Dalam Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj Arshad (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan) di Surau Alamanda pada Jumaat 6 Mei 2005 yang lalu, seorang jemaah telah bertanya pada beliau mengenai hukum mereka yang berniaga di kawasan masjid pada hari Jumaat.
Tn Hj Arshad menjelaskan adalah Haram lelaki Islam berjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya, restoran dan sebagainya. Walaupun mereka yang berjual beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram kerana kita sudah ada segala kemudahan sekarang dengan jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan bila masuk waktu.
Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang membelinya juga haram. Tetapi tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam. Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi haram jika membelinya lelaki Islam.
Di Masjid Bandar Baru Senawang ada seorang sahabat yang lengkap berjubah putih dan berserban menjual air soya di luar perkarangan masjid. Ketika azan pertama dilaungkan hingga khutbah dibaca, penjual dan pembeli sedang sibuk berjual beli. Ini adalah haram kalau mengikut penjelasan Us Arshad.
Bayangkan orang Islam lelaki yang sedang menikmati makan tengahari jam 1:20 tgh di KFC sementara menunggu solat Jumaat atau minum cendol di benteng, sumber rezekinya Halal tetapi waktunya Haram. Itu yang hendak menunggu solat Jumaat, apatah lagi yang langsung tak solat Jumaat.
Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t.:
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".
Surah Al-Jumu'ah, ayat 9
Hanya sekadar menyampaikan apa yang didengar melalui Kuliah Feqah. Untuk pertanyaan lanjut boleh berjumpa Tn Hj Arshad Imam Masjid Bandar Baru Senawang.
Wassalam. Allahua'lam
sy x brp tahu.tp sy yakin dgn kenyataan ni sbb ia ada nas.klu salah @ ada rukhsah @ pendapat lain hrp dpt sampaikan..jazakallah - bersama ke arah kebaikan -
Kalau macam tu pihak berwajib kenalah ambil tindakan....bukan kat senawang je...kat masjid lain pun macam tu jugak..
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............