Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mutiara Minda


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Mutiara Minda


Teringat pesan ayahanda... "Sudahkah di Qada' Solat yg lepas-lepas?
Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita
sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..."
Subhanallah, betapa alpa nya kami... Sesungguhnya Engkau maha
penerima taubat...

Peringatan buat diriku yg sering lupa...Adakah kita seorang Islam?

Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai
masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan
kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia,
kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yg sebenar.. apakah
pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yg berebut-rebut menagih
ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yg kita
cari. Dunia yg semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula
daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad...
fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini
sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar
menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir
bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?
Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan
ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat,
bijak, rajin... walhal semuanya adalah kurniaan Allah. Segala
kelebihan yg ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita
fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yg tidak bersyukur. Adakah
kita yakin kita seorang Islam?? Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak
mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula
menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah
dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai
perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah...
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada
Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu
tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yg berasal dari
sekepal tanah yg hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan
Allah???? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita
masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut
ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf...
Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut. Tidak
malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya.
Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yg berjaya
memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan
pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka
kepada mereka yg tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh
menyebabkan dosa.

Dosa!!! Kita tidak takut dosa. Berapa banyak amalan kita yg boleh
menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk
menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah
kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat
maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak
ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup
aurat? Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?

Kita makan ... ** kita yakin rezeki yg kita jamah diredhai Allah?

Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum
seperti yg kita minum sekarang?

Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam DIPLOMA, DEGREE, MASTERS, PASCAL, LOGIK, TITAS,
C++,... * kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya
fitnah kubur?

Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela
kita di hari akhirat?

Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik
nikmat kesihatan?

Siapa Kita??? Kita adalah manusia yg berasal dari sekepal tanah yg
hina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan
tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah
untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah
menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yg
PASTI! Siapa kita?? Wallahu'alam –

ibu utama
A) Nabi S.A.W bersabda yg bermaksud :

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran

C) Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang yg tidak melakukan solat pada :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yg bersinar
Zuhur: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Al-Quran: Sembahyglah sebelum kau disembahygkan oleh orang lain.






__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard