Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mari baca Al-Quran


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:
Mari baca Al-Quran


Amal baca al-Quran boleh elak rasukan makhluk halus

Assalamualaikum ... wahai saudara2ku sekalian.


KEWUJUDAN makhluk halus di alam ini bukan perkara baru. Ia wujud sejak kejadian Nabi Adam lagi bagi menyesatkan umat manusia dengan perangai dan niat jahatnya seperti disebut dalam al-Quran dan sunnah.


Kebolehan makhluk ini walaupun dikatakan mengatasi manusia, namun manusia juga boleh mengatasinya seperti yang dijelaskan dalam al-Quran dan tafsir muktabar. Begitu juga dengan sunnah dan ulasannya yang sahih mengenai kewujudan makhluk itu dengan menyebut nama seperti jin, iblis, syaitan, ifrit dan qorin.

Pengamal Perubatan Islam, Syarhan Shafei, berkata apabila kedua-dua makhluk ciptaan Tuhan itu bermusuhan, pelbagai cara digunakan untuk mengatasi pihak lawan sama ada cara halus atau kasar.

Oleh itu, katanya, permusuhan di antara makhluk halus dan manusia itu dimulakan dengan makhluk halus itu tanpa kesalahan manusia.

Maka, manusia berada pada keadaan mempertahankan diri, bukan pada tahap menyerang.

“Antara yang bertahan dan menyerang. Pada kebiasaannya pihak yang menyerang lebih banyak mempunyai peluang untuk membinasakan lawannya. Kerugian dan kesengsaraan lebih banyak ditanggung yang bertahan.

“Dalam keadaan ini permusuhan manusia yang lebih banyak menanggung akibatnya.

“Namun sebagai manusia ciptaan Allah, permusuhan itu dapat diselesaikan dengan pengamalan daripada al-Quran,” katanya dalam Bengkel Perubatan Islam yang mengupas mengenai gangguan makhluk halus, isu sihir, santau dan cara mengatasinya di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, baru-baru ini.

Bengkel yang dihadiri kira-kira 200 peserta itu anjuran Biro Kerohanian Kelab Mesra Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pusat Islam UUM.

Antara lain bengkel itu bagi memberi pengetahuan kepada peserta untuk mempelajari kaedah dan cara mengatasi perkara ghaib, termasuk jin, iblis atau lebih dikenali dengan makhluk halus.

Syarhan berkata, al-Quran adalah petunjuk dan mengandungi seluruh aspek kehidupan serta tidak ketinggalan dalam bidang perubatan kerohanian dan fizikal. Ia turut merangkumi ubat bagi roh dan jasad.

Katanya, hal itu terbukti dengan empat perkataan syifa’ dalam al-Quran, sekali gus membuktikan bahawa kitab suci itu adalah sumber perubatan terulung.   Wa'salam.

-- Edited by pHiz at 15:35, 2005-07-06

__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard