Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Peringatan Jibrail Mengenai Neraka Jahannam


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Peringatan Jibrail Mengenai Neraka Jahannam


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yg ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi
s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya
Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu besar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa aman daripadanya."

Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus
engkau dgn hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah
yg mengutus engkau dgn hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yg mengutus engkau dgn hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu
diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg
ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dgn hak, andaikan seorang di
hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yg di
hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan
pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yg tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap
pintu lebih panas dari yg lain 70 kali ganda (iaitu yg lebih bawah
lebih panas)."

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg
kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta
keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah"

"Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim"
"Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat
tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu
kelima orang Yahudi bernama Huthomah."
"Pintu keenam tempat orang Nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail
diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak
kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-
orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat
bertaubat."

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w bersabda: "Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummatku yg akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian
Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dgn orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tidak dapat bertahan dgn panasnya terik matahariKu.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

01. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
02. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
03. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
04. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
05. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
06. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
07. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
08. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
09. Di dalam mulut setiap ular yg panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yg hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Nastaghfirullah




__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard