Ketika Ibrahim bin Idham (seorang sufi) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: " Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?". Jawab Ibrahim : "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:
- Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya. - Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya. - Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya. - Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya. - Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya. - Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri. - Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka. - Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya. - Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur- Nya. - Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I