnya usaha kami yg tidak kelihatan di mata kalian... Tidak guna mengeluh... tidak guna merintih... sehari terlewat, lebih banyak mangsa kerusakan umat ... bersegeralah mengatur langkah, berhentilah berhujah berapi api di forum saja... ia tidak memberi bekas, melainkan sekadar menambah duka nestapa... menambah sakit hati dan kepiluan sahaja... Selamatkah anak bangsa ini setelah pemergian kami... setelah ketiadaan kami... anda yg muda belia... yg masih cergas dan cerdas akal fikiran... masih kuat tenaga zahir batin... yg masing banyak masa hingga mampu menghadap komputer berjam jam melontar hujah... bakal kami amanahkan utk membimnbing anak bangsa yg bakal kami tinggalkan... SEDARLAHHHHH...
Teguran yang jauh lebih lembut dari sebelum ini Berubah Taktik Dr Mas?
Sekali lagi saya sedar maksud yang ingin disampaikan ialah agar saya menhadirkan diri ke RnD.
Bukan tak ingin, Bukan tak sudi... Cuma mungkin belum kesampaian lagi...
Perjuangan mencari redki bukan boleh ditinggal pergi.
Harap panjang redki dan pertemuan agar boleh bersua muka.
Teguran yang jauh lebih lembut dari sebelum ini Berubah Taktik Dr Mas?Sekali lagi saya sedar maksud yang ingin disampaikan ialah agar saya menhadirkan diri ke RnD.Bukan tak ingin, Bukan tak sudi... Cuma mungkin belum kesampaian lagi...Perjuangan mencari redki bukan boleh ditinggal pergi.Harap panjang redki dan pertemuan agar boleh bersua muka. Ikhlas dari saya.
Itu adalah taktik kami dari dulu sebenarnya, selagi tiada yg menjolok dan provoke keterlaluan... apa pun terpulang kepada wira... yg mungkin tidak seburuk dan selemah seperti yg di perkatakan...
Soal kesempatan... tiada siapa punya kesempatan sebenarnya, bezanya ialah sejauh mana kita membahagi masa utk perjuangan yg sering kita laungkan... cuba lihat satu posting saya yg berkaitan hari semalam... bagaimana rasulullah memperuntukan masa, meninggalkan kerja, mewakafkan harta... demi ingin melihat umat terbela, islam terbina...
Katakanlah:"Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (QS. 9:24)
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Kalau kita boleh duduk sama sama semeja untuk bincangkan Business Networking bagus jugak ni.Boleh jugak kita sama sama cari contact contact untuk terokai peluang yang kita tak nampak.Usaha usaha RnD sangat nyata untuk pembangun Bangsa kita.Besar sungguh pengorbanan tenaga tenaga di pusat tersebut.Teruskan usaha,semoga disertai rahmat dan berkat Tuhan. Tolong bagitau kalau ada apa sumbangan yang boleh saya buat.Saya akan hulurkan seberapa kadar yang mampu,InsyaAllah.
Terharu sekali dengan dorongan dan sokongan dari AngLong... Terima kasih kami ucapkan. Menitis air mata ini walau dengan sepotong ungkapan yg begitu memberi semangat... walau belum setitik peluh di sumbang... walau belum se sen dana di hulur utk membantu usha pembangunan ummah ini... namun cukup lah... berbanding mereka yg tidak henti henti menghentam dan mengherdik... mengkondem (bukan sekadar mengkomen) dan mengkritik tanpa asas...
Jika dinda benar ikhlas, datanglah hadiri kursus Induksi, dapatkan kefahaman asas tentang Pekida yang asal, bukan yg telah di cairi dengan pelbagai fahaman yang bukan bukan, hingga wadah perjuangan seindah dan secantik ini menjadi begitu huduh dan tercela sekali dek pandangan masyarakat umum... Sokongan yg paling dikehendakki ialah sumbangan dana (amwal) dan tenaga/fikiran/masa (diri).
KAMI SANJUNG TINGGI KESEDIAAN DINDA MENYUMBANG... NAMUN UTK MAKLUMAN DINDA... PENDIDIKAN DAN KEFAHAMAN AMAT PENTING DALAM URUSAN PERJUANGAN. KAMI TIDAK SEKALI KALI AKAN MENERIMA SUMBANGAN MEREKA YG BELUM FAHAM KENAPA DAN MENGAPA... KERANA SUMBER SUMBANGAN DARI PUNCA SEBEGINI AKAN MENJADI BUAH MULUT DAN FITNAH YG DISEBUT SEBUT SERTA MENYAKITKAN HATI...
Itulah hakikat perjuangan... Rasulullah dahulunya sanggup tinggalkan segala pangkat dan tugas asalnya sebagai pengurus perniagaan antarabangsa... berjuang dengan harta dan diri bersama para sahabat. Rasulullah yg asalnya dari seorang pengurus besar, suami kepada jutawan terkenal siti khadijah... anak saudara perdana menteri Mekah, Abu Jahal... kaum elit bani Hashim Kaum Kuraish... berjuang selama 23 tahun untuk membangun ummat dan Islam... dengan melaburkan harta dan diri... hingga wafat baginda dan isteri tercinta sehelai sepinggang... segalanya di wakafkan utk Islam... itu galang gantinya...
Lihat diri kita sekarang... cukupkah bekalan dana pembangunan Islam hanya sekadar wang fitrah yg tak pun cukup utk membeli sekotak rokok dalam setahun ...? lebih besar perjuangan allah kah atau lebih besar perjuangan mendapatkan wang rokok kita...?
berapa ramai di antara kita yg sanggup tinggalkan gaji besar, tinggalkan pangkat besar yg terlalu di buru hingga sanggup merosak dan memecahbelah... sanggup membunuh dan memfitnah...? Islam bagaimana kah yg akan kita bangun jika sikap mementingkan diri sendiri masih terlalu tebal di hati sanubari masing masing... bersangka buruk masyaallah... tebal sekali... hingga seribu kebaikan yg di lihat dia fitnah... dia buat tak nampak... sekelumit kesilapan (itu pun di pandangan mata dia) yg dia perasan .... huhhh sanggup dia belanja beratur beribu ringgit... berjalan satu malaysia menabur fitnah... bayar bill talipun caling sana sini...
ITU LAH MELAYU... ITU LAH ISLAM... ZAMAN SEKARANG. ISLAM JAHILIAH... SAMA SEPERTI ISLAMNYA ABU JAHAL DAN BAPA SAUDARA NABI YG TELAH PUN DI AJARKAN OLEH IBRAHIM DAN ISMAIL NINDA MEREKA... NAMUN TELAH KEMBALI JAHIL DAN PERLU DI DIDIK SEMULA... BALIK DARI ASAL DAN DI AJAR DARI AWAL... SE AWAL IQRAK WAHYU PERTAMA...
Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak , cacian yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. (QS. 3:186)
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
saya amat tertarik dengan Kupasan yang lengkap dari Dr.Masjuki.Cuma saya yang jahil ini ingin memberikan sedikit pandangan dari apa yang saya fahami tentang perjuangan Islam.(Mohon Dr.masjuki tlg perbetulkan sekiranya saya tersilap)
Apa yang dikatakan oleh wira513 tua ada betulnya jugak.kekadang soal ekonomi pun penting!!!!!.Klu nak berjuang tetapi ayahbonda dirumah bagi yang bujang dan anak Isteri bagi yang kahwin diabaikan tak leh jugak.nabi pun semasa sahabat nak berjuang dahulu di tapis dahulu.
Ada satu sama seorang pemuda datang nak berjuang dalam satu peperangan,nabi siap tanya dahulu sama ada orang tuanya masih ada tak,ada yang jaga tak.bila pemuda itu jawab tiada,maka nabi minta supaya pemuda itu pulang dulu untuk jaga orang tuanya.dan nabi berkata "kalau pemuda ini tak ikut berjuang,masih ramai lagi yang boleh menganti tempatnya tetapi klu pemuda itu mati di medan perang,tiada siapa yang akan menjaga orang tuanya.(Mungkin persoalan ini boleh dijadikan panduan kepada semua pemuda2 yang ingin berjuang.Saya percaya dalam islam penuh dengan hikmahnya.Tak semestinya tidak berperang dalam jemaah itu bermakna tidak membantu memperjuangkan agama dan tidak bermakna menjaga orang tua itu atau urusan meningkatkan ekonomi di anggap tidak memperjuangkan agama.)
Tapi saya yakin setiap apa jua tindakan kita ditentukan oleh Allah S.W.T.Begitu jugak dengan soal kehadiran ke R&D.klu dah ditentukan kehadirannya insya-allah sampailah si wira513.saya pun teringin jugak nak ke sana.Mungkin Allah belum izinkan lagi.
Klu ke sana nanti teringin sangat nak jumpa dengan sdr Zackbikers.kagum gilerr dengan hujjah Al-Qurannya.
Ramai jugak yang pandai gunakan ayat ayat Quran ni...semoga boleh saling bermuzakarah supaya sama boleh betulkan apa yang salah kerana buat tafsiran sendiri ni selalunya banyak yang tak betul dan Ilmu Allah ni sangat sangat halus.Pendapat saya,tafsiran oleh org org awam ni (saya juga termasuk dlm golongan ni) kebanyakkannya tidak tepat dan banyak kelemahan.
Wira513,nak turun sini PM le...boleh kenal kenal dan tukar tukar fikiran.
Yus Padi....bila boleh jumpak kenal kenal.....selalu lepak mana?Ampang Point?kalau rajin PM le aku.
dialu-alukan sgt saudara jebatderhaka turun ke kl,bleh kenal ngan adik-beradik Semerah Padi...///
Insya-allah klu Allah izinkan sampailah saya...
Ramai jugak yang pandai gunakan ayat ayat Quran ni...semoga boleh saling bermuzakarah supaya sama boleh betulkan apa yang salah kerana buat tafsiran sendiri ni selalunya banyak yang tak betul dan Ilmu Allah ni sangat sangat halus.Pendapat saya,tafsiran oleh org org awam ni (saya juga termasuk dlm golongan ni) kebanyakkannya tidak tepat dan banyak kelemahan.
Apa yang saya faham semasa di sekolah dulu.Klu nak belajar mesti ada guru.Klu buat tafsiran sendiri maka Iblis dan syaitan akan memesongkan kita.tambahan pulak klu untuk kepentingan diri.Lagi satu kata ustaz saya klu nak cari ilmu Allah jangan cari di tempat gelap,jangan cari di pondok usang kerana tempat2 ini bukan tempat ilmu allah.Klu nak juga datanglah ke Masjid dan surau kerana ini rumah Allah.Bukan apa takut ajaran sesat...
Ini saya sangat sokong.Mcm jugak Dr Masjuki kata yg kita tak nak org lain memfitnah.Jadi saudara saudara sekalian,marilah kita elakkan benda benda yang boleh meminbulkan fintah.....