Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Susuk memakan diri


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Susuk memakan diri


PENGAMALAN tahyul di kalangan orang Melayu telah iwarisi sejak turun
temurun malah ia sinonim dengan malan sesetengah masyarakat di
Indonesia.

Meski jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana ia menyekutukan
Allah namun perbuatan ini berakar umbi dalam jiwa pengamalnya.
Tujuan ilmu pengasih yang diamalkan oleh lelaki mahupun wanita
adalah untuk menampilkan wajah cantik atau menundukkan orang lain.

Maknanya apabila bertentangan mata dengan si pengamal tidak semena-
mena jatuh kasih ataupun lemah hati. Dalam sesetengah kes ia
diamalkan untuk menguasai seseorang di mana perkataan yang terucap
keluar akan menimbulkan belas atau kekaguman si pendengar.

Ilmu pengasih yang diamalkan oleh isteri supaya suami bertambah
kasih dinamakan tilawah. Masyarakat Melayu mengenalinya sebagai
nasi tangas. Akibatnya suami seperti orang bodoh dan menurut apa
sahaja kehendak isteri. Lazim perkara ini dilakukan oleh isteri yang
cetek agama dan jahil tentang hukum haram mengenai perbuatan
kufurnya itu.

Susuk, antara ilmu sihir untuk menampilkan wajah awet muda, cantik
menawan dan kebal. Menurut pakar perbidanan tradisional, Oomi
Jannah, susuk cukup terkenal di kalangan wanita yang enggan menerima
hakikat kejadian manusia itu cukup indah di mata pencipta-
Nya. "Memang ada wanita moden yang masih mengamalkan pemakaian susuk
walaupun tahu kesan yang akan dialami" katanya.

Kumpulan ini sebenarnya malas berusaha mengekalkan kecantikan
sebaliknya inginkan serba menawan dalam sekelip mata. Susuk
dikategorikan dalam amalan sihir berupa bahan-bahan logam seperti
jarum, serbuk emas, jarum tembaga, intan atau berlian dimasukkan ke
dalam wajah atau tubuh yang disertai dengan jampi mantera tanpa
mencederakan si pemakai.

"Selalunya untuk mencantikkan wajah, susuk ditanam di bahagian pipi,
dagu ataupun bibir. Ada juga yang dimasukkan ke bahagian payu dara
dan alat sulit atas tujuan mengikat nafsu suami daripada makan
luar," katanya. Susuk menaikkan seri lazim diamalkan oleh golongan
bangsawan dan artis wanita. Lelaki pula memilih susuk untuk kebal,
berani, tahan dipukul atau mampu mengalahkan lawan dengan mudah.

Susuk diikat pantang larang, andai melanggarnya si pemakai akan
mendapat wajah yang lebih hodoh daripada asal. "Saya pernah
menyaksikan azabnya seorang wanita yang memakai susuk untuk mengawal
suami. Nazaknya ketika menghampiri maut terlalu seksa dan pedih,"
ceritanya.

Ia lebih mengharukan dan suasana kelam-kabut kerana bomoh yang
memakaikan susuk telah pun meninggal dunia. "Perkara aib begini
seharusnya tidak berlaku di kalangan orang Islam," tegasnya kesal.
Oomi Jannah tidak menafikan, di kalangan artis paling popular untuk
mendapatkan perkhidmatan susuk. Namun ilmu susuk tidak dipelajarinya
dan selalunya beliau menyarankan wanita mandi bunga. "Jangan
sesekali menjadikan penyebab mandi bunga seseorang itu akan
kelihatan cantik atau akan bertemu jodoh. "Tujuan mandi bunga adalah
untuk mengeluarkan aroma yang terdapat di dalam bunga dan sekali gus
menyegarkan tubuh." Apabila segar, katanya, penampilan lebih
meyakinkan dan ceria apabila berkomunikasi atau bertemu dengan
orang. Setiap bunga mempunyai keistimewaan aroma tersendiri. Seperti
bunga melur tambahnya, mempunyai semangat pengantin baru dan
mengeluarkan haruman semerbak. "Wangian melur dapat menaikkan nafsu
syhawat pengantin. Begitu juga cempaka dan tanjung, aromanya begitu
memikat. Kita bukan percaya kepada bunga kerana ia syirik tetapi
ambil baunya untuk haruman tubuh," pesannya. Beliau menasihatkan
untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan
sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. Kalau mahukan
wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Sebagai
pendinding pula bacalah sebelum dan bangun tidur selawat 21 kali ke
atas nabi, al-Fatihah, surah al-Ikhlash, An-Naas dan al-Falaq. Insya-
Allah jika terkilas pun ilmu sihir mampu ditepis.







__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard