ERTI DOA IFTITAH : Allah maha besar dengan segala kebesaranMu Segala puji hanya bagiMu ya ALLAH , yang tidak terhitung banyaknya Maha suci ALLAH diwaktu malam dan siang. Aku hadapkan wajah dan diriku hanya kepada ALLAH Yang menjadikan langit dan bumi dan diantaranya Aku adalah muslim yang sejati Bukan dari kalangan orang-orang musyrik (yang menyengutukanNYA). Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku Kesemua semata-mata keranaMu ya ALLAH Tuhan sekelian alam. Tiada aku menyekutukan Mu Sepertimana perintahMu kepadaku Dan aku adalah dalam golongan orang-orang muslim.
ERTI BACAAN FATIHAH : Segala puji-pujian hanya untukMu ya ALLAH Tuhan sekelian alam Engkau yang maha pengasih dan maha penyayang Raja, yang menguasai hari pembalasan (qiamat) Hanya kepadaMu kami menyembah Dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat, kejayaan dan kmenangan Bukan jalan-jalan orang-orang yang Engkau murkai Dan orang-orang yang sesat. Kabulkanlah doa kami.
ERTI BACAAN DALAM RUKU'. Maha suci Tuhanku yang maha hebat Segala puji hanya untukMu.
ERTI BACAAN DALAM IKTIDAL. Allah maha mendengar puji-pujian keatas Nya Ya ALLAH , segala puji-pujian hanyalah untukMu.
ERTI BACAAN DALAM SUJUD. Maha suci Tuhanku yang maha tinggi kedudukanNya dan maha menguasai. Segala puji hanya untukMu.
ERTI BACAAN ANTARA DUA SUJUD. Tuhanku Ampunilah segala dosa-dosaku Rahmatilah keatasku Elokkan keadaanku Muliakan diriku Berilah petunjuk kepadaku
Selamatkan aku dari segala bencana Dan ampunkan segala dosa-dosaku.
ERTI TAHIYYAT. Segala kehormatan yang amat berkat Segala sembahyang dan amal yang baik Semua hanya keranaMu ya ALLAH. Salam sejahtera keatasmu wahai sekelian para nabi Dengan limpah kurnia rahmat serta berkat dari ALLAH. Salam sejahtera keatas kami Dan hamba-hamba ALLAH yang beramal ibadah Dengan amalan yang soleh Aku BERSAKSI TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH Dan Muhammad itu pesuruh ALLAH.
SELAWAT IBRAHIMIAH. Ya ALLAH ya Tuhanku Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia , Muhammad saw Juga ke atas ahli keluarga baginda yang mulia Sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad Seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim Sesungguhnya Engkau ya ALLAH , yang amat terpuji lagi amat mulia.
ERTI BACAAN QUNUT. Ya ALLAH Kurniakan aku petunjuk dan hidayahMu Bersama-sama mereka yang Engkau beri petunjuk dan hidayah Selamatkanlah aku bersama-sama mereka yang telah Engkau selamatkan Kurniakan pertolongan kepadaku bersama mereka yang telah Engkau beri pertolongan Berkati bagiku segala apa yang telah Engkau kurniakan Pelihara aku dari kejahatan yang telah Engkau tentukan Sesungguhnya Engkau maha menghukum dan bukan Engkau yang di hukum. Tiada hina mereka yang Engkau tolong dan Tiada mulia pula mereka yang Engkau musuhi Segala ketinggian hanya bagiMu Segala puji dan syukur atas apa yang telah Engkau kurniakan Ampunilah aku dan terimalah taubatku
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I