Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Manusia bagai anai² bertebaran di hari kiamat


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Manusia bagai anai² bertebaran di hari kiamat



HARI kiamat pasti datang dan kita wajib mempercayainya. Kita umat Islam harus saling ingat mengingati petanda kedatangan hari pembalasan itu, yang masanya hanya diketahui dan ditetapkan Allah.

Dalam satu hadis, Rasulullah saw yang diriwayatkan Anas, bermaksud: sesetengah tanda hari kiamat ialah ilmu diangkat, berlaku kebodohan, perbuatan zina tersebar meluas, arak diminum berleluasa dengan rasa bangga, ramai lelaki meninggal dunia, jumlah bayi lelaki yang dilahirkan sedikit berbanding perempuan, jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki sehingga pada sesetengah tempat, ada 50 wanita untuk seorang lelaki.

Hadis lain turut menerangkan tanda kecil datangnya kiamat, iaitu apabila seorang hamba perempuan berkahwin dengan majikannya. Satu lagi hadis menyebut tanda hampir kiamat adalah apabila orang miskin yang mengembala kambing tiba-tiba menjadi pemimpin.

Pada permulaan hari kiamat, akan berlaku perubahan dalam susunan ketertiban alam secara menyeluruh. Ketika itu, terjadi beberapa peristiwa dahsyat.

Antara kejadian itu ialah peredaran alam yang sangat luar biasa, yang menjadikan manusia bingung. Ini termasuk matahari terbit dari Barat, kemunculan binatang ajaib yang boleh bercakap (rujuk surah an-Nahl, ayat 82), munculnya Imam Mahadi, dajal, Yajuj dan Majuj serta turun Nabi Isa.

Ketika itu juga, akan berlaku peristiwa yang tidak pernah terfikir oleh manusia seperti langit terbelah, bintang jatuh berselerakan, lautan meluap dan semua kubur terbongkar.

Pada saat itu juga, matahari akan digulung, bintang berjatuhan, gunung-ganang hancur bertaburan, unta bunting tidak dipedulikan, binatang liar dikumpulkan, catatan amal manusia dibuka dan semua bayi yang dikuburkan hidup-hidup bertanya kenapa mereka dibunuh.

Pada hari kiamat juga, berlaku kejadian ngeri apabila bumi digoncang, seperti firman Allah dalam surah al-Waaqiah, ayat 4 dan 5, yang bermaksud: Apabila bumi digoncangkan sedahsyatnya, gunung dihancur luluhkan sehancur-hancurnya.E

Salah satu kejadian dahsyat ketika kiamat mula-mula berlaku ialah mata manusia terbeliak ketakutan. Pada saat itu juga, bulan hilang cahayanya, lalu matahari dan bulan dikumpulkan.

Manusia juga akan huru-hara ketakutan dan ragu-ragu, hingga berbisik dalam hati ke mana mereka hendak lari, sedangkan ketika itu, tiada lagi tempat berlindung dan cuaca panas begitu terik sekali. Ketika itu, manusia bagaikan anai-anai bertebaran dan gunung-ganang bagaikan bulu bertaburan.

Selepas itu, berlaku satu lagi kejadian lebih dahsyat seperti yang difirmankan Allah dalam surah al-Muzzammil, ayat 14, yang bermaksud: Bumi dan gunung-ganang bergoncang dan jadilah gunung-gunung itu tompokan pasir berterbangan.
Firman Allah lagi yang bermaksud: Hari manusia pada ketika itu tersangat takut dan pandangannya tunduk.E(Surah az-Zumar, ayat 67).


__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard