Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?


Peringatan buat diri saya sendiri dan kawanČ...

"Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan
oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda
yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka
layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:-

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan
kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam
masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh
mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. - ni dah biasa
berlaku

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada
saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah
(puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang
tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak
kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum
itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu,
kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan
dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.



__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard