Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: : Azan & Wasiat Rasulullah


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
: Azan & Wasiat Rasulullah


Dilemma Azan... setaraf dengan lagu kebangsaan? atau setakat penentu
waktu solat aje???? Tak lebih tak kurang? Anda sahaja yang tahu isi
hati anda...

Lidah kelu di Saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan
waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa
kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa,
lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan
sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : "Hendaklah kamu mendiamkan
diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita
wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri...!!! Lantas
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya
ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir
tiba... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah...
yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya
dicabut... Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan, dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.

"Ya... Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah...
semasa sakaratul maut menghampiri kami... amin, amin, amin Yarobbal
a'lamien"






__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard