Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Rupa Manusia yang dihalau di Padang Mahsyar...


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Rupa Manusia yang dihalau di Padang Mahsyar...


- Ditukar rupa menjadi wajah kera.  Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.
 
- Ditukar rupa menjadi wajah babi.  Mereka adalah kalangan mereka yg suka memakan harta anak yatim.
 
- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.  Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.
 
- Dihalau dalam keadaan buta dan tonton (diiring).  Mereka adalah kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.
 
- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.  Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.
 
- Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan.  Mereka adalah pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
 
-  Dihalau dalam keadaan terpotong kedua˛ kaki dan tangan.  Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.
 
- Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.  Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepimpinannya.
 
-  Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas.  Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.
 
Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada di dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia.  Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.
 
Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud :
"Dan barang siapa berpaling dariapda peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.  Berkatalah ia : Ya Tuhanku, mengapakan Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu adalah seorang yang melihat? 
 
Allah berfirman :
"Demikianlah telah datang kepadamu ayat˛ Kami maka kau melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."
 
Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia ke Padang Mahsyar, jangan sekali˛ menganggap ringan kerana memikirkan perkara itu belum pernah berlaku.  Bagaimanapun Allah telah berfirman dalam Al-Quran ia pasti berlaku.
 
Firman itu bermaksud :
"Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada mereka."
 
Umat Islam sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila sampai waktunya.  Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing˛, maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.
 
Keadaan mereka itu berbeza-beza.  Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan menggunakan mukanya.  Pendek kata semua mengikut amal perbutan ketika hidup dulu.
 
Seperkara lagi yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah mereka tidak akan mendapat perlindungan.  Matahari terlalu hampir dengan ubun kepala.  Tidak hairan lah ada yang berpeluh kerana kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga sampai ke kaki, lutut, dada, leher mahupun sekadar bahagian muka saja.
 
Sewaktu dalam penantian persidangan itu, kelihatanlah wajah mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam.  Keadaan itu samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan.  Takut serta bimbang sentiasa bermain˛ pada fikiran.
 
Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak siapa yang dapat melepaskan diri.  Bukan itu saja, malah untuk mencari pohon tempat berteduh juga tidak ada.  Siapa saja akan tetap diadili dan bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.
 
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat˛ Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi dalam mendustakan ayat-ayat kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok)." - (surah An-Naml:83).
 
BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN TERSEBUT...
 

__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard