Perkara pertama yang dituntut dalam Islam ialah mengenal tuhan. Ada hadis yang berbunyi:
“Maksudnya: “Awal-awal agama mengenal Allah”
Hanya setelah kita kenal tuhan, barulah kita tahu betapa baiknya Tuhan kita itu. Betapa dia sangat mengambil berat tentang kita. Betapa dia cukup menjaga dan mencukupkan segala keperluan kita. Betapa dia sangat melindung dan membela kita, dan betapa kasih sayangnya dia terhadap kita.
Keampunannya mengatasi kemurkaannya, kalau kita terbuat dosa sebesar dunia ini pun, Allah akan kurniakan keampunan … Begitulah tuhan. Kalau kita betul-betul kenal akan dia, sudah tentu kita saying dan jatuh cinta padanya. Setelah cinta, maka timbul rasa takut, takut bukan seperti macam kita takut harimau. Takut kalau-kalau Tuhan tidak peduli atau tidak ambil berat tentang kita lagi, kita takut Tuhan lupakan kita.
Perkara kedua yang dituntut dalam Islam selepas mengenal Tuhan ialah "kasih sayang". Kasih sayang sesama manusia adalah cetusan dari rasa cinta dan rasa takut kepada Tuhan. Manusia tidak akan boleh bersatu padu dan berkasih sayang kalau tidak diikat dengan tali-tali Allah. Firman Allah:
“Maksudnya: “BERPEGANGLAH KAMU PADA TALI-TALI ALLAH DAN JANGANLAH KAMU BERPECAH BELAH” (al-imran: 103)
Kalau kita cinta dan takut pada Allah, kita akan berkasih sayang diantara satu sama lain kerana hati-hati kita diikat kepada Tuhan yang satu. Sesiapa yang berpegang pada tali Allah, mereka akan berkasih sayang seama mereka. Tidak ada orang pancung memancung sesipa yang berpegang pada dunia (apa pun selain Allah) hati-hati mereka akan bercerai berai dan mereka akan berpecah belah. dunia ini punca segala rebutan, pergaduhan, krisis, penindasan dan perpecahan.
Ada hadis bermaksud:
“KAMU TIDAK CINTA PADA ALLAH KALAU KAMU TIDAK CINTA PADA MAKHLUKNYA”
Teringat saya pada sebuah cerita seorang tok guru disaat akhir hayat beliau semakin uzur kena sakit berkudis dikaki kiri hingga berlubang. Sakit tak terhingga namun beliau tetap sabar dan tenang. Lubang kudisnya semakin membesar dan didalamnya hidup ulat-ulat kudis. Suatu hari sedang dia mandi ditepi telaga, ulat tu jatuh lalau dia memanggil anak muridnya (Haji Muhammad Gelang Tuk Uban) cepat Mat, selamatkan saudaraku, ia terjatuh kedalam lubang lalu hilang, ia meminta muridnya itu mencari ulat itu dan memasukan semula kedalam lubang dikakinya. “Tuk guru, biar hamba buang ulat dikaki” agar tuan gurunya cepat sembuh. Ia berkata perlahan-lahan, “Biarlah dia hidup, dia mahu makan seperti kita manusia juga” (sama ceritanya dengan Nabi Allah Ayub a.s yang sabar menangung derita sakit kudis penuh badan sehingga berulat.
Moralnya disini, Kalau cinta pada makhluk selain manusia pun sudah dianggap sebagai bukti cinta kita pada tuhan, inikan pula kita sesame manusia? Jadi berkasih sayanglah kita sesama kita demi fisabilillah ini .. nama tok guru diatas tu Mohd Yusof atau Awang Yusof dan lebih dekenali dengan nama “Tok Kenali”
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -