Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 4 golongan lelaki yg ditarik oleh wanita ke neraka


Senior

Status: Offline
Posts: 339
Date:
4 golongan lelaki yg ditarik oleh wanita ke neraka


Assalamualaikum...

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun
dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan
ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja
dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah
tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar
ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar
tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-


"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA
BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."


Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu
sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan
dengan ikhlas..


Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik....oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat
berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua
kaum muslim masuk syurga.....janganlah kita membuang atau tidak mengendah
janji ALLAH S.W.T.


SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA
HISAB.

AMIN..... YA RABBALALAMIN.


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 135
Date:

Waalaikummusalam.... wah.... bagus ni yg abg yus poskan.... takut farid kat janji2 Allah... insaf......

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

amin... terima kasih dari info kanda tu...

__________________
marsos six time
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard