Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Nur Syaaban: Malam 15 Syaaban penuh keampunan, rahmat


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Nur Syaaban: Malam 15 Syaaban penuh keampunan, rahmat


MALAM 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban yang jatuh pada malam ini adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam. Ini kerana ia adalah malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.


Mengikut ulama, malam Nisfu Syaaban, mempunyai lebih 20 makna. Antaranya, Lailatul-Mubarakah (Malam Keberkatan), Lailatul-Baraah (malam pelepasan), Lailatul-Qismah wal-Taqdir (malam pembahagiaan dan penentuan) dan Lailatul-Takfir (malam mengkifaratkan dosa).


Lailatul-Ijabah (malam diperkenankan doa), Lailatul-Syafaah (malam syafaat), Lailatul-Idil-Malaikah (malam raya malaikat) dan Lailatul-Hayat (malam hidup) iaitu tidak dimatikan seseorang antara waktu Maghrib dan Isyak bagi mereka yang menghidupkan malamnya.


Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Fitri dan Adha), tidak dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati."


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud: "Malaikat Jibril datang kepadaku pada malam pertengahan Syaaban dan berkata kepadaku: Ya Muhammad! Dongakkanlah kepalamu ke arah langit."


"Aku bertanya: Apakah malam ini? Jawab Jibril: Pada malam ini Allah membukakan 300 pintu dari pintu rahmat dan sesiapapun juga, melainkan ahli sihir, ahli nujum, pemabuk arak, orang yang berterusan mengambil riba dan berterusan melakukan zina. Adalah sekalian mereka itu tidak akan diampunkan hingga mereka bertaubat.”


Diriwayatkan dalam beberapa hadis di mana Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya doa pada malam ini tidak ditolak sama sekali."


Malam 15 Syaaban ini yang dipenuhi keampunan dan rahmat Allah, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca kalimah syahadah, surah Yassin, beristighfar, selawat, tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.


Surah Yassin dibaca bagi memohon kepada Allah tiga perkara iaitu ditetapkan iman kepada Allah, dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah dan dikurniakan rezeki yang halal. Ini kerana mengikut sesetengah ulama, pada malam itulah ditukar atau ditentukan umur dan rezeki bani Adam.


Sebenarnya, Nisfu Syaaban adalah malam dilimpahi rahmat, penuh kemuliaan dan kelebihan hingga doa dikabulkan.


Sabda Rasulullah bermaksud: "Jika tiba malam pertengahan Syaaban, maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat), berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia.


Firman Allah bermaksud: “Siapa yang memohon keampunan, maka Aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka Aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya, adakah kamu... adakah kamu (berturutan pertanyaan daripada Allah walaupun sepanjang tahun memerhatikan perihal manusia, pada malam penuh berkat itu, keprihatinan-Nya kian bertambah lantaran Allah memberikan kemuliaan yang sempurna dan menunggu ibadat orang yang beriman.


Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh.


"Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dangan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”

Keagungan Syaaban dengan malam Nisfu Syaaban adalah seperti Rejab dengan malam Israk Mikrajnya dan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadar. Pada malam Nisfu Syaaban datang Jibrail kepada Rasulullah lalu berkata: "Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan pintu langit."

Dalam kitab Iq'na juga dinyatakan bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah kali kedua dan berkata: “Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu, angkatkan kepalamu. Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.”

Dalam riwayat yang lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.
1. Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.

2. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.

3. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.

4. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.

5. Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis kerana takutkan Allah pada malam ini.

6. Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.

7. Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu.

8. Dan pada langit yang kelapan Malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya? Aku bertanya pada Jibrail, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) ?


Maka jawab Jibrail: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi, pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab. (Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing).

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya."

Sabdanya lagi: "Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya."

Allah S.W.T pula telah berfirman: "Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya, adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya. Demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh."

Tersebut dalam kitab Al-Baroka bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa pada hari Nisfu Syaaban.

Amalan pada malam Nisfu Syaaban
Malam nisfu Syaaban ini perlu dihidupkan dengan membaca Surah Yassin tiga kali selepas sembahyang fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yassin akan dibaca doa.


1. Baca Yassin niatkan utk pjg umur dlm mentaati Allah
2. Baca Yassin, niatkan luaskan rezeki yg halal dan diberkati, doa Yaasin.
3. Baca Yassin, niatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan mati dlm husnul khotimah



Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berzikir dan membaca Al Quran beramai-ramai.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Allah s.w.t memperhatikan hamba-hambaNya pada malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban), lalu Dia mengampunkan dosa hamba-hambaNya kecuali dua jenis manusia iaitu orang yang menyimpan perasaan dendam dan pembunuh.

(Hadis riwayat Imam Ahmad).



__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard