Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Memelihara Rumahtangga


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Memelihara Rumahtangga


SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan
syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada
gangguan syaitan adalah:


1. Membaca al-Quran.

Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan
membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala, membawa berkat
dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan
syaitan.


2. Zikir ketika masuk dan keluar rumah.

Daripada Abu Malik Al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:
"Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia
mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk
dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan
dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami
menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga." ? Riwayat
Abu Daud).


3. Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.

Firman Allah bermaksud: "Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari
rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang
bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang
ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik." ? (Surah
an-Nur, ayat 61).

Imam An-Nawawi berkata: "Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak
berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada
orang atau pun tidak." Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi
salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai
penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan
memberi salam dijamin Allah keselamatannya.


4. Zikir ketika makan dan minum.

Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda
maksudnya: "Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada
Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: "Aku tidak
makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak
berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: "Aku
boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan
berkata: "Aku boleh bermalam dan makan malam." ? (Riwayat Muslim).


5. Membersihkan rumah daripada gambar patung.

Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal
ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung
atau tanda salib dalamnya. Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya
beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah
melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka,
diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu
Aisyah berkata: "Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan
utusannya, apakah dosaku? Baginda bersabda: "Bagaimana keadaan bantal
kecil ini?" Aisyah menjawab: "Aku sudah membelinya untuk engkau duduk
padanya dan bersandar." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya orang
membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada
mereka: hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu." Imam Nawawi berkata,
jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan
segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat
Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.


6. Membanyakkan solat sunat di rumah.

Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke
rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: "Jadikanlah solat sunat dalam
rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur." ?
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi). Maksud sebagai kubur itu adalah
tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan
solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya
bermaksud: "Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana
sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya
kecuali solat wajib." (Riwayat Nasai').


7. Harmonikan rumah tangga.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana
di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat
daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar
membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan
bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata:
Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang
adalah kamu." ? (Riwayat Muslim dan Nawawi). Maka, wajib bagi suami
isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik
dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan
konconya.


8. Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.

Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir (doa) pada waktu jimak
'bersama' bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan
dari awal lagi. Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda
maksudnya: "Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri,
hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: "Ya Allah,
jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa
yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan
antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat
mengganggu anak itu selama-lamanya." ? (Riwayat Bukhari, Muslim dan
Nawawi).

Daripada Abi Rafi' bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada
telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan
sihat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa
bermaksud: "Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah
Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya
serta daripada semua mata yang jahat." Rasulullah memohon perlindungan
kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan:
"Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka
berdua iaitu Ismail dan Ishak." (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).





__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard