Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: /// mesti baca tau ///


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
/// mesti baca tau ///


LAPAN PERKARA BANTU TINGKAT KESABARAN...



ini satu renungan yang bukan untuk saya sahaja...tapi untuk kita semua,semoga dapat menjadi panduan untuk kita semua...


 
SABAR dipandang mulia di sisi Allah kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Sikap itu perlu diamalkan setiap masa dalam kehidupan seharian.
Keperluan sabar dikategorikan kepada dua perkara iaitu sabar menahan diri daripada perkara yang disukai, tetapi dilarang oleh agama.
Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi.
Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan yang mendorong melakukan perbuatan yang mendatangkan keburukan. Menahan diri ketika penderitaan, sanggup melakukan perkara sukar demi mendapat kebaikan dan bersedia menghadapi tempoh panjang untuk mendapatkan sesuatu.
Allah menyebut orang bersabar bakal mendapat kegembiraan, petunjuk, keberkatan dan rahmat daripada-Nya.
Sebab itu setiap orang mesti bersabar dalam menghadapi segala cabaran hidup. Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang bersabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya.
Dr Yusof Al Qardhawi berkata ada lapan perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang, iaitu:




-Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan sementara.

-Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu.




-Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah

-Yakin bahawa Allah akan membantu hambanya.




-Berusaha mencontohi orang sabar.




-Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.




-Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah.




-Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedih berlebihan, putus asa dan gopoh-gapah.




Sabar boleh dibentuk dengan adanya harapan dan cita-cita untuk mendapatkan sesuatu. Hal ini kerana seseorang itu pasti berusaha bersungguh berlandaskan kesabaran untuk mencapai hasrat hati.Ibnu Qayim dalam bukunya, Al Madaraji menyebut hukum bersabar itu adalah wajib.Sifat sabar adalah kunci kejayaan, insan yang tidak tekun dan tidak sabar dalam menuntut ilmu tidak memperoleh pengetahuan. Pekerja yang tidak sabar dalam pekerjaan tidak akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual dengan mutu yang baik.Kesabaran sangat dikehendaki dan ada batasnya. Kita perlu mengelakkan sesuatu pihak menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri sebagai senjata memusnahkan diri kita.Oleh itu, setiap insan perlu mempunyai tahap sabar yang tinggi bagi mengatasi apa juga persoalan kehidupan. Ia bagi memastikan kehidupan dapat ditempuhi dalam keimanan tinggi.


 


/// salam perkenalan  ///



__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard