Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 2 Malaikat


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
2 Malaikat


Rasulullah s.a.w. ada bersabda, Setiap anak Adam akan dijaga oleh
dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari
yang sebelah kiri.

Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di
sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan
katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah
kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5
kesalahan.

Malaikat yang di kiri bertanya lagi,
"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"
Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan
kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan
akan mendapat 10 pahala.

Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan
dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini
sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah
tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan
keseronokkan serta kemewahan dunia.

Al-Quran: "Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".





__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard