Pengajian tauhid kita pada kali ini ialah mengenai sifat yang kelima yang wajib bagi Allah SWT iaitu sifat Qiamuhu Taala Binafsihi. Ertinya ialah `berdiri Allah SWT itu dengan sendirinya'. Dalam lain- lain perkataan, ia memberi erti bahawa Allah SWT itu tiada berhajat kepada kepada tempat berdiri dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia.
Di sini hendaklah kita ingat benar-benar bahawa Qiamuhu Taala Binafsihi ini tidak boleh kita bawakan pengertiannya kepada sifat makhluk. Adapun berdiri dengan sendiri yang berlaku pada makhluk kita ertikan sebagai dia bangun daripada keadaan duduk tanpa bantuan sesiapa. Ini dikatakan dia berdiri dengan sendiri. Tetapi berdiri dengan sendiri yang berlaku padfa Allah SWT tidak demikian.
Allah SWT itu berdiri dengan sendiri dalam ertikata bahawa Allah tidak kerkehendak kepada zat tempat Dia berdiri. Dan Allah SWT tidak memerlukan yang menjadikan Dia. Yang sebenarnya, memang tidak ada siapa yang menjadikannya. Sebagai perbahasan semata, kalaulah sekiranya Allah SWT itu memerlukan zat tempat Dia berdiri, ini memberi erti bahawa Allah SWT itu bukan lagi zat tetapi adalah sifat. Kerana yang memerlukan kepada zat tempat berdiri adalah sifat. Adapun sifat adalah berdiri pada zat.
Sedangkan dahulu, kita telah bahaskan bahawa Allah SWT itu bukan sifat tetapi adalah zat. Kerana itu, kita tidak boleh mengatakan bahawa Allah SWT memerlukan kepada tempat berdiri kerana yang memerlukan kepada tempat berdiri adalah sifat. Tetapi Allah SWT itu bukan sifat. Kemudian yang dikatakan yang Allah SWT itu tidak memerlukan kepada yang menjadikan Dia. Kalaulah SWT itu memerlukan kepada yang menjadikanNya, maka dengan sendirinya kita telah mengatakan bahawa Allah SWT itu adalah baharu. Kalau begitu Allah bukan Tuhan lagi kerana Dia dijadikan. Sedangkan Tuhan yang sebenarnya, tiada ada yang menjadikanNya. Oleh itu, kerana Allah SWT itu tidak ada siapa yang menjadikanNya, maka Dia tidak berhajat kepada yang menjadikanNya.
Tegasnya Allah SWT itu adalah terkaya dengan sendirinya. Dia tidak memerlukan kepada tempat berdiri dan tidak memerlukan kepada yang menjadikan-Nya, kerana sememangnya Allah SWT itu tidak ada siapa yang menjadikanNya. Kerana Allah SWT itu terkaya dengan sendirinya. Dia tidak berhajat kepada apa sahaja, sama ada perbuatanNya mahupun pada hikmahNya.
Oleh yang demikian juga, AIlah SWT itu tidak berhajat kepada segala suruhan dan perintahNya. Begitu juga Allah SWT tidak berhajat kepada setiap perintah laranganNya. Sebaliknya, yang berhajat kepada semua perintah suruh dan larang itu adalah makhluk seperti manusia ini.
Jadi, Allah SWT menjadikan undang-undang dan peraturan-peraturan hidup yang berbentuk suruh dan yang berbentuk larang. Semua itu adalah untuk keselamatan manusia sama ada keselamatan di dunia mahupun keselamatan di Akhirat. Tidaklah Allah itu mendapat faedah atau manfaat darinya tetapi faedah dan manfaat itu adalah kembali kepada manusia itu sendiri.
KESELAMATAN
Begitu juga, setiap kejadian atau peraturan dan undang-undang yang Allah jadikan itu ada dengan hikmah-hikmahnya, tetapi hikmah-hikmah itu sendiri bukan untuk Allah SWT tetapi adalah untuk manusia juga. Dan semua itu adalah merupakan kelebihan serta rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hambaNya jua. Ada pun kasih sayang Allah SWT itu kepada hamba-hamba-Nya tidak ada ukurannya pada manusia. Sebab itulah sebagai menggambarkannya kepada manusia, Ra sulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya:"Allah SWT berkata di dalam hadith.Qudsi, "Aku lebih kasihkan hambaKu daripada seorang ibu kasihkan anaknya."
