DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH
Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam,pujian yang melengkapi segala nikmatnya dan membalas limpah kurnianya,Ya Allah wahai tuhan kami,untukmu segala kepujian bagaimana yang sigianya sesuai dengan kebesaran zat dan keagungan kerajaanmu.
Ya Allah wahai tuhan kami ,cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Muhammad berserta keluarga ahli baitnya dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah wahai tuhan kami,kami memohon dengan berkat Al-fatihah yang dihormati dan dengan berkat kalamullah(al-quran)yang mulia smoga tuhan kami bukakan untuk kami segala kebaikkan,mengurniakan kami segala kebajikan dan jadikan kami daripada orang-orang yang ahli kebaktian,campurkan kami ya Allah dalam golongan orang-orang yang ahli dalam membuat amal kebajikan.
Peliharakanlah untuk kami agama kami,diri kami,anak-anak kami,harta-benda kami,keluarga kami,rakan sejawat kami dan orang-orang kesayangan kami daripada segala bencana,penderitaan,percubaan,kesusahan dan kemudharatan kerana bahawasanya tuhan kamilah yang empunya segala kebaikkan,dan juga yang mengurniakan segala kebaikkan itu,mohon limpah kurnia mu jua Ya Allah tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Ya Allah wahai tuhan kami ampunilah dosa kami,dosa ibu-bapa kami,guru-guru agama kami,dosa orang-orang yang membuat baik kepada kami,orang-orang yang berpesan kami dengan doa dan juga dosa sekalian kaum muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat samaada yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Ya Allah ampunilah kami ,kurniakan rahmat kepada kami.anugerahkan keredhaan mu kepada kami,terimalah amal bakti kami,masukkanlah kami kedalam syurga dan jauhkanlah kami daripada neraka,Ya Allah wahai tuhan kami betulkan segala amal perbuatan kami,kurniakan kelebihan kepada kami bukan kekurangan,kurniakan kemuliaan kepada kami bukan kehinaan.Kurniakan kelimpahan kepada kami bukan sekatan kurniaan,redhakanlah kami dan kurniakanlah keredhaan.mohon limpah rahmatmu jua Ya Allah tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Barang dicucuri Allah akan rahmat dan sejahtera mu atas junjungan besar kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
-- Edited by kbs 30 at 03:52, 2005-07-01
__________________
*kbs30*
AKU ADALAH AKU,TIADA YANG LAIN SELAIN DIRI AKU,DAN AKU ADALAH YANG HAK....///(kedah darulaman)