Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cecahkan dahi ke sejadah


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Cecahkan dahi ke sejadah


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan.
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan.
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih.  Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih.
Walaupun orang yang hadir itu merintih.
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah.
Dengan empat kali takbir dan satu salam.
berserta Fatihah, Selawat dan doa.
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah.
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat.
Usunglah dirimu ke tikar solat.
Sebelum kamu diusung ke liang lahad.
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat.
Iringilah dirimu ke masjid.
Sebelum kamu diiringi ke Pusara.
Tangisilah dosa-dosamu di dunia.
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan.
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan.
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan.
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal.
Bukan yang pergi.
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan.
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan.
Ingatlah di mana saja kamu berada.
Kamu tetap memijak bumi Tuhan.
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan.
Serta menikmati rezeki Tuhan Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya.
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah.
Lalu menjadi seketul daging.
Lalu daging itu membaluti tulang.
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.
Yang kalau jatuh ke tanah.
Ayam tak patuk itik tak sudu.
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.
Yang lebih agung dari malaikat.
Lahirmu bukan untuk dunia.
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'  dengan penuh rela dan bersedia.
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'  jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal.
Menjadi bekal sepanjang jalan.
Menjadi teman di perjalanan.
Guna kembali ke pangkuan Tuhan.
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera .
Isteri, kad kredit dan kereta, kondominium, saham dan perniagaan
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,


paham maksud tazkirah nih...terimakasih daun keladi....kalo lapang post tazkirah lagi...biasak la manusia nih perlu sentiasa diberi peringatan baru senang lekat di minda...



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Terima kasih kerana mengingatkan....

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard