"Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku ini akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh"" (Yusuf, 12: 33)
Allah telah memakbulkan doanya untuk menahan dari godaan syaitan. Golongan elit di bandar tersebut telah sedar bahawa wanita-wanita mereka telah terpikat dengan Nabi Yusuf A.S. Walaupun mereka mengetahui bahawa baginda pernah terlibat dengan sebarang jenayah, mereka mengambil keputusan untuk memenjarakan Nabi Yusuf A.S. bagi mengelakkan kekecohan dalam masyarakat. Baginda berada di dalam penjara selama beberapa tahun dan mendapat kawan dari golongan banduan. Di sana, baginda telah menyeru mereka kepada agama Allah dan berusaha memulihkan mereka yang terpegun dengan personaliti baginda.
Pada suatu hari, dua orang banduan telah mendapat mimpi yang aneh. Lalu mereka pun datang kepada baginda untuk mendapatkan tafsiran tentang mimpi mereka. Seorang daripada mereka telah berkata: "Aku melihat diriku sedang memerah arak" dan banduan kedua pula berkata: "Aku bermimpi membawa sebakul roti di atas kepala dan burung-burung memakannya dari dalam bakul tersebut." Nabi Yusuf A.S. menyuruh mereka menunggu sehingga berakhirnya waktu makan tengah hari. Mereka tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusannya. Pada waktu yang telah ditetapkan, Nabi Yusuf A.S. pun memberitahu tafsiran yang telah dibuat. Lelaki yang memerah arak, akan mendapat kebebasan dan akan menjamu arak kepada tuannya. Manakala seorang lagi akan disalib sebagai hukuman atas jenayah yang telah dilakukannya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
"Hai kedua penghuni penjara, "Adapun salah seorang di antara kamu berdua, akan memberi minum tuannya dengan khamar; adapun yang seorang lagi maka ia akan disalib, lalu burung memakan sebahagian dari kepalanya. Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menanyakannya (kepadaku)"" (Yusuf, 12:41)
Tidak berapa lama kemudian, tafsiran mimpi tersebut menjadi nyata. Apabila lelaki yang pertama hendak meninggalkan penjara, Nabi Yusuf A.S. telah menyuruhnya mengingati tentang tuannya. Dia pun berbuat demikian sebagi satu penghormatan tetapi dia terlupa untuk memaklumkan kepada tuannya tentang Nabi Yusuf A.S. Jadi dia terpaksa tinggal di dalam penjara untuk beberapa tahun lagi.
Baginda terus berdoa dan mengajarkan ajaran-ajaran yang baik semasa dalam penjara.
Pada suatu hari, raja Mesir telah bermimpi yang tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu kurus. Raja itu juga bermimpi tujuh tangkai jagung yang elok dan tujuh lagi tangkai jagung yang lalu. Raja Mesir tersebut begitu ingin mengetahui tafsiran mimpinya. Semua orang menjadi buntu kerana tidak ada seorang pun yang benar-benar dapat mentafsirkan mimpi tersebut. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah mimpi kejadian yang sudah lepas.
Bekas banduan yang telah bebas telah memberitahi mereka tentang Nabi Yusuf A.S. yang telah mentafsirkan dengan baik mimpinya sebelum ini. Raja tersebut sangat gembira dan menghantar lelaki tersebut sebagai wakil untuk bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. di dalam penjara. Lelaki tersebut segera menemui baginda dan memohon maaf kerana tidak memberitahu tuannya tentang baginda. Kemudian dia bertanya tentang tafsiran mimpi yang pelik itu. Nabi Yusuf A.S. berkata: "Kamu akan menabur benih untuk tujuh tahun dengan gigih. Kemudian akan tiba tujuh tahun musim menuai yang mewah dalam negeri. Adalah lebih baik sekiranya dsimpan sebanyak mungkin makanan kerana kemungkinan besar akan terjadi kemarau yang berpanjangan selama tujuh tahun. Semasa tempoh kesukaran tersebut, simpanan perlu dijimatkan. Selepas itu akan tiba musim hujan lebat yang akan memusnahkan tanam-tanaman"
Nabi Yusuf A.S. Didapati Tidak Bersalah
Lelaki tersebut memohon kebenaran untuk pergi memaklumkan kepada raja tentang tafsiran mimpi tersebut. Lalu diapun pulang semula ke istana dan menceritakannya di hadapan para pengiring raja. Mereka semua sangat terkejut manakala raja pula sangat tertarik dan melahirkan keinginan untuk bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. Dia segera memerintahkan supaya Nabi Yusuf A.S. dibebaskan dari penjara tetapi ditolak oleh baginda sehinggalah baginda didapati benar-benar tidak bersalah. Baginda mahu membersihkan nama yang telah tercemar. Raja lantas memanggil para wanita yang telah menyebabkan Nabi Yusuf A.S. dalam keadaan tidak selesa dan dipenjarakan. Mereka mengakui bahawa baginda sememangnya tidak bersalah.
"Berkata isteri Al-Aziz: "Sekarang jelaslah kebenaran itu, akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku), dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar"" (Yusuf, 12:50)
Nabi Yusuf A.S. Dilantik Sebagai Pengurus Gudang
Raja sangat terpehun dengan budi pekerti dan kebijaksanaan baginda. Kemudian dia menawarkan kedudukan yang penting dalam kerajaan dengan melantik baginda sebagai pengurus gudang. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku". Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: "Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami ". Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan"" (Yusuf, 12: 54-55)
Nabi Yusuf A.S. bekerja dengan penuh dedikasi. Baginda telah mencipta nama sebagai pegawai yang baik dan berpengaruh.
Sementara itu, Nabi Ya'qub A.S. hidup dalam keadaan keadaan yang sangat sedih. Baginda sangat merindui Nabi Yusuf A.S.. Baginda yakin dengan Allah yang baginda akan menemui semula anak kesayangan baginda itu. Saudara-saudara Nabi Yusuf A.S. juga semakin meningkat dewasa dan tetap mengingati muslihat yang telah mereka lakukan. Kejadian itu adalah satu perkara yang memalukan. Pada ketika itu, sudah tiba musim kemarau dan kekurangan makanan. Keluarga Nabi Ya'qub A.S. juga mengalami keadaan yang sulit. Mereka mendengar bahawa orang-orang Mesir mempunyai simpanan makanan yang banyak dan menjualnya dengan harga yang berpatutan. Maka anak-anak lelaki Nabi Ya'qub A.S. menyediakan kelengkapan untuk pergi ke Mesir untuk membeli bijiran.
Saudara-saudara Nabi Yusuf A.S. ke Mesir Dan Membeli Makanan
Apabila mereka tiba di Mesir, Nabi Yusuf A.S. dengan cepat dapat mengenali saudara-saudara baginda dan jantungnya berdegup kencang. Baginda tidak mengingatkan mereka tentang perbuatan yang telah mereka lakukan dan menyembunyikan identity sebenar diri baginda. Baginda melayan dengan baik dan menjualkan makanan kepada mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Mereka berasa sangat terhutang budi dengan jasa baik baginda. Sebelum berangkat pulang Nabi Yusuf A.S. berpesan: "Jika kamu kembali ke sini, bawalah bersama adik bongsu kamu dari sebelah bapa. Jika pemerintahan ini tidak kamu tunaikan, aku tidak akan jualkan bijirin kepada kamu lagi"
Mereka kembali semula ke rumah selepas perjalanan yang meletihkan. Mereka telah memberitahu bapa mereka bahawa penjaga gudang makanan di Mesir berminat untuk melihat adik bongsu mereka. Apabila bapa mereka mendengar akan berita tersebut, Nabi Ya'qub A.S. menjadi sangat risau. Baginda tidak mahu kejadian yang sama berlaku dan baginda amat berat hati membenarkan adik Nabi Yusuf A.S. pergi bersama-sama mereka. Mereka berusaha juga memujuk baginda dan berjanji dengan nama Allah, mereka akan membawa pulang semula adik Nabi Yusuf A.S. Apabila mereka membuka karung bijirin , mereka amat terkejut melihat wang mereka di dalam karung tersebut.
Selepas beberapa minggu, rombongan kedua sampai di Mesir dan mereka terus ke gudang utama. Nabi Yusuf A.S. sangat mengalu-alukan kedatangan mereka. Keadaan di sana pada waktu itu sangat sibuk. Nabi Yusuf A.S. menarik adiknya ke tepi dan memberitahunya bahawa baginda adalah Yusuf abangnya yang ditolak ke dalam perigi dahulu. Adik baginda sangat terkejut dan berasa sangat gembira tidak terhingga. Firman Allah bermaksud:
"Dan tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf, Yusuf membawa saudaranya (Bunyamin) ke tempatnya, Yusuf berkata: "Sesungguhnya aku (ini) adalah saudaramu, maka janganlah kami berdukacita terhadap apa yang telah mereka kerjakan"" (Yusuf, 12:69)
Saudara Bongsu Ditahan
Nabi Yusuf A.S. mempunyai rancangan dalam fikirannya. Baginda menyediakan persiapan untuk mereka kembali ke rumah dan memasukkan cawan minuman ke dalam karung bijirin adik baginda. Semasa tersebut hendak berangkat pulang , seorang lelaki menjerit "Cawan perak raja sudah hilang!" Semua orang berasa cemas. Saudara-saudara Nabi Yusuf A.S. berkata : "Kami bukan pencuri dan kami ke sini bukan untuk berbuat kejahatan" Salah seorang rakyat Mesir berkata: "Sesiapa yang didapati bersalah perlu ditahan sebagai hukuman." Semua orang bersetuju dengan hukuman tersebut" Mereka mula mencari dalam setiap karung bijirin pelanggan. Mereka akhirnya menemui cawan minuman yang hilang dalam karung bijirin adik Nabi Yusuf A.S. Saudara-saudaranya yang lain cuba meyakinkan Nabi Yusuf A.S. supaya tidak menahan adik mereka tetapi baginda tetap menolak dan meminta supaya mereka tidak melanggar perjanjian yang telah dibuat. Mereka berasa sangat sedih dan abang yang sulung telah mengambil keputusan untuk pulang bertemu bapa mereka dengan membawa berita sedih itu. Dia tetap berada di Mesir dan menghantar saudaranya yang lain untuk memaklumkan kepada bapa mereka tentang semua yang telah berlaku. Mereka pulang dan menyampaikanberita yang menggemparkan itu kepada bapa mereka. Tetapi baginda tetap menunjukkan kesabaran yang tidak pernah goyah.
"Ya'qub berkata: "Hanya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu. Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku; sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"" (Yusuf, 12: 83).
Walaubagaimanapun, baginda mengarahkan anak baginda bertanyakan khabar Nabi Yusuf A.S. dan adik bongsunya yang dirindui siang dan malam. Mereka pergi ke Mesir sekali lagi selepas beberapa minggu. Pada kali ini, mereka hanya mempunyai wang yang sedikit. Mereka meminta Nabi Yusuf A.S. membantu mereka. Mereka berpakaian comot dan kelihatan sangat menyedihkan. Firman Allah yang bermaksud:
"Maka ketika mereka masuk ke (tempat) Yusuf, mereka berkata: "Hai al-Aziz, kami dan keluarga kami telah ditimpa kesengsaraan dan kami dating membawa barang-barang yang tak berharga, maka sempurnakanlah sukatan untuk kami, sesungguhnya Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bersedekah."" (Yusuf,12: 88)
Nabi Yusuf A.S. Menolong Saudaranya dan memaklumkan identiti sebenar
Nabi Yusuf A.S. memang terkenal dengan sifat pemurahnya. Baginda mempunyai hati yang lembut dan mudah bersimpati. Baginda kasihan melihat mereka dan membantu mereka dengan ikhlas hati. Akhirnya baginda menerangkan dirinya yang sebenar.
"Mereka berkata: "Apakah kamu ini benar-benar Yusuf?". Yusuf menjawab: "Akulah Yusuf dan ini saudaraku. Sesungguhnya Allah telah melimpahkan kurnia-Nya kepada kami". Sesungguhnya barangsiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik." (Yusuf,12: 90).
Pada waktu itu, semua saudaranya ingin segera memberitahu bapa mereka tentang berita gembira tersebut. Semasa mereka hendak berangkat pulang, Nabi Yusuf A.S. telah mengirimkan baju baginda untuk disampaikan kepada bapa mereka. Yusuf berkata: "Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini, lalu letakkanlah dia ke wajah ayahku, nanti ia akan melihat kembali; dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku. " (Yusuf, 12: 93)
Saudara-saudaranya kembali ke rumah dengan semangat yang ceria. Nabi Ya'qub sangat gembira mendengar berita tersebut dan kembali bersinar matanya. Baginda berasa lega apabila dapat mencium bau Nabi Yusuf A.S. daripada baju yang dikirimkan. Anak-anak baginda memohon maaf dan mereka dimaafkan dengan hati yang terbuka.
Nabi Ya'qub A.S. bertemu Nabi Yusuf A.S.
Mereka akhirnya mengambil keputusan untuk menyelesaikan segalanya di Mesir. Mereka pun memulakan perjalanan ke Mesir dan disambut dengan meriah setelah tiba di sana. Nabi Ya'qub A.S. bertemu dengan anak baginda Nabi Yusuf A.S. setelah sekian lama terpisah. Baginda berkata:
" Maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf: Yusuf merangkul ibu bapanya dan dia berkata :"Masuklah kamu ke negeri Mesir, InsyaAllah dalam keadaan aman"" (Yusuf, 12: 99)
"Dan ia menaikkan kedua ibu bapanya ke atas singgahsana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf. Dan berkata Yusuf: "Wahai ayahku, inilah ta'bir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari gurun padang pasir, setelah syaitan merusakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta'bir mimpi. (Ya Tuhan). Pencipta langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh."" (Yusuf, 12: 100-101)
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I