Seorang ibu memang kasih kepada anaknya hingga sanggup berbuat apa saja untuk anaknya. Kalau anak itu menangis di waktu malam, dia sanggup berjaga malam. Namun, walau macam mana sekali kasih seorang ibu itu kepada anaknya, kasih Allah kepada hamba-Nya adalah lebih dari itu.
Jadi, sebagai tanda rahmat dan kasih sayang Allah yang begitu besar, maka Allah datangkan peraturan dan undang-undang untuk hambaNya, bagi menjamin keselamatan hidup mereka di dunia dan juga di Akhirat. Sejak dari Nabi Adam A.S. hinggalah kepada Nabi Muhammad S.A.W., peraturan itu Allah datangkan, cuma antara satu Nabi dengan satu Nabi yang lain, peraturannya tidak sama tetapi adalah sentiasa berubah mengikut pertambahan manusia dan mengikut pengalaman hidup manusia dari masa ke masa. Sampai kepada Rasulullah S.A.W. peraturan itu dilengkap dan disempurnakan sepertimana Allah firmankan, maksudnya; "Pada hari itu Aku sempurnakan untukmu agamamu, Aku cukupkan nikmatKu untukmu dan Aku redhakan Islam itu menjadi agamamu." (Surah AI Maidah: 3)
Peraturan hidup yang Allah datangkan untuk kesejahteraan hidup manusia itu, dinamakan syariat Islam. la mengandungi perintah- perintah yang berbentuk fardhu dan sunat serta larangan-larangan yang berbentuk haram dan makruh. Ia juga mengandungi perkara-perkara yang sah dan batal, yang halal dan haram, yang mana boleh dan yang mana tidak boleh dan sebagainya. Seluruh peraturan dan undang-undang itu pula menyuluh dalam kehidupan manusia pada setiap aspek dan setiap bidangnya sama ada di bidang, peribadi, bidang rumahtangga, masyarakat, ekonomi, pendidikan. siasah hinggalah kepada persoalan negara dan hubungan antarabangsa. la juga menyuluh segala tindak- tanduk zahir dan batin manusia. Sebab itulah ia dikatakan sebagai "agama yang disempurnakan oleh Allah SWT".
Dan semuanya itu adalah untuk faedah manusia semata-mata. Allah tidak berhajat kepadanya tetapi yang berhajat kepada peraturan hidup itu ialah manusia sendiri. Yang mendapat faedah dan manfaat di atas peraturan-peraturan hidup itu adalah manusia sendiri. Allah tidak memerlukan kepadanya. Sekarang marilah kita bahaskan, bagaimanakah peraturan dan undangundang yang Allah jadikan, yang kita namakan syariat Islam itu, berfaedah kepada manusia.
FARDHU
Sepertimana yang telah kita katakan tadi bahawa syariat Islam ini adalah mengandungi perintah-perintah yang berbentuk suruhan sama ada suruhan yang fardhu atau wajib, mahupun suruhan yang berbentuk sunat. Suruhan yang berbentuk fardhu itu, ada pula yang menjadi fardhu ain atau wajib ain dan ada yang menjadi fardhu kifayah atau wajib kifayah. Manakala yang sunat pula, ada yang berbentuk sunat mu'akad dan ada yang berbentuk sunat ghairi mu'akad. Kemudian seluruh suruhan yang fardhu dan sunat ini adalah berupa perintah yang mesti dilaksa nakan zahir dan batin.
Di antara perintah-perintah suruh yang berbentuk fardhu misalnya ialah sembahyang, zakat, haji dan lain-lainnya. Kerana kita hendak membahaskan faedahnya perintah itu kepada manusia, marilah kita ambil perintah sembahyang sebagai contohnya. Allah telah menjadikan sembahyang itu sebagai satu perintah yang akan, memberi faedah kepada manusia seluruhnya.
Tetapi manusia tidak akan nampak faedah ini kerana umum manusia akan menganggap sembahyang itu sebagai satu perbuatan yang menyusahkan terutamanya sembahyang Subuh. Kita sendiri pun, sebagai orang yang mengaji fardhu ain dan ada setengah-setengah dari kita pula sudah ikut dakwah, akan mengakui bahawa sembahyang Subuh amat menyusahkan. Pertamanya kita tidak boleh tidur lewat kerana pukul 5.30 atau selewat-lewatnya pukul 6.00 pagi, kita terpaksa bangun. Tentulah kita dalam keadaan mengantuk dan kalau seterusnya kita mengantuk juga bila pergi kerja, nanti kita tidak dapat hendak membuat kerja-kerja kita di pejabat.
FAEDAH
Kalau demikianlah yang kita rasakan, maka sememanglah sembahyang itu tidak ada faedahnya kepada manusia. Bukan saja ia tidak ada faedah tetapi ia juga menyusahkan kita. Cuma, yang tidak berfaedah dan yang dirasakan menyusahkan ialah mereka yang tidak mahu menilai dan meninjau hakikatnya. Tetapi kalau kita fikirkan dalam-dalam, sembahyang adalah memberi erti dan manfaat yang besar kepada kita.
Cuba kita perhatikan, apakah erti sembahyang itu sendiri? Bagaimanakah keadaan orang yang sembahyang itu? Ada pun orang yang sembahyang itu adalah orang yang percaya kepada Allah; orang yang mengingati A1lah; orang yang mengetahui kuasa Allah; orang yang meminta kepada Allah dan orang yang bersandar nasib kepada Allah. Hal ini semua dibuktikan daripada lafaz-lafaz yang kita ucapkan dalam sembahyang. Seperti ayat-ayat yang kita baca dalam doa Iftitah, dalam rukuk, dalam sujud, dalam tahiyyat dan lainlainnya. Umpamanya, satu lafaz dalam doa Iftitah yang kita baca memberi maksud;"Ya Allah, sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Rabbul `Alamin."
Ini menandakan yang kita benar-besar menyerahkan diri dan nasib kita kepada Allah sahaja dan tidak kepada yang lain. Apa saja yang kita usaha ikhtiarkan semuanya hendaklah kita serahkan kepada Allah SWT Inilah hakikat sebenar bagi orang yang bersembahyang.
Kalau begitu, orang yang bersembahyang tahu bahawa Allah akan sentiasa membela dirinya. Dan keadaan itu, dia tidak akan merasa kecewa di dalam hidup ini kerana yang akan menjadi pembelanya adalah Allah SWT sendiri. Dalam sebarang hal dan masalah, dia akan mengadukannya kepada Allah. Bukankah sememangnya manusia ini mem punyai banyak masalah? Kerana banyaknya masalah manusia, maka banyaklah permintaan dan kehendaknya.
Dalam banyak permintaan dan kehendak-kehendak manusia itu, tidak semuanya akan diberi oleh Allah. Jadi, ada permintaan yang Allah beri dan ada permintaan yang Allah tidak beri. Katalah, seorang itu mempu nyai 20 permintaan. Daripadanya hanya 5 sahaja yang ditunaikan oleh Allah SWT Yang 15 permintaan lagi, kita tidak tahu sama ada Allah hendak beri atau tidak.
Kalaulah orang yang tidak berpaut dengan Allah, dan hati tidak berharap kepada Allah, kerana dia tidak bersembahyang, dengan gagalnya dia mendapatkan 15 kehendaknya yang lain itu, dia akan merasa kecewa dan hidupnya akan menderita. Apabila hatinya penuh kekecewaan dan hidupnya menderita, maka tidaklah ada ketenangan jiwa baginya. Manakala jiwa sudah tidak tenang, rumah besar tidak akan ada erti lagi, motokar besar juga tidak ada erti dan harta yang banyak juga tidak boleh mententeramkan jiwanya.
Jadi sembahyang boleh menenangkan jiwa dan menghilangkan dukacita serta penderitaan hidup. Natijah dari itu, akan tenanglah fikiran seseorang. Betapa tidak tenangnya, kerana hatinya selalu berpaut kepada Allah, dirinya sentiasa diserahkannya kepada penentuan Allah SWT Inilah hakikat orang bersembahyang dan apabila berlaku satu-satu masalah dalam hidupnya, dia lekas-lekas menyandarkannya kepada Allah SWT Inilah faedah dan manfaat dari peraturan Allah SWT Manusia sendirilah yang mendapat manfaatnya.
ASYIK
Cuma kita tidak dapat merasakan faedahnya kerana kita belum lagi sembahyang dengan betul-betul serta khusyuk. Kita masih lalai dalam sembahyang. Sebab itu faedah dan manfaat sembahyang itu tidak berlaku kepada kita. Oleh itu, kalau kita hendak merasakan faedah dari sembahyang itu, kenalah kita perbetulkan sembahyang kita lahir dan batinnya, serta dijaga semua syarat dan rukunnya dan dapat pula memahami lafaz-lafaz dalam sembahyang itu. Janganlah kita asyik hendak menjaga yang zahirnya saja seperti terlalu pentingkan sujudnya, sedangkan soal-soal batin tidak dijaga. Kalau seseorang itu benar-benar bersembahyang, maka akan terasa padanya akan kebesaran Allah SWT
Jelas bahawa perintah sembahyang itu ada faedahnya kepada manusia. Dan bukan itu satu saja faedahnya, malah banyak faedah-faedah yang lain. Setengah-setengahnya diceritakan oleh Allah dalam al-Quran dan setengah-setehgahnya diceritakan oleh Rasulullah di dalam hadithnya.
Perintah-perintah yang lain juga ada faedah dan manfaatnya kepada manusia. Katalah perintah zakat. Allah menyuruh kita melaksanakan zakat sama ada yang wajib mahupun zakat yang sunat iaitu bersedekah. Kalau kita pandang pada bentuk zahirnya perintah itu, ia tentu tidak mendatangkan faedah apa-apa kepada kita, malah ia lebih merugikan kerana harta kekayaan kita akan susut. Tetapi, kalau ditinjau sedalam- dalamnya termasuk memerhatikan susunan masyarakat manusia yang telah AIlah jadikan ini, seperti ada yang dijadikan miskin, ada yang dijadikan yatim dan sebagainya. Tentu nanti, zakat yang dilakukan itu ada faedahnya.
Umpamanya, Allah mengenakan pembayaran zakat kepada orang-orang kaya dan yang mempunyai harta kekayaan yang lebih. Begitu juga pada mereka diminta supaya bersedekah. Kalau sekiranya orang-orang kaya ini tidak mahu berzakat dan bersedekah, kelak orang-orang miskin serta anakanak yatim, tidak akan terbela nasib mereka. Kehidupan mereka akan terbiar. Dan kalaulah seterusnya kemiskinan mereka itu tidak dibela, maka bilangan mereka akan bertambah dari masa ke masa.
Akhirnya mereka akan membuat kacau, mereka akan merompak dan mencuri. Mungkin mereka sanggup membunuh kerana telah terpendam dendam kesumat di dalam jiwa mereka terhadap orang-orang kaya. Akibatnya, orang- orang kayalah yang akan merasakan hidup mereka diganggu kebimbangan dan ketakutan.
Kalau mereka melaksanakan perintah zakat, hanya sebahagian kecil saja daripada harta mereka yang dituntut supaya membuat pembayarannya. Tetapi, kalau orang miskin sudah membuat kacau, kemungkinan habis harta orang-orang kaya akan menjadi sasaran. Bukan itu saja, nyawa mereka pun mungkin turut terkorban. Jadi, dengan sebab itu, Allah memerintahkan orang-orang kaya membayar zakat kerana ada faedahnya kepada seluruh manusia.
la memberi kestabilan masyarakat disamping memberi faedah secara langsung kepada orang-orang yang membayar zakat itu sendiri, kerana mereka akan terselamat dari kekacauan yang dilakukan oleh orangorang miskin. Orang-orang miskin juga mendapat faedah darinya kerana nasib mereka terbela dan terbantu. Tidaklah mereka akan terdorong untuk membuat kekacauan. Inilah yang membawa kepada kestabilan dan keamanan masyarakat.
TERANCAM
Tetapi, hari ini kestabilan dan keamanan demikian tidak wujud lagi kerana orang-orang kaya sudah menjadi bakhil dan tidak mahu membantu orang-orang miskin dan anak-anak yatim. Orang-orang kaya hari ini memang sentiasa berada di dalam kebimbangan dan ketakutan. Mereka seolah-olah merasa yang nyawa mereka bila-bila masa saja boleh dihapuskan oleh orang-orang jahat. Harta kekayaan mereka sentiasa terancam. Bagi mereka, naik teksi pun membimbangkan, naik kereta sendiri pun tidak selamat, malah naik kapal terbang pun akan diculik.
Dalam pada itu, mereka juga bimbangkan keadaan anak isteri di rumah. Pada zahirnya tentulah rumah merupakan tempat yang paling selamat bagi semua manusia. Tetapi bagi orang-orang kaya hari ini, rumah me reka pun seolah-olah tidak selamat. Itu pun sudah dipagar berlapis- lapis serta ada pengawalpengawalnya pula. Berapa ramai orang-orang kaya hari ini terkorban di dalam rumah sendiri. Inilah akibat daripada orangorang kaya tidak mahu melaksanakan perintah Allah supaya berzakat dan bersedekah. Yang demikian, jelaslah bahawa pe rintah suruh dari Allah SWT ada faedahnya kepada manusia dan bukannya kepada Allah SWT.
Dan sekarang cuba kita bahaskan faedah perintah larang kepada manusia. Kita ambillah satu atau dua contoh daripada perintah- perintah larang yang begitu banyak yang mana adalah mengandungi larangan berbentuk haram dan larangan berbentuk makruh. Larangan- larangan haram pula ada yang zahir dan ada yang batin, ada yang dikira dosa besar dan ada yang dikira dosa kecil. Dan di antara perintah larang yang begitu banyak, katalah kita ambil larangan Allah jangan minum arak. Apakah faedahnya kepada manusia?
Adapun arak itu, sifatnya adalah memabukkan, bukan saja merosakkan akal tetapi juga merosakkan kesihatan badan. Sedangkan adalah menjadi fitrah semula jadi manusia, ingin kepada kesihatan badan dan ke sihatan akal fikiran. Dan apabila Allah melarang seseorang itu daripada meminum arak, maka akan terselamatlah akal fikiran dan kesihatan badannya. Jadi, apa faedahnya kepada manusia perintah larang meminum arak ini.
Dalam lain-lain perintah larang, kita dapati Allah melarang kita daripada menipu, mencuri, merompak, membunuh, memaki dan sebagainya. Ini adalah untuk keselamatan dan kedamaian masyarakat. Sebab, kalau Allah tidak melarang manusia daripada melakukan perbuatan-perbuatan seperti itu, maka akan timbullah kekacauan di tengahtengah masyarakat. Akibatnya siapakah yang sudah? Manusia jugalah yang akan menderita. Sedangkan sudah menjadi fitrah semula jadi manusia yang semua sukakan keamanan dan kedamaian hidup. Semua orang suka kepada ketenteraman dan keamanan.
LOGIK
Seterusnya, cuba kita bahas lebih dalam sedikit tentang setiap satu peraturan dan undangundang itu adalah untuk faedah manusia dan bukannya untuk faedah Allah SWT Setengah-setengah orang yang tidak nampak faedah ini dan mungkin akan menghendaki hujah-hujah yang logik untuk meyakinkannya. Mereka mungkin tidak mahu menerima pernyataan bahawa, kalau manusia ini mematuhi segala peraturan dan undang-undang hidup yang dinamakan syariat itu, maka manusia akan memperofehi faedah darinya dalam ertikata manusialah yang akan selamat. Allah tidak terjejas apa-apa. Allah tidak terlibat dengan sebarang peraturan dan undang-undang. Allah SWT terkecuali daripadanya.
Nanti orang-orang ini akan bertanya, kalau benarlah Allah tidak terjejas daripada undang-undang dan peraturan hidup-Nya, tetapi mengapakah Allah menghukum manusia-manusia melanggar peraturan itu di Akhirat kelak? Ini menampakkan seolah-olah Allah telah terjejas daripada peraturan dan undang-undang-Nya akibat dari adanya manusia- manusia yang tidak menghormati peraturan itu, kerana Allah merasa terjejaslah, maka Allah balas manusia itu dengan azab dan deraan.
Kita boleh menjawab persoalan seperti ini dengan mengambil contoh sesebuah kerajaan manusia di dunia ini. Walau sejahat dan sezalim macam mana pun sesebuah pemerintahan itu, sedikit sebanyak, ia akan cuba juga menegakkan keadilan. Sebab itu, setiap kerajaan yang memerintah, ia akan mengadakan mahkamah undang-undang untuk memberi pengadilan kepada manusia. Jadi, setiap kerajaan di dunia ini, ada timbang rasanya kepada orang ramai.
Kemudian, katalah seorang yang bernama si A telah melanggar salah satu daripada undangundang pemerintahan dengan mencuri ayam si B. Apakah dengan si A melanggar peraturan pemerintah kerana mencuri, pihak pemerintah akan terjejas? Apakah pihak pemerintah akan mendapat kesusahan bersabit dari peristiwa itu? Tentulah tidak, kerana apabila si A tertangkap, yang akan bertelagah di mahkamah pengadilan ialah antara si A dengan si B. Dan apabila si A didapati bersalah, si A akan dihukum kerana telah melanggar peraturan. Hukuman yang dikenakan kepada si A bukan kerana kerajaan merasa rugi di atas perbuatan si A melanggar peraturan pemerintah tetapi adalah untuk memberi pengadilan kepada orang lain yang terbabit daripada perbuatan si A itu.
Jadi kita dapati bahawa, kerajaan manusia di dunia ini pun ada menyediakan mahkamah untuk mengadili manusia-manusia yang melanggar peraturan dan menghukumnya kalau didapati bersalah. Hukuman yang dikenakan bukan kerana kerajaan merasa terjejas dan tercacat tetapi adalah untuk memberi pengadilan kepada orang ramai.
Sebab itu, yang akan susah bukan kerajaan tetapi adalah orang yang melanggar. peraturan itu sendiri. Kalau kerajaan manusia di dunia ini pun demikian, maka tentulah kerajaan AIlah SWT lebih dari itu. Kalau kerajaan manusia yang walau sezalim mana sekalipun, ingin juga menunjukkan keadilannya kepada rakyat, Allah SWT adalah Maha Adil dan tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya, malah Allah sentiasa berlaku belas kasihan terhadap setiap hamba.
MENGHUKUM
Sebab itulah, setiap hambaNya yang melanggar peraturan dan undang- undang hidup yang telah disyariatkan, maka Allah akan membalasnya dengan menghukum ia di Akhirat sebagai memberi pembelaan kepada orang lain yang teraniaya. Dan, kalaulah Allah tidak berbuat demikian, maka bukanlah Tuhan dinamakan kerana Allah SWT yang sebenarnya adalah Maha Adil dan Maha Mengasihani kepada setiap hamba-Nya.
Kadang-kadang orang yang bertanya tadi boleh menerima logiknya jawapan yang kita berikan tetapi di samping itu dia mahu ertanya lagi. Sebab, contoh yang kita berikan ialah kesalahan yang manusia lakukan menyebabkan ada orang lain yang terbabit. Bagaimana pula kalau kesalahan yang seseorang lakukan itu tetapi tidak ada siapa yang terbabit? Katalah kesalahan dia tidak mahu bersembahyang, tidak mahu, puasa dan sebagainya. Mengapa pula orang-orang ini dihukum juga? Kesalahan ini sedikit pun tidak ada hubungan dengan orang lain, tidak ada orang lain yang teraniaya tetapi orang itu tetap dihukum, malah hukumannya adalah lebih berat lagi. Dalam soal ini, tentulah kata mereka, yang Allah SWT itu telah terjejas dengan undang-undang dan peraturanNya.
TAKUT
Sebenarnya, setiap peraturan yang Allah datangkan kepada manusia ada kaitannya dengan masyarakat. Di samping satu-satu peraturan hidup itu untuk perlaksanaan individu tetapi AIlah juga mengambil kira tentang hubungannya kepada masyarakat umum. Di sinilah dikatakan syariat Islam itu lengkap dan sempurna kerana ia sentiasa bertimbal balas antara individu manusia dengan masyarakat manusia.
Dalam soal sembahyang saja, nampaknya memanglah macam persoalan individu saja kerana yang diminta melaksanakannya ialah individu. Sebab itu, hari ini kita selalu dengar, soal sembahyang soal individu. Dia hendak buat atau dia tidak mahu buat, itu soal peribadi: Siapa pun tidak boleh paksa. Ini tidak benar, kerana per soalan hukum sembahyang, besar kaitannya kepada masyarakat seluruhnya. Adapun orang yang tidak sembahyang adalah orang yang tidak percaya kepada Tuhan atau kalau pun dia percaya kepada Tuhan, hatinya tetap merasa bahawa seolah-olah Tuhan itu tidak ada. Jadi, kalau seseorang ftu tidak percaya kepada Tuhan lagi, maka baginya, tidak ada suatu kuasa ghaib pun yang boleh menyebabkan dia takut. Kerana dia tidak takut kepada sebarang kuasa ghaib, maka dia berani melakukan apaapa sahaja dan pada bila-bila masa saja. Ertinya, senjata sudah ada di tangannya.
Dia tidak ada pengawal diri kerana dia tidak takut kepada sebarang kuasa ghaib. Orang yang tidak ada pengawal diri oleh suatu kuasa ghaib, tidak akan takut kepada 'pengawal' yang zahir seperti pengawal- pengawal keselamatan. Sedangkan pengawal ghaib itu adalah pengawal yang sentiasa mengetahui setiap gerak-geri dan perbuatannya.
Kerana itu, orang yang tidak takut kepada sebarang kuasa ghaib, peluang untuk dia melakukan apa sahaja yang dia mahu adalah sentiasa terbuka luas. Cuma, antara dia mahu melakukannya dengan tidak mahu melakukannya sahaja. Sepertilah orang yang membawa senjata api, walaupun dia tidak menembak, tetapi dia adalah merbahaya. Sebab itu, di negara kita ini, hukuman membawa senjata api sahaja adalah sama beratnya dengan hukuman orang yang melakukan pembunuhan. Kerana apa? Senjata sudah ada di tangannya, bila-bila masa saja dia boleh meledakkannya.
Dan begitulah bagi orang yang tidak bersembahyang. Dia tidak ada pengawal dirinya. Dia tidak takut kepada siapa pun sekalipun kuasa yang ghaib. Sebab itu dia boleh melakukan kejahatan bila-bila masa sahaja. Sebab itulah Allah hukum orang yang tidak bersembahyang kerana bukan sekadar dia melanggar hukum atau peraturan Allah tetap natijah dari itu, dia boleh melakukan kesalahan kepada orang lain seperti mencuri, menipu, rasuah, merogol, main judi, minum arak termasuk jugalah membunuh dan sebagainya.
BAHAS
Dengan ini serba sedikit kita telah bahaskan betapa peraturan dan undang-undang yang AIlah jadikan adalah untuk faedah manusia dan bukannya untuk Allah SWT Kemudian cuba kita perhatikan betapa perbuatan AIlah juga adalah untuk faedah manusia dan bukannya untuk Allah. Tadi, telah kita katakan bahawa Allah SWT telah mencukupkan segala nikmatNya kepada manusia. Tidak ada satu nikmat pun yang kurang. Dan ini memang diperjelaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam sepotong firmanNya yang bermaksud: "Kalau kamu hendak mengira nikmat- nikmat Aku, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya."
Ertinya, begitu banyak sekali nikmat-nikmat Allah SWT, di bumi, di langit, di lautan, di daratan, di dalam diri kita dan di mana-mana saja. Semua ini adalah untuk faedah makhluk dan bukan untuk faedah Allah SWT Cuba kita ambil air sebagai contoh. Apakah air itu untuk faedah Allah SWT sedangkan AIlah itu tidak makan dan tidak minum. Allah SWT tidak mengambil faedah dari air tetapi faedahnya adalah kembali kepada makhluk itu sendiri. Dan ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam firmanNya, bermaksud:"Kami jadikan daripada air itu, setiap suatu itu menjadi hidup. "
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I