Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sembahyanglah kamu... ///


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
Sembahyanglah kamu... ///


"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat,
gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-
kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa
nya kami... Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...

Peringatan buat diriku yang sering lupa... Adakah kita seorang
Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah
sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah
bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita
mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita
yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang
berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya
keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering
dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul
pula gejala murtad... Fitnah, gempa bumi, peperangan dan bermacam-
macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah
kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda
kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka,
adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa
kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana
usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita
hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala
kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita
fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah
kita yakin kita seorang Islam???

Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik
sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata
kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa
kita masih leka di buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada
Rasulullah...

Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa
kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang
hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah???? Maka, mengapa
kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan
aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.

Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah
kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita
kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita
harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan
ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan
diri.

Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang
tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa.
Dosa!!!

Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh
menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh
akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita
seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut.
Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya
untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat --> ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan --> ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum --> ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum
seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa --> ** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, --> ** kita yakin
semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah ubur?
Kita berpuasa --> ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat
membela kita di hari akhirat?
Kita sihat --> ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit --> ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik
nikmat kesihatan?

Siapa Kita????

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina..
betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.
Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk
menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup
pintu rahmatnya.

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI...!!!! Siapa
kita...????

ibu utama

A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
C) Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang yang tidak melakukan sholat pada :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran

Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.



__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I


Veteran

Status: Offline
Posts: 88
Date:

saye slalu tlepas solat subuh ..


can u giv me some advice ??



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:

Assalamualaikum...



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard