Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah rakyat palestin di majalah 3


Veteran

Status: Offline
Posts: 57
Date:
Kisah rakyat palestin di majalah 3


Saya semalam duduk depan tv jam 9 pm nonton majalah 3,kisah pengembaraan krew majalah 3 ke pelarian palestin...Mula2 menonton sahaja rancangan itu dada saya telah sebak melihat bagaimana nasib anak2 kecil di sana dlm serba kekurangan dan daif menjalani kehidupan seharian ....ditambah pula lagi apabila norzi pawancik si pengacara manis tu mendukung seorang budak perempuan  berusia 3 tahun yang yatim piatu ....saya menjadi bertambah sebak mengenangkan nasib umat islam yang ditindas dengan kejam dan semestinyalah yang menjadi mangsa ialah kanak2 yang tidak tahu apa tentang kehidupan.


kemudian mereka ke satu kem pelarian dan bertemu dengan J/Kuasa kebajikan pelarian yang menjaga kebajikan lebih kurang 11,000 pelarian di kem berkenaan.


Ketika ditemuramah oleh pengacara norzi pawancik,mereka yang rata2 berumur setengah abad masih bersemangat untuk terus berjuang memerdekakan negara mereka dan mereka ini walaupun telah berusia setengan abad,tetapi masih belum merasa menjejak kaki ke negara mereka sendiri.


Apa yang amat menarik perhatian saya ialah dalam ramai J/Kuasa itu,ada seorang yang ditemuramah telah membaca satu syair bumi palestin..beliau memdeklamasi kan syair itu dengan penuh semangat pada mulanya tetapi lama-kelamaan air matanya mula bercucuran....saya melihat sendiri apa yang dilakukan itu adalah bukan sesuatu yang dibuat2...


kemudian apa bila krew majalah 3 di bawa menziarahi balu pejuang2 palestin ,saya bertambah terharu apabila rumah pertama yang dikunjungi seorang balu terpaksa membesarka anaknya seramai 5 orang perempuan semuanya dalam keadaan doif dan rumah mereka berbumbungkan kanvas penutup kereta sahaja ....


Rumah yang kedua dikunjungi juga seorang balu yang mempunyai 5 orang anak tetapi 2 lelaki dan 3 perempuan....


apa yang menarik kawan2ku..ibu2 tunggal ini amat bersemangat sekali apabila menceritakan tentang perjuangan pembebesan tanah air mereka dan mereka sebenarnya berbangga sekiranya anak mereka menjadi tentera syahid untuk menentang yahudi laknatullah dan mereka reda dengannya.


Syair yang di baca oleh seorang J/Kuasa pelarian itu amat menarik perhatian saya ...yang mana saya merasakan ianya perlu dijadikan iktibar kepada kita,klu di malaysia kita tak bersedia dan berwaspada,tak mustahil kita jugak akan mendendangkan lagu "Anak kecil main api" ....


Dan yang kedua ialah semangat tinggi yang ditunjukkan oleh ibu2 tunggal ini untuk mempertahankan negara mereka.Mereka lebih pentingkan maruah agama dari anak2 mereka.satu ujian yang amat berat bagi mereka.kita di Malaysia nie tak de ujian apa lagi pun .....itu pun dah macam2 kekalutan yang timbullll.


haiiiii tak tahu lahhhh.


 


 



__________________
Tuah setia pada raja,Jebat pembela saudara


Senior

Status: Offline
Posts: 215
Date:

Rugi jugak semalam tak tengok m3.Mlm itu saya berada di majlis reunion,anjuran seorang rakan lama bekas satu pengajian.Apa yang menarik  perhatian saya,rupa rupanya ramai jugak golongan melayu muda yang masih prihatin.Secara kebetulan samadlm posting Bro Jebat ni.


Saya rasa sikit terkejut dan terharu apabila salah seorang dari rakan kami menceritakan kedaifan penduduk di felda Ijok kerana sebelum mlm tadi,pada minggu lepas kami telah berkumpul di umah allahyarham seorg sahabat kami yg terlibat dlm kemalangan maut.Jadi kenduri malam tadi jugak di adakan tahlil untuk arwah.Seterusnya sampai kepagi kami bersembang dan bertukar tukar pandangan (walaupun sedikit 'debat',biasalah...kawan kawan) tentang nasib bangsa kita d bumi sendiri.Sebenarnya,mmg dengan hanya berbincang,tiada apa kemajuan/tindakan yg di jalankan,tapi saya agak puas kalau mentaliti masyarakat kita ini diubah ke arah positif.Untuk mengubah attitude org kita ni mmg makan masa dan ia tidak akan terjadi dlm masa yg singkat.Kita boleh paksa org berubah cara yg kita mahu tapi untuk berubah dengan sepenuhnya attide org melayu ni mmg liat.


Jadi ambillah ikhtibar dr apa yg kita lihat dan saksikan di negara org supaya tidak terkena batang hidung sendiri.Bagi saya,Wang,bangsa & agama perlulah sama sama di kejar supaya menjamin hidupdunia da akhirat.


minta maaf kalau saya selalu menceceh dalam forum


 



__________________
I've sworn the 36 oaths_\l/_ /l\ I


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

Ni lah akibat jika umat Islam tak bersatu...penting diri sendiri...



__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard