Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Redha Terhadap Qada' dan Qadar Allah.


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Redha Terhadap Qada' dan Qadar Allah.






Dipetik dari buku 111 Wasiat Rasulullah SAW untuk Wanita Solehah
ditulis oleh Dr Kasmuri selamat. Moga dapat memberi manfaat.

Redha Terhadap Qada' dan Qadar Allah.

Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah wajib
hukumnya dan merupakan tandanya iman di dlm hati seseorang. Dlm
sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:

"Barangsiapa yg tidak meredhai qada'-Ku dan tidak bersabar atas
bencana yg Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yg lain selain
daripada-Ku" (HR Tabrani)

Dlm Al-Quran Allah berfirman:

Maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji? Dan
susungguhnya kami telah menguji orang˛ yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org˛ yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org˛ yg berdusta (dlm keimanannya)"

Dengan berdasarkan ayat diatas, Rasulullah SAW telah bersabda:

"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu
bencana (bala), sebagaimana seorang kamu mencuba (menguji) emas
dengan api. Maka diantara mereka ada yg keluar seperti emas asli,
iaitu mereka yg dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara
shubahat, dan ada diantara mereka yg keluar seperti emas hitam
(palsu), iaitu bagi mereka yg mendapat fitnah." (HR Tabrani)

------------------------------------------------------------
Nota kaki:

Ada masa dlm kehidupan dugaan datang melanda dan bertimpa-timpa
sehinggakan kita rasa tak mampu nak menghadapinya terasa hampir
putus asa. Pada ketika tu ingatlah selalu bahawa apabila kita
diduga, ia juga bermaksud Allah sedang dan selalu memerhatikan kita.
Dia ingin kita menjadi yg terbaik, Dia ingin kita memperbaiki diri
kita dan Dia mahu kita kembali memohon dan berdoa pada Dia. Dia
sedang memberi kita peluang untuk memperbaiki hubungan kita dengan
Dia. Dugaan datang dengan sebab bukan kebetulan. Tabahkan hati
kuatkan semangat dan kukuhkan iman. Berdoa dan berharap agar Allah
sentiasa membantu kita untuk kembali ke jalan yg benar jalan yg
diredhai dengan dia. Sesungguhnya setiap penyakit, bala dan dugaan
merupakan kiffarat dosa kita yg lalu. Moga Allah sentiasa melindungi
dan membimbing kita ke jalan-Nya

Saya ingatkan diri saya lebih dari orang lain. Perbetulkan saya jika
saya salah. Sesungguhnya yg baik itu dari Allah, dan yg buruk itu
berlaku dengan izinNya tapi diatas kelemahan diri saya sendiri.
Doakan agar kita sama sama berjaya dunia akhirat. Amin...





 

__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard