Kita diberi fitrah untuk berikhtiar tapi Allah yang menentukan. Sebagai seorang wira kita perlu berani menempuhi kegagalan yang merupakan suatu penangguhan bagi mencapai cita-cita dan bukannya satu halangan. Kita harus menerima hakikat keadaan yang kita lalui sekarang ini dengan hati yang tabah.
Dalam apa jua situasi yang kita hadapi, seperti mengikuti sesuatu kursus ataupun bekerja di suatu organisasi, kita perlu meneruskan tanggungjawab dan tugas dengan sikap amanah dan komited tanpa penyesalan dalam diri kita.
Segala rintangan hendaklah ditempuhi dengan hati yang tabah dan sabar. Kita hendaklah bekerja keras dalam mengatasi segala keperitan ujian dan dugaan ALLAH s.w.t. Pendirian seperti ini akan membina kekuatan diri untuk mencapai kejayaan.
Dengan adanya semangat kesyukuran kita akan merasa lebih tenteram untuk menempuhi segala pelajaran atau pekerjaan yang kita hadapi. Dengan bersyukur kita juga akan menajamkan hasrat yang kita idamkan tanpa rasa ragu-ragu untuk mencapai kecemerlangan.
Jauhkanlah daripada perasaan hasad dengki atas kejayaan orang lain, terutamanya sesama Melayu tetapi tanamlah semangat berlumba-lumba atau membantu di antara satu sama lain untuk kebaikan dan keredaan ALLAH s.w.t.
Firman ALLAH s.w.t. dalam Surah Al-Maidah Ayat 2 yang bermaksud “Dan tolonglah dan bantulah di atas perkara-perkara kebaikan dan ketakwaan. Dan jangan tolong kepada perkara yang berdosa dan permusuhan".
Di antara tanda-tanda kesyukuran ialah apabila kita menghargai dan menjaga pemberian orang dengan baik iaitu pekerjaan, kemudahan mahupun harta benda. Kesyukuran dapat dilihat dari komitmen seseorang itu melalui perlakuan dan bukan sekadar percakapan.
Sesuai dengan Firman ALLAH s.w.t. dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat Ku kepada kamu, dan jika kamu kufur dan ingkar sesungguhnya azab Ku amatlah keras
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I