Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Lima cara henti sifat mengumpat


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Lima cara henti sifat mengumpat


SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang
lain dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka
menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang
lalu di hadapan mereka.


Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada
kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu
jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian
kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)



Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani
daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara
kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang
dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang
membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci
orang yang tidak bersalah."




Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;




1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga
sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain.
Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;



2.Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;



3.Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain
bodoh dan rendah;



4..Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih
beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;



5..Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan
dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan



6.Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.



Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;




#Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;




#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan


#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini
kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang
menciptakan.

Nota: P/S:jom lar sama-sama kita buang tabiat asyik nak MENGUMPAT je ni!!!




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard