Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Menjana isteri solehah dalam dunia ketemporari


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Menjana isteri solehah dalam dunia ketemporari


Dalam penghidupan manusia sejagat,lelaki dan perempuan berpasang
pasangan bagi memenuhi tuntutan fitrah semulajadi.Segan ataupun malu
kita sebagai anak gadis harus menerima setiap tahap penghidupan kita
sebagai seorang wanita.Antara tahap yang bakal kita lalui ialah
sebagai seorang isteri kepada sang suami,tetapi bagaimanakah kita
untuk mencapai taraf sebagai isteri solehah yang di kehendaki oleh
agama kita?...

Kenapa disyariatkan sebuah perkahwinan?

· Menjaga nilai kemanuasian
· Menyelamat nasab keturunan daripada tercemar
· Menwujudkan kerjasama dikalangan suami isteri
· Melaksanakan sunnah Nabi Muhammad SAW
· Menghindari dari sebarang penyakit yang berkaitan.

Panduan untuk kita ikuti
01. Manhaj al-Quran al-Karim
Di dalamnnya terkandang banyak petunjuk dan pedoman untuk kita
ikuti. Salah satunya surah an-Nisa,at-Talaq dan lain-lain.

02. Sunnah Nabawiyyah
Carilah mana-mana hadith yang berkaitan dengan dunia wanita kerana
Saidatinah Aisyah sendiri merupakan seorang berpengetahuan luas
dalam hukum-hukum berkaitan dengan kewanitaan sepertimana pernah di
riwayatkan beliau telah mengajar seorang wanita Arab pada untuk
mandi hadas besar/mandi junub secara hakiki.

Bagaimana untuk menjana isteri yang solehah?
01. Seorang isteri hendaklah mempunyai ilmu-ilmu rumahtangga.
Ilmu-ilmu yang dapat memperindahkan lagi susasan rumahtangga yang
hormani. Ilmu ini banyak kita perolehi contohnya bertanya daripada
orang-orang yang telah lama berkahwin ataupun melalui pembacaan

02. Penjagaan diri dalaman dan luaran
Seorang isteri hendaklah menjaga dirinya dari luar dan dalam agar
dapat menambat hati suami. Contohnya senantiasa membersihkan tubuh
badan dan berbau wangi.

03. Moral dan akhlak
Dalam hal ini, segala tingkah laku isteri haruslah terjaga.Apabila
bergelar seorang isteri kepada seorang suami,semuanya akan berubah
tidak akan sama pada zaman bujangnya. Tangungjawab pada suami
didahulukan.

04. Spiritual dan kesabaran
Dalam hal ini ketaatan dan kepimpianan dalam menjadi sayap kiri
suami harus cekap. Pandai menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik
tanpa menimbulkan pertelingkahan. Seorang isteri harus membentuk
kendiri, memahami psikologi lelaki kerana penghidupan adalah berdua
bukannya hanya memntingkan perasaan sendiri.

05. Meletakkan ajaran agama sebagai asas
Agama Islam telah mengajar kita tentang tangungjawab seorang isteri
terhadap suami dan sebaliknya. Apabila kita mengamalkan agama maka
secara totalnya kita mengamalkan isi kandungannya.

Berkata Said Hawa, usrah solehah adalah terdiri daripada
01. Thaqafah dan ilmu
02. Akhlak
03. Mempunyai wawasan masa depan
04 .Penyusunan dan penyatuan hidup
05. Pelaksanaan

Ciri–ciri usrah solehah :
01. Pemilihan pasangan berasaskan orang yang bergama
02. Sentiasa kukuh dan teguh perhubungan
03. Hidup dalam suasana riang,tenteram,damai dan hormani
04. Memelihara syariat
05. Memandang dan menghormati agama
06. Dakwah dan tarbiyyah terlaksana
07. Senantiasa mengingati dan mensyukuri nikmat Allah SWT






__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard