Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: " Seseorang yang ahli di dalam al-Qu'ran akan berada di kalangan para malaikat yang mana mereka itu adalah pencatit- pencatit mulia dan lurus, dan seseorang yang tidak lancar di dalam membaca al-Qu'ran dan terpaksa bertungkus-lumus mempelajarinya akan mendapat ganjaran yang dua kali ganda,"
Keterangan
"Seseorang yang ahli di dalam al-Quran" bermakna seseorang yang cekap menghafal dan juga membacanya. Adalah lebih terpuji jika seseorang itu menguasai makna dan juga kepentingannya."
"Akan berada di kalangan malaikat-malaikat" bermakna seumpama malaikat-malaikat yang memindahkan al-Qu'ran daripada Luh Mahfuz (kitab yang terpelihara di sisi Allah), ia juga menyampaikannya kepada orang lain melalui pembacaannya, dengan ini kedua-duanya mempunyai pekerjaan yang sama, atau ia akan berada bersama-sama dengan malaikat-malaikat di hari pengadilan.
Seseorang yang tidak lancar akan mendapat ganjaran dua kali ganda. Satu untuk pembacaannya dan satu lagi kerana usahanya membaca al- Quran walaupun ia tersekat-sekat beberapa kali. Ini tidaklah bermakna bahawa ganjaran untuknya akan melebihi daripada seseorang yang ahli.
Ganjaran untuk orang yang ahli yang dinyatakan adalah begitu tinggi sekali sehingga ia akan berada di kalangan para malaikat yang khusus. Penjelasannya adalah bahawa di dalam usahanya membaca al-Quran di samping segala kesukaran-kesukaran dan pembacaan yang tersekat-sekat akan mendatangkan ganjaran yang berasingan. Dengan demikian, membaca al-Quran sepatutnya janganlah ditinggalkan.
Oleh itu, kita sebagai hamba Allah perlulah berusaha membaca al- Qur'an lebih sempurna... bahkan sekiranya kita menyebut ayat al- Qur'an tanpa sebutan yang betul ianya akan merubah maknyanya... sedangkan apa yang kita sebut dlm a-Qur'an ada ayat-ayat yg menyatakan nama-nama Allah... Apakah yg terjadi sekiranya apa yg kita sebut tu nama Allah... dan tersilap pula sebutannya... maka maknanya pun boleh berubah... Bagaimana pula nama kita disebut dgn sebutan yg tidak betul, so mestilah kita akan marah... so harapnya kita hendaklah cuba memperbaiki bacaa al- Qur'an demi perlaksanaan ibadah kita yang lebih sempurna dan menjadi hamba Allah terbaik dalam ibadah.
Mullah Ali Qari telah mengeluarkan semula daripada riwayat Tabrani dan Baihaqi bahawa seseorang yang payah untuk menghafal al-Quran tetapi terus juga mempelajarinya di dalam hati akan mendapat dua kali ganda ganjarannya. Begitulah juga seseorang yang ingin untuk menghafalnya tetapi tidak ada kebolehan untuk melakukannya, tetapi tidak berputus asa daripada membacanya akan dikira oleh Allah Yang Maha Kuasa sebagai termasuk di kalangan para hafiz (huffaz) di hari Kebangkitan semula kelak.
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I