Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sembahyang yg khusyuk


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Sembahyang yg khusyuk


Untuk pengajaran dan peringatan kepada kita semua. Insyallah. Seorang
ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang
khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih
ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya
kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-
Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?".

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan
batin."
Isam bertanya, "Bagaimanakah wudhuk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua
anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh
anggota dengan 7 perkara:-
1] Bertaubat
2] Menyesali dosa yang telah dilakukan
3] Tidak tergila-gilakan dunia
4] Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5] Tinggalkan sifat berbangga
6] Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7] Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh
kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH,
Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut
berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri
di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali
ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir
dengan baik." Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya,
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan
penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Sampaikanlah walau
pun satu ayat. Sampaikanlah kisah ini kepada sahabat-sahabat kita
yang lain… insyaallah…






__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Insyallah...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard