Berikut adalah beberapa sabda Junjungan kita, Rasulullah s.a.w. Muslimin dan muslimat, kajilah, fahamilah intipati sabda berikut buat pedoman kita di dunia yang penuh dugaan ini, mudah-mudahan kita mendapat kerahmatan dan kesejahteraan daripada Allah s.w.t.
Rasullulah s.a.w bersabda :
“ Sedekah itu bermula dengan dirimu, kemudian keluargamu. Jika berlebihan maka untuk kerabatmu dan seterusnya”. ( Sahih. R.Nasaai )
Rasullulah s.a.w bersabda : “Bertaqwalah kamu kepada Allah dan berlaku adillah dalam ( hal ) anak-anakmu” ( Sahih. R Bukhari & Muslim )
Rasullulah s.a.w bersabda : “Bertaqwalah kamu kepada Allah, lakukanlah solat lima ( waktu ) mu, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakatmu dengan senang hati, taatilah orang yang memegang urusanmu, engkau akan masuk syurga Tuhanmu”. ( Sahih. R.Tirmidzi, Ibnu Hibban & Haakim )
Rasullulah s.a.w bersabda : “ Orang yang paling mulia adalah orang yang paling bertaqwa” ( Sahih. R.Bukhari & Muslim )
Rasullulah s.a.w bersabda : “Ibadat yang paling utama adalah berdoa” ( Sahih R.Haakim, Ibnu’Adi & Sa’d)
Rasullulah s.a.w bersabda : “ Ada tiga tanda orang munafik :
apabila ia berbicara ia dusta,
apabila ia berjanji ia mungkir
apabila dipercaya ia khianat”.
( Sahih R.Bukhari, Muslim & Tirmidzi )
Rasullulah s.a.w bersabda : “Barangsiapa dari umatku membaca selawat ke atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan, mengangkat untuknya sepuluh darjat”. ( Sahih. R.Ahmad )
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